Dikemaskini pada: Jun 11, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja perempuan berumur 25 tahun. Saya bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan. Saya mempunyai masalah yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Saya mempunyai tatu di pergelangan tangan kiri saya. Namun, parut yang terbentuk di kawasan tatu tersebut telah menyebabkan tatu itu menjadi tidak begitu cantik. Parut ini berwarna kemerahan dan mempunyai permukaan yang licin dan agak tebal. Ada kalanya ia menyebabkan kesakitan apabila tergeser dengan permukaan sesuatu objek atau pakaian.
Parut yang serupa juga terbentuk di bahagian telinga saya selepas prosedur menindik untuk anting-anting telinga. Parut ini semakin besar dan telah menjejaskan penampilan diri saya. Saya berasa malu apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang parut tersebut. Saya mendapat tahu melalui internet bahawa parut ini dikenali sebagai keloid dan sukar untuk menghilangkannya. Saya ingin mengetahui tentang rawatan yang boleh didapati untuk mengecilkan atau menyingkirkan parut-parut keloid ini.
Terima kasih atas soalan anda. Parut yang anda miliki dikenali sebagai parut Keloid yang terdiri daripada tisu “fibrous”. Walaupun parut ini sukar untuk dihilangkan, terdapat beberapa rawatan yang boleh dipertimbangkan. Antaranya adalah pembedahan, “cryotherapy”, gel silikon, suntikan steroid dan sebagainya. Tetapi rawatan ini tidak semestinya dapat menghilangkan parut tersebut sepenuhnya atau parut mungkin kembali semula selepas rawatan.
Keloid adalah parut yang lebih besar dan lebih luas daripada kecederaan asal. Apabila kulit tercedera, tisu “fibrous” atau tisu parut terbentuk di atas luka untuk membaiki dan melindungi kawasan yang mengalami kecederaan. Dalam sesetengah kes, tisu parut tumbuh secara berlebihan sekali gus membentuk permukaan parut yang licin dan keras yang juga dikenali sebagai keloid. Mereka lebih muda terbentuk di bahagian dada, bahu, telinga, dan pipi. Walaupun keloid tidak membahayakan kesihatan atau menjadi kanser, keadaan tersebut mengganggu penampilan diri.
Keloid juga agak menyusahkan akibat kesakitan daripada geseran permukaan sehingga anda perlu mendapatkan rawatan. Keloid sering tumbuh semula selepas rawatan.
Antara penyebab yang boleh menyumbang kepada pembentukan keloid adalah:
Keloid berpunca daripada tisu parut atau bekas luka yang terlalu aktif. Gejala berlaku di tapak kecederaan kulit sebelum ini termasuklah:
Keloid mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berkembang.Anda mungkin mengalami ketidakselesaan atau kerengsaan jika tergeser pada pakaian atau sebarang permukaan kasar. Dalam keadaan yang jarang berlaku, anda mungkin mengalami parut keloid di bahagian sendi yang boleh menyekat pergerakan anda.
Keloid selalunya menyebabkan masalah kosmetik apabila keloid terlalu besar atau di lokasi yang terdedah seperti telinga atau di muka. Pendedahan keloid kepada matahari atau sering menggarunya mungkin menjadikannya lebih gelap daripada kulit sekeliling. Pastikan bekas luka dilindungi apabila anda berada di bawah sinaran matahari untuk mengelakkan perubahan warna.
Keloid biasanya tidak memerlukan perhatian perubatan, tetapi anda mungkin ingin menghubungi doktor jika keloid terus membesar atau jika anda mengalami gejala tambahan.
Keloid adalah keadaan benigna tetapi pertumbuhan yang tidak terkawal mungkin tanda kanser kulit. Selepas pemeriksaan visual keloid, doktor anda mungkin ingin melakukan biopsi mengecualikan diagnosis yang berlainan. Biopsi melibatkan pengambilan sampel kecil tisu dari kawasan keloid tersebut dan menganalisisnya untuk sel kanser.
Keputusan untuk merawat keloid boleh menjadi rumit. Selepas pembedahan keloid, tisu parut mungkin boleh tumbuh semula dan kadang-kala keloid yang tumbuh menjadi lebih besar dari sebelumnya.
Kaedah yang sedia ada untuk merawat keloid adalah seperti berikut:
Prinsip rawatan keloid
Pada mulanya, doktor anda mungkin mencadangkan rawatan kurang invasif, seperti pad silikon, pembedahan, atau suntikan, terutama jika parut keloid baru sahaja terbentuk. Rawatan ini memerlukan aplikasi yang kerap dan berhati-hati untuk menjadi berkesan. Walau bagaimanapun, keloid cenderung mengecut dan menjadi rata walaupun tanpa rawatan.
Contohnya penyingkiran keloid yang sangat besar atau parut keloid yang lebih tua mungkin dilakukan secara pembedahan. Kadar kemunculan semula parut keloid selepas pembedahan adalah tinggi. Doktor anda boleh mengesyorkan suntikan steroid selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko keloid kembali.
Walaupun keloid jarang menyebabkan kesan sampingan serius ia mungkin menjejaskan penampilan anda. Rawatan untuk parut keloid boleh menjadi sukar dan tidak selalu berkesan. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - punca keloid, simptom keloid, rawatan keloid
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my