Bahayakah kesan jangkitan kuman dalam darah (Septicaemia) kepada manusia?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang anggota polis yang berusia 46 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seorang suri rumah berusia 44 tahun. Kami mempunyai seorang anak sahaja yang berusia 16 tahun. Anak saya beberapa pada bulan lepas telah mengalami kemalangan dan kaki kirinya telah patah. Doktor telah meletakkan ‘plate’ di dalam dan ianya semakin sembuh. Namun demikian, baru-baru ini saya mendapati kaki anak saya kelihatan merah menyala. Apabila disentuh ia berasa panas dan anak saya mengadu sakit. Selain itu, dia juga demam sejak beberapa hari ini.


Saya membawanya ke hospital dan doktor bermaklum bahawa jangkitan kuman pada ‘plate’ yang berada dalam kakinya. Selain itu, selepas melakukan beberapa ujian, doktor juga mengatakan kuman tersebut telah memasuki saluran darah anak saya dan itulah sebabnya anak saya kelihatan agak serius. Saya langsung tidak tahu apa-apa mengenai masalah kuman dalam darah ini. Bolehkah doktor menceritakan masalah kuman dalam darah dengan lebih terperinci?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang anggota polis yang berusia 46 tahun. Saya sudah berkahwin dan isteri saya seorang ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan, memang betul anak encik mempunyai masalah kuman dalