Dikemaskini pada: Jun 11, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 25 tahun yang sedang belajar di universiti. Saya sedang mengalami masalah yang saya berasa amat segan untuk berjumpa dengan doktor. Lima hari yang lepas, semasa saya bersetubuh dengan teman wanita, saya mendapati bahawa air mani saya berwarna kuning muda ibarat warna teh bunga. Teman wanita saya tidak perasan mengenai warna air mani saya ini kerana saya menggunakan kondom. Saya amat bimbang dan malu tentang perkara ini. Saya tidak berani melancap atau bersetubuh dengan teman wanita saya kerana bimbang perkara ini berlaku sekali lagi. Doktor, bolehkah terangkan sedikit mengenai sebab warna air mani saya menjadi kuning? saya yang bertukar kuning? Adakah masalah ini sesuatu yang serius? Sebaik-baiknya saya tidak ingin berjumpa dengan doktor.
Terima kasih atas soalan encik. Saya faham bahawa encik sangat bimbang serta malu tentang masalah ini tetapi saya tidak dapat memberikan diagnosis akhir kepada encik melalui maklumat dalam soalan ini sahaja. Walaupun encik berasa segan, saya ingin menasihati encik supaya berjumpa dengan doktor untuk menyelesaikan masalah ini.
Punca air mani berwarna kuning boleh merangkumi perkara normal hingga ke punca yang serius. Oleh itu, encik haruslah berjumpa doktor untuk menjalankan pemeriksaan atau ujian darah jika diperlukan. Encik juga haruslah memaklumkan teman wanita mengenai perkara ini kerana salah satu punca utama hal ini berlaku boleh juga disebabkan oleh penyakit kelamin. Sebagai teman lelaki, encik bertanggungjawab untuk memaklumkan tentang gejala kesihatan yang mencurigakan kepada pasangan seks anda.
Air mani merupakan sesuatu cecair yang dikeluarkan dari zakar lelaki semasa mencecah klimaks seksual. Air mani ini mengandungi sperma, iaitu sel yang boleh menyuburkan telur wanita dan menyebabkan kehamilan. Biasanya, air mani yang dikeluarkan adalah dalam purata 5ml dan berwarna putih susu. Selain itu, air mani juga mengandungi cecair yang dihasilkan oleh kelenjar-kelenjar lain dalam sistem reproduktif lelaki. Justeru itu, sebarang masalah atau gangguan terhadap bahagian sistem reproduktif lelaki boleh menyebabkan warna air mani bertukar.
Berikut merupakan struktur yang bertanggungjawab menghasilkan air mani:
Sebenarnya warna air mani yang kekuningan kadang-kala adalah normal untuk sesetengah lelaki. Sekiranya air mani memang berwarna kekuningan sejak dari dahulu, tidak perlulah terlalu risau. Namun, sekiranya warna air mani mengalami perubahan warna yang drastik, anda kemungkinan menghidap gejala penyakit. Jika individu tersebut mengalami gejala seperti kulit kuning, demam, air mani busuk atau sakit semasa melepaskan air mani, mereka hendaklah berjumpa doktor segera.
Punca-punca air mani berwarna kuning adalah:
Selain daripada warna kuning, air mani juga boleh bertukar kepada warna lain.
A) Warna merah atau coklat
Puncanya adalah kerana salur darah kecil pecah pada persekitaran sistem reproduktif. Hal ini boleh disebabkan oleh trauma atau prosedur kesihatan pada kawasan zakar. Sekiranya air mani berwarna merah untuk lebih daripada 1-2 hari, individu tersebut haruslah berjumpa doktor segera. Punca lain termasuklah:
B) Warna hijau
Punca utama air mani berwarna hijau adalah jangkitan penyakit kelamin yang menyebabkan keradangan struktur reproduktif seperti prostatitis (radang kelenjar prostat) dan urethritis (radang salur kencing). Sekiranya air mani berwarna hijau, anda perlulah segera berjumpa dengan doktor untuk menyiasat puncanya.
Rawatan untuk warna air mani yang tidak normal diberikan berdasarkan kepada punca utama yangg hanya dapat dikenali pasti melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor serta ujian makmal. Oleh itu, para lelaki dinasihatkan supaya berjumpa dengan pakar perubatan supaya dapat dirawat dengan secepat mungkin.
Sehingga puncanya dapat dikenal pasti, para lelaki yang mengalami gejala perubahan warna air mani dinasihatkan supaya tidak menjalankan hubungan seks terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana kemungkinan besar puncanya adalah penyakit kelamin. Penyakit kelamin ini mudah berjangkit kepada pasangan seks walaupun persetubuhan melibatkan penggunaan kondom. Kebanyakan penyakit kelamin boleh dirawat dengan preskripsi ubat antibiotik oleh pakar perubatan.
Para lelaki juga digalakkan untuk menanam dalam diri tabiat meminum air kosong serta mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan pewarna. Tabiat ini membantu dalam mengembalikan warna air mani seperti biasa.
Kesimpulannya, warna air mani lelaki boleh bertukar akibat daripada gaya hidup serta diet yang tidak sihat malahan juga boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan sistem reproduktif. Oleh itu, janganlah anggap penukaran warna air mani sebagai sesuatu yang remeh-temeh. Untuk sebarang info lanjut atau nasihat daripada doktor kami, anda boleh melayari laman web www.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - ciri-ciri air mani mandul, warna air mani lelaki subur, air mani warna kuning
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my