Sakit Sendi Sering Menganggu Rutin Harian Anda ? Artikel Ini Ada Penjelasannya

Sakit Sendi: Ketahui Punca Dan Gejala Berkaitan Arthritis - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Azfar dan kini berusia 35 tahun. Untuk pengetahuan doktor, saya telah berkeluarga dan mempunyai dua orang anak. Tujuan saya hadir di platform ini adalah untuk bertanyakan soalan tentang kesakitan yang saya alami pada siku sebelah kanan. Sebelum kesakitan ini berlaku, saya ada mengalami kemalangan kecil di mana saya terjatuh di atas jalan bertar dan siku saya terseret pada jalan raya tersebut. Selepas kejadian tersebut, saya terus mencuci bahagian siku dan di bawa ke klinik. Kini, luka telah sembuh namun saya masih merasa sakit pada bahagian siku terutamanya ketika menggerakkan tangan. Adakah ini komplikasi daripada kecederaan tersebut ataupun masalah lain seperti ayah saya yang menghidapi sakit gout namun pada sendi kaki. Bolehkah doktor ceritakan tentang sakit sendi secara am.
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Azfar dan kini berusia 35 tahun. Untuk pengetahuan doktor, saya telah berkeluarga dan mempuny... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan berikut, saya memahami masalah yang sedang anda hadapi berkenaan dengan sakit pada bahagian siku kanan. Siku dan lutut boleh dikategorikan sebagai sendi iaitu penghubung antara tulang. Perlu diketahui bahawa terdapat banyak jenis penyakit yang boleh berlaku pada bahagian sendi tulang sperti jangkitan, keradangan, kecederaan ataupun masalah reumatolgi. Berkenaan dengan kesakitan pada siku Encik Azfar, ia boleh berpunca daripada trauma pada bahagian siku seperti putus ligamen, tulang retak ataupun terkehel. Saya ambil maklum bahawa anda juga mengalami luka pada bahagian tersebut apa yang dirisaukan ialah jangkitan pada bahagian siku. Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan sakit pada bahagian sendi dan diharap dapat membantu menjawab beberapa persoalan yang anda alami.
Terima kasih atas soalan berikut, saya memahami masalah yang sedang anda hadapi berkenaan dengan sakit pada bahagian sik... See More

Ketahui Serba Sedikit Berkenaan Sendi Manusia

Struktur tulang manusia amat unik di mana di mana setiap bahagian mempunyai fungsi tertentu. Sebagai contoh pada hujung tulang terdapat tulang lembut yang dikenali sebagai tulang rawan. Fungsi tulang rawan adalah untuk melicinkan pergerakan dan mengelakkan berlakunya geseran antara tulang yang mana akan menimbulkan rasa sakit. Bahagian di mana tulang berhubung inilah yang dikenali sebagai sendi. Tulang sendi boleh dijumpai dikebanyakan bahagian dalam badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, lutut dan jari-jemari.

Anda tiada masa untuk sakit sendi ? Dapatkan kelegaan segera !

Apakah Yang Menyebabkan Kesakitan Sendi ?

Kesakitan merupakan sensasi yang amat subjektif untuk ditakrifkan dan bergantung kepada penilaiann seseorang tersebut. Ia boleh terbahagi kepada sakit secara fizikal, mental ataupun berpunca daripada penyakit lain. Deskripsi tentang rasa sakit juga berbeza mengikut lokasi, durasi dan ciri-cir kesakitan. Bagi sendi pula, kesakitan boleh berlaku disebabkan masalah pada setiap struktur seperti kulit, otot, ligamen, atau pangkal saraf. Namun tulang jarang menyebabkan timbulnya rasa sakit. Berikut merupakan antara penyakit yang boleh berlaku meilbatkan sendi dan kawasan sekitarnya.

