Saya mengalami sakit tengkuk (Neck Pain) dan memerlukan jalan penyelesaian.

Anonymous
Salam, doktor. Saya berusia 20 tahun dan masih bergelar seorang pelajar serta masih belum berkahwin. Saya ingin bertanya mengenai sakit tengkuk. Baru-baru ini, saya ada mengalami sakit yang datang secara tiba-tiba di bahagian tengkuk selepas bangun daripada tidur. Sakit tersebut terasa seperti mencengkam dan merebak sehingga ke bahagian bahu dan ia akan menjadi lebih teruk setiap kali saya memusingkan leher. 
Saya cuba untuk menyapu minyak angin di kawasan tersebut untuk megurangkan rasa sakit yang kadang-kadang terasa seperti lenguh-lenguh. Saya bernasib baik kerana ia tidak berterusan sepanjang hari. Saya juga cuba untuk mengurut-urut di kawasan tengkuk yang sakit dengan harapan sakit tersebut akan hilang. Selain daripada itu, saya tidak mengalami sakit-sakit di bahagian lain tubuh badan dan tidak pernah mengalami sakit seperti ini sebelum ini. Saya juga ada membeli ubat penahan sakit di farmasi kerana berasa tidak selesa untuk belajar dengan tengkuk yang sakit. Saya berasa risau memikirkan adakah ia berkaitan dengan penyakit yang serius.
Pada pendapat doktor, apakah penyebab kepada gejala yang saya hadapi ini dan adakah ia berkaitan dengan posisi tidur yang tidak betul? Adakah ia sesuatu yang serius dan haruskah saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih terperinci?
Anonymous
Salam, doktor. Saya berusia 20 tahun dan masih bergelar seorang pelajar serta masih belum berkahwin. Saya ingin ber... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang anda beri, kemungkinan besar gejala yang anda hadapi ini berkaitan dengan otot leher yang terseliuh yang disebabkan oleh posisi tidur yang tidak betul memandangkan anda menjelaskan bahawa ia berasa sakit selepas bangun daripada tidur. Ia adalah sesuatu yang dianggap tidak serius tetapi anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih berguna untuk mengurangkan kesakitan tersebut.

Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Ia boleh merebak ke bahagian belakang atau lengan. Ia mungkin mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda. Kesakitan tengkuk kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun.Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala. Walaubagaimanapun, kerana ia kurang dilindungi berbanding daripada bahagian tulang belakang yang lain, leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyekat pergerakan. Bagi kebanyakan orang, sakit leher adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur. Untuk lain-lain penyebab, ia memerlukan diagnosis dan rawatan perubatan untuk melegakan gejala tersebut.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan butiran-butiran yang anda beri, kemungkinan besar gejala yang anda hadap... See More

APAKAH PENYEBAB SAKIT TENGKUK

  1. Kecederaan dan Kemalangan:

  2. Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.

    • Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.

  3. Umur yang meningkat:

  4. Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.

    • Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.
    • Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.
    • Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.

  5. Kehidupan Seharian:

  6. Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.

  7. Penyakit Lain:

  8. Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

APAKAH GEJALA SAKIT TENGKUK

Kesakitan tengkuk biasanya dikaitkan dengan sakit yang lenguh-lenguh . Kadang-kadang rasa sakit di leher bertambah buruk dengan pergerakan leher atau apabila kepala berpusing.

Gejala lain yang berkaitan termasuklah:

  • Rasa kebas, kesemutan
  • Rasa sakit yang tajam
  • Kesukaran untuk menelan
  • Rasa berdenyut-denyut
  • Bunyi yang menggelegak di kepala
  • Pening
  • Keletihan
  • Bengkak kelenjar
  • Sakit kepala
  • Kesakitan di bahagian muka dan bahu

Gejala-gejala ini berlaku disebabkan oleh saraf-saraf yang terlekat dan terhimpit di leher. Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang kesakitan leher diikuti dengan sakit belakang di bahagian atas atau lebih rendah, seperti yang biasa berlaku bagi keradangan tulang belakang yang disebabkan oleh ‘ankylosing spondylitis’.

APAKAH RAWATAN SAKIT TENGKUK

Jenis rawatan yang anda perlukan bergantung kepada sama ada sakit leher anda disebabkan oleh aktiviti, kecederaan, atau penyakit yang lain. Kebanyakan sakit tengkuk yang disebabkan oleh aktiviti yang berat boleh dirawat di rumah.

Untuk sakit leher yang berlaku secara tiba-tiba:

  1. Gunakan pad pemanas pada tetapan rendah atau sederhana selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam. Cuba untuk mandi dengan air suam untuk satu sesi tertentu dengan pad pemanas. Anda juga boleh membeli tuaman suam yang boleh digunakan sehingga 8 jam. Atau anda boleh cuba pek ais selama 10 hingga 15 minit setiap 2 hingga 3 jam. Tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa haba atau ais boleh membantu. Tetapi anda boleh cuba untuk melihat jika ia boleh membantu.

  2. Ambil acetaminophen (seperti Tylenol). Ibuprofen atau ubat anti-keradangan yang lain juga boleh membantu melegakan kesakitan.

  3. Elakkan kecederaan pada leher anda dengan menukar aktiviti dan tabiat, seperti bagaimana anda duduk atau tidur dengan lebih selesa dan sempurna.

  4. Cuba melakukan senaman atau terapi manual untuk membantu anda menggerakkan kepala dan leher anda dengan lebih mudah. Berjumpalah dengan ahli terapi fizikal, pakar Chiropractor, atau doktor osteopati untuk jenis rawatan ini.

  5. Untuk merawat sakit leher yang kronik, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melegakan otot leher anda. Atau anda boleh mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan membantu anda tidur. Di samping itu, anda juga boleh cuba untuk pergi mengurut atau melakukan yoga untuk melegakan tekanan di bahagian leher.

  6. Pembedahan jarang dilakukan untuk merawat sakit tengkuk. Tetapi ia boleh dilakukan jika sakit anda disebabkan oleh masalah perubatan, seperti tekanan pada akar saraf tulang belakang, tumor, atau penyempitan saluran tulang belakang.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.

References