Artikel Ini Ada Infomasi Sel Darah Merah Dan Punca Kuantitinya Rendah & Tinggi

Sel darah Merah: Ketahui Fungsi, Komponen Serta Ciri-Cirinya - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Faridah dan merupakan bakal ibu dengan kandungan sulung yang baru saja mencecah 16 minggu. Saya amat teruja kerana setelah sekian lama saya mengimpikan untuk mendapat cahaya mata, doa saya dimakbulkan setelah ujian kehamilan serta imbasan ultrasound mengesahkan bahawa saya mengandung. Namun begitu, saya telah diberitahu oleh doktor bahawa saya menghidapi masalah anemia iaitu kandungan sel darah merah yang kurang daripada paras normal. Ini merupakan pertama kali saya mengetahui kondisi ini secara terperinci. Oleh itu, bolehkah doktor terangkan dengan lanjut berkenaan dengan sel darah merah.
Anonymous
Salam sejahtera, nama saya Faridah dan merupakan bakal ibu dengan kandungan sulung yang baru saja mencecah 16 minggu. Sa... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Tahniah kerana mengandung anak sulung anda. Saya memahami kegusaran yang telah anda jelaskan. Untuk pengetahuan anda, kondisi anemia ketika mengandung merupakan masalah yang lazim berlaku kepada wanita mengandung. Seseorang itu disahkan menghidapi masalah anemia jika tahap hemoglobin kurang daripada 11 g/dl ketika trimester pertama. Perlu diketahui bahawa anemia bukanlah suatu diagnosis namun hanyalah keadaan atau masalah kesihatan yang boleh berpunca daripada pelbagai sakit penyakit. Antara puncanya ialah, kekurangan zat besi, kekurangan folate, jangkitan, Talasemia dan pemindahan darah ketika mengandung. Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan sel darah merah yakni kondisi, fungsi dan sebagainya
Tahniah kerana mengandung anak sulung anda. Saya memahami kegusaran yang telah anda jelaskan. Untuk pengetahuan anda, ko... See More

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Sel Darah Merah

Secara amnya, kandungan darah boleh terbahagi kepada sel darah putih dan sel darah merah. Fungsi sel darah putih adalah dari aspek imuniti badan yakni untuk melawan jangkitan manakala fungsi sel darah merah pula adalah untuk menyampaikan oksigen kepada sel badan dan juga terdapat fungsi lain yang akan diperjelaskan dalam perenggan lain.

Umun mengetahui bahawa nama lain bagi sel darah merah ialah eritrosit dan ciri-ciri sel darah merah ialah ia mempunyai bentuk seakan-akan donut tanpa lubang di tengah dan bahagian tengahnya melengkung. Selain itu, eritrosit merupakan struktur yang elastik dan bentuknya amat fleksibel bagi membolehkan ia mengalir dalam saluran yang sempit iaitu kapilari. Secara tidak langsung pengaliran darah kepada setiap sel badan dapat berlaku dengan efisyen dan cepat. Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapakah darah berwarna merah ? Darah berwarna merah kerana mengandungi struktur hemoglobin yang berwarna merah.

Untuk pengetahuan semua, ‘kilang’ yang bertanggungjawab untuk menghasikan sel darah merah ialah sum-sum tulang melalui satu proses yang dikenali sebagai erytthropoiesis. Bagi sel darah merah yang belum cukup matang pula, ia dikenali sebagai retikulosit. Jangka hayat sel darah merah ialah selama 120 hari atau 4 bulan dan setelah mencapai umur tersebut ia akan dipecahkan oleh organ limpa (spleen) untuk dipecahkan.

Mari Ketahui Fungsi Sel Darah Merah

Seawal sekolah rendah lagi, kita telah diajar akan fungsi darah merah iaitu untuk mengalirkan oksigen kepada seluruh badan kerana semua sel dalam badan memerlukan oksigen untuk menjalankan fungsi secara optimum. Struktur hemoglobin yang terdapat dalam eritrosit berperanan untuk mengikat oksigen yang diperolehi daripada paru-paru dan membebaskan oksigen pada sel badan. Selain untuk mengalirkan oksigen sel darah merah juga berfungsi untuk membawa keluar karbon dioksida daripada badan.

Apakah Simptom Yang Akan Dialami Pesakit Yang Memiliki Jumlah Sel Darah Merah Yang Tidak Optimum

Terdapat pelbagai masalah boleh timbul jika kuantiti sel darah tidak berada pada tahap yang normal. Ada juga yang berfikir bahawa kandungan sel darah merah yang tinggi adalah baik untuk badan kerana banyak oksigen yang boleh disalurkan. Pemahaman sebegini adalah tidak benar dalam konteks perubatan. Jika seseorang memiliki jumlah sel darah merah yang tinggi, kondisi berikut akan berlaku:

  • Sesak nafas
  • Lemah badan
  • Sakir sendi tulang
  • Sakit pada tapak tangan atau kaki
  • Terasa gatal terutamanya selepas mandi
  • Masalah tidur (insomnia)

Bagi kandungan sel darah merah yang rendah pula, pesakit akan mengalami gejala berikut:

  • Terasa lemah
  • Jantung berdegup kencang
  • Sesak nafas
  • Pening kepala
  • Kelihatan pucat
  • Lelah

Punca Kandungan Sel Darah Merah Tidak Berada Pada Tahap Normal

Seperti yang telah diperjelaskan pada perenggan sebelum ini, kandungan sel darah merah boleh menjadi tinggi ataupun rendah dan perkara ini boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi. Bagi kandungan sel darah merah yang tinggi, puncanya adalah seperti berikut:

  • Kegagalan jantung serta penyakit jantung kongenital
  • Polisitemia Vera Polycythemia Vera merupakan kondisi di mana tulang sum sum menghasilkan terlalu banyak sel darah merah
  • Tumour pada buah pinggang
  • Penyakit yang berkaitan dengan paru-paru seperti emfisiema, fibrosis serta COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease)
  • Hipoksia merupakan keadaan di mana kandungan oksigen dalam sel adalah rendah

Selain daripada sakit penyakit, masalah ini juga boleh disebabkan oleh gaya hidup seseorang. Sebagai contoh:

  • Merokok
  • Tinggal di tempat yang tinggi seperti gunung

Bagi kandungan sel darah merah yang rendah pula, ia boleh disebabkan perkara berikut:

  • Kegagalan sum sum tulang
  • Masalah atau kegagalan buah pinggang. Kegagala buah pinggang akan menyebabkan penghasilan erythropoietin redah yang mana bertanggungjawab dalam menghasilkan darah yang matang
  • Hemolisis disebabkan oleh transfusi darah ataupun penyakit seperti G6PD
  • Pendarahan dalaman ataupun luaran
  • Leukemia iaitu kanser darah
  • Malnutrisi
  • Multiple myeloma
  • Kekurangan nutrisi zat besi, folat, dan vitamin B-6 dan B-12
  • Kehamilan
  • Masalah tiroid

Bagaimanakah Untuk Meningkatkan Kandungan Sel Darah Merah Dalam Darah ?

Kaedah untuk meningkatkan sel darah merah adalah pelbagai bergantung kepada matlamat. Jika ingin cepat, maka transfusi darah adalah yang paling cepat dan dapat menyelamatkan pesakit yang kehilangan darah. Selain itu, terdapat kaedah seperti pengubahsuaian gaya hidup seseorang serta melalui diet harian.

  • Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi sebagai contoh ikan, daging, kacang dan sayuran hijau.
  • Makan makanan yang mengandungi Vitamin B 12 seperti telur, sayur dan juga gandum.

References