Dikemaskini pada: Jun 15, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 25 tahun yang masih belum berkahwin. Ibu bapa saya sedang sibuk mencari calon lelaki untuk mengahwinkan saya. Namun demikian, saya berasa kurang yakin dengan penampilan diri saya disebabkan muka saya yang berjerawat dan juga parut jerawat. Oleh itu, saya berasa kurang selesa untuk menonjolkan diri. Kawan saya pernah bercerita kepada saya mengenai kolagen rumpai laut dan kebaikannya yang dapat membantu menghilangkan jerawat serta bekas jerawat dan menyerikan kulit. Saya juga berminat untuk mencuba kaedah ini untuk mencantikkan wajah saya sebelum hari perkahwinan yang bakal datang. Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai kolagen rumpai laut ini?
Rumpai laut merupakan nama yang sering kali digunakan untuk pelbagai spesies tumbuhan akuatik serta sesetengah jenis ‘algae’ yang tumbuh di dasar laut, tasik serta sungai. Rumpai laut berbentuk makroskopik dan mengandungi pelbagai jenis sel yang berfaedah untuk kesihatan. Ia boleh didapati dalam beberapa warna seperti merah, ungu, kuning, perang dan hijau.
Rumpai laut merupakan bahan yang mempunyai khasiat tersendiri. Ianya sangat digemari oleh masyarakat kita terutamanya wanita. Hal ini demikian kerana rumpai laut yang diekstrak dapat menghasilkan pelbagai jenis produk kolagen rumpai laut yang sangat popular di pasaran.
Di Malaysia, penghasilan kolagen rumpai laut lebih terkenal di negeri Sabah kerana negeri itu mempunyai laut yang masih tidak dicemari dan pengusahaan hidupan akuatik yang efektif. Sehubungan dengan itu, negeri Sabah merupakan pengeluar utama produk kolagen rumpai laut ini.
Kolagen rumpai laut ini telah dieksport secara meluas untuk pelbagai penggunaan. Antara kebaikannya ialah:
Setiap yang bermanfaat akan mempunyai keburukan yang tersendiri termasuklah kolagen rumpai laut. Antaranya ialah:
Rumpai laut yang sering kali dihangat-hangatkan di pasaran ini sebenarnya tidak mengandungi kolagen. Kolagen merupakan sejenis protein. Rumpai laut pula dikatakan mengandungi protein. Oleh itu, ianya dikaitkan bahawa rumpai laut mengandungi protein dan ini merupakan sebuah informasi yang membawa masyarakat ke arah haluan yang salah. Kolagen rumpai laut ini hanya membantu tubuh badan dalam penghasilan kolagen tetapi produk ini tidak mengandungi sebarang kolagen. Oleh itu, masyarakat harus dididik untuk membetulkan kefahaman mereka mengenai khasiat rumpai laut.
Walaupun orang ramai dinasihatkan mengambil kolagen rumpai laut ini namun terdapat segelintir golongan yang lebih memerlukannya. Antara golongan tersebut ialah:
Kolagen rumpai laut ini tidak sama sekali boleh diambil bersama minuman lain. Hal ini kerana kandungan yang terdapat dalam minuman lain boleh menyebabkan gangguan dalam proses penyerapan kolagen rumpai laut ini. Oleh itu, pengguna perlu mengambilnya dengan air masak yang banyak.
Kolagen rumpai laut memang sangat berguna dalam menyelesaikan masalah seperti ini. Hal ini kerana kolagen rumpai laut ini bersifat antioksidan dan anti-bakteria. Oleh itu, ia mempunyai potensi untuk menghilangkan toksin dalam badan bagi memastikan tubuh badan sentiasa sihat.
Kedua-dua jenis rumpai laut ini memang serupa dari segi kandungan berkhasiat. Namun demikian, rumpai laut warna ungu mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding rumpai laut berwarna kuning. Ia juga boleh berfungsi sebagai penghalang radikal seperti asap rokok dan habuk serta pencemaran udara.
Kolagen rumpai laut ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur. Hal ini kerana pengambilan kolagen ini bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah perempuan malah lelaki juga. Selain itu, mereka juga akan dapat kelihatan menawan.
Cara penyediaan kolagen rumpai laut
Cara pengambilan kolagen rumpai laut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan, anda boleh mendapatkan nasihat atau maklumat lanjut daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - kebaikan kolagen rumpai laut, keburukan kolagen rumpai laut, Adakah kolagen di rumpai laut
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my