Dikemaskini pada: Februari 11, 2020
Selamat pagi doktor. Saya Puan A berusia 56 tahun, seorang tukang jahit yang bekerja di rumah selama lebih dari 20 tahun. Semenjak tiga minggu yang lepas saya kerap mengalami sakit kaki di bahagian tumit sebelah kiri, lebih-lebih lagi ketika bangun tidur dan sewaktu mula berjalan. Setiap pagi tumit saya akan terasa sakit yang tajam dan mencucuk, kadang-kala turut berdenyut sehingga menyusahkan saya untuk memulakan aktiviti harian. Saya risau kerana saya juga pernah mengalami kemalangan motosikal sebulan yang lepas dan mendapat luka kecil di bahagian belakang tumit kiri. Saya mencari di internet tentang sakit tumit kaki kiri perempuan dan menemui penyakit yang dipanggil ‘plantar fasciitis’. Adakah ini apa yang saya alami?
Penyakit ini tidak bergantung kepada usia dan boleh dialami oleh golongan tua atau muda. Wanita pula berisiko dua kali ganda untuk mendapat penyakit ini berbanding dengan lelaki. Risiko adalah lebih tinggi kepada mereka yang mempunyai struktur kaki abnormal serta mereka yang banyak berdiri atau berlangkah dalam aktiviti seharian. Contoh risiko adalah seperti berikut:
Sakit tumit dalam ‘plantar fasciitis’ mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri-ciri ini boleh membantu para doktor untuk mengesahkan diagnosis. Antara ciri termasuklah:
Selain daripada gejala yang disenaraikan di atas, beberapa maklumat lain juga perlu diketahui oleh para doktor. Hal ini adalah supaya punca penyakit boleh dikenal pasti. Antaranya ialah:
Selain itu, doktor juga akan melaksanakan ujian fizikal pada kaki pesakit bagi mengesan sebarang perubahan struktur atau penyakit lain yang boleh datang dengan gejala yang sama.
Penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit di bahagian tumit termasuklah:
Diagnosis bagi penyakit ini biasanya disahkan secara klinikal, iaitu daripada pertanyaan dan pemeriksaan medikal. Biasanya, ujian darah atau pengimbasan tidak diperlukan. Sekiranya doktor mengesyaki terdapat penyakit lain yang datang seiring dengan ‘plantar fasciitis’ seperti ‘calcaneal spur’, imbasan sinar-X kaki boleh dibuat di mana benjolan tulang kecil dapat dikesan dengan imej X-Ray.
Selain itu, doktor juga boleh mengesahkan diagnosis ini melalui ultrasound. Tapak kaki akan diimbas menggunakan mesin ultrasound dan akan mempamerkan imej tisu fascia plantar yang semakin bertambah ketebalan dalam pesakit Plantar Fasciitis.
‘Plantar fasciitis’ boleh sembuh dengan sendiri namun proses ini mengambil masa yang lama. Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Kaedah ini terbahagi kepada:
Kaedah Rawatan Tanpa Ubatan
Senaman regangan membantu dalam sesetengah kes bagi mengurangkan kekejangan yang berlaku pada tisu plantar fascia. Senaman ini akan diajar oleh ahli fisioterapi. Nasihat tentang cara yang betul serta kekerapan senaman perlulah dipatuhi dengan baik bagi mendapatkan manfaat yang memberansangkan.
Kaedah Menggunakan Ubatan
Cara ini hanya mampu mengawal dan mengurangkan kesakitan tumit yang dialami. Tanpa kaedah yang disebut di atas, simptom sakit tumit boleh kembali semula. Ubat yang diberikan ialah:
Kaedah Pembedahan
Prosedur ini jarang dilakukan melainkan dalam kes yang lebih teruk seperti “calcaneal spur”. Sebahagian tisu fascia plantar akan dipisahkan daripada tulang tumit. ‘Calcaneal spur’ jika ditemui juga akan turut dibuang.
Bagi mereka yang tidak menghidapi penyakit ini dan ingin mencegahnya daripada berlaku, beberapa langkah boleh diambil. Antaranya adalah seperti:
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.
Soalan berkenaan - sakit tapak kaki tanda penyakit, tumit kaki sakit, punca sakit tumit kaki
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my