  1. Jangkitan pada sendi atau tulang. Am mengetahui bahawa jangkitan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuklah pada bahagian sendi. Jangkitan yang berlaku pada sendi dikenali sebagai septic arthritis manakala jangkitan yang berlaku pada tulang pula dipanggil sebagai osteomyelitis. Jangkitan selalunya menyebabkan pesakit mengalami demam dan bahagian jangkitan akan kelihatan merah.
  2. Kecederaan atau trauma pada bahagian sendi. Bahagian sendi boleh terseliuh atau tisu sekitarnya serta ligamen mengalami koyakkan. Masalah ini selalunya berlaku disebabkan oleh kecederaan serta trauma namun punca lain seperti mengangkat barang berat, postur badan yang tidak betul dan pergerakan yang tidak betul turut menyumbang kepada masalah yang sama.
  3. Keradangan sendi. Masalah keradangan sering berlaku kepada semua orang terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Keradangan sendi dikenali sebagai arthritis dan ia boleh dikelaskan kepada pelbagai punca. Punca yang paling lazim ialah osteoathritis. Penyakit ini sering berlaku pada sendi lutut dan ia terjadi disebabkan penghakisan tulang rawan.
  4. Keradangan sendi yang berpunca daripada masalah reumatoid. Sakit ini dalam terma perubatan dikenali sebagai rheumatoid arthritis. Ia disebabkan oleh antibodi badan sendiri menyerang sel normal seperti sendi. Pesakit selalunya mengalami simptom seperti sendi terasa tegang ataupun sakit terutamanya pada waktu pagi. Masalah ini sering berlaku pada sendi pada bahagian jari dan masalah inlah selalunya menjadi punca sakit sendi jari tangan.

Terdapat punca lain yang menyebabkan kesakitan pada bahagian sendi seperti kesan sampingan ubat, barah dan juga berat badan yang berlebihan. Selain itu, perlu diketahui bahawa terdapat kesakitan yang tidak berpunca daripada sendi namun sensasi sakit tersebut dirasakan pada bahagian sendi. Sakit ini dikenali sebagai ‘referred pain’. 

Ketahui Rawatan Bagi Sakit Sendi

Ramai yang bertanyakan tentang ubat sakit sendi dan urat saraf dan obat tradisional radang sendi. Secara amnya, setiap rawatan bergantung kepada punca yang menyumbang kepada kesakitan tesebut. Bagi kesakitan pada bahagian sendi, berikut merupakan jenis rawatan yang boleh untuk dilakukan.

  1. Meletakkan pek sejuk yang dibalut dengan mengunakan tuala pada bahagian sendi yang sakit. Kaedah ini adalah untuk mengurangkan kebengkakan dan kemerahan. Letak pek ais selama 30 minit secara berkala sehinggalah bengkak tersebut surut.
  2. Rehatkan sendi daripada apa-apa pergerakan sehinggalah sakit tersebut reda. Anda juga boleh untuk mengenakan splint bagi memastikan bahagian sendi tersebut direhatkan secukupnya.
  3. Pek panas juga diperlukan setelah bengkak surut untuk meringankan ketegangan sendi.
  4. Pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol ataupun NSAID juga membantu untuk meredakan kesakitan. Untuk pengetahuan anda, ubat tersebut boleh didapati di farmasi.
  5. Ubat lain seperti antibiotik adalah bergantung kepada punca sakit sendi dan ubat ini diberikan dibawah pengawasan dan preskripsi daripada pengamal perubatan.
  6. Rawatan kepada sakit yang khusus hendaklah diberikan setelah diagnosis berkenaan sakit telah dikenalpasti.

Bilakah Seseorang Perlu Untuk Berjumpa Doktor

Semestinya semua orang digalakkan untuk mendapatkan rawatan ketika merasakan sesuatu yang tidak betul pada badan mereka. Namun berikut merupakan indikasi amaran yang perlu diambil perhatian:

  1. Sakit bertambah teruk ataupun tidak reda walaupun telah mengambil ubat-ubatan.
  2. Demam sakit sendi, sesak nafas, kebas dan lemah badan.
  3. Sakit yang menghalang anda daripada melakukan aktiviti seharian seperti makan, jalan dan juga bekerja.
  4. Mengalami masalah seperti cirit-birit
  5. Mengalami luka atau pun kecederaan
  6. Hilang keupayaan untuk mengawal kencing dan juga perkumuhan
  7. Penurunan berat badan yang signifikan
  8. Send yang kelihatan bengkak, merah dan terasa panas.

References