Sakit belakang khususnya di bahagian bawah merupakan perkara yang kerap terjadi. Kadang-kala penyebab sakit belakang tidak dapat dikenalpasti. Walaubagaimanapun, sakit belakang yang puncanya tidak dikenal pastii merupakan perkara yang tidak serius. Punca lain bagi sakit belakang boleh dikaitkan dengan masalah tulang, otot atau tisu di bahagian belakang.
Sakit belakang yang punca tidak dapat dikenalpasti:
- Sakit belakang ini selalunya lebih teruk apabila melakukan pergerakan tertentu, ia boleh datang dengan secara tiba-tiba atau secara beransur-ansur. Ia mungkin disebabkan tarikan otot atau ligamen di belakang.
- truktur tulang belakang terdiri daripada tulang vertebra yang tersusun secara vertikal dan antara tulang vertebra ini terdapatnya disk. Disk ini fungsinya adalah untuk meresap tekanan dialami oleh tulang belakang. Walaupun istilahnya memberi gambaran seolah-olah disk tersebut tergelincir, namun sebenarnya disk tersebut membonjol dan menekan bahagian saraf tunjang. Ini mungkin menyebabkan seseorang yang menghidap sakit belakang akan merasa kebas di sebahagian kaki
Osteoartritis tulang belakang:
- Ini adalah sakit tulang yang disebabkan radang sendi tulang belakang. Keadaan ini lebih biasa terjadi kepada golongan tua. Sendi-sendi lain yang boleh mengalami masalah osteoartirits adalah lutut, pinggang, bahu dan jari
Otot kejang/’muscle spasm’:
- Terdapat banyak jenis otot di bahagian belakang. Otot yang mengalami lebih tekanan atau ditarik dalam arah yang tidak sesuai boleh membawa kepada kekejangan otot tersebut.
‘Ankylosing spondylitis’:
- Penyakit ini adalah radang sendi yang dalam jangka masa panjang akan membawa kepada pencantuman tulang vertebra. Ini menyebabkan tulang belakang kurang fleksibel. Sakit ini akan lebih teruk pada waktu pagi. Seseorang yang menghidap penyakit ini akan kelihatan bongkok.
‘Spondylolisthesis’:
- Ini adalah keadaan di mana terdapat tulang vertebra yang berganjak dari posisi asalnya dalam struktur tulang belakang. Tulang ini mungkin memberi tekanan kepada saraf tunjang dan menyebabkan sakit belakang.
Jangkitan kuman:
- Jangkitan kuman boleh berlaku di struktur seperti disk antara verterbra. Jangkitan kuman di bahagian tulang belakang bukan sahaja menyebabkan rasa sakit tetapi juga boleh membawa kepada demam. Jangkitan sebegini memerlukan antibiotik yang kuat.
Trauma/Kemalangan/Kecederaan:
- Patah tulang belakang atau retakan tulang belakang mungkin terjadi selepas trauma.
Sindrom ‘cauda equina’:
- Ini adalah sindrom di mana saraf tunjang di bahagian bawah yang dipanggil ‘cauda equina’ dihimpit. Ini adalah keadaan kecemasan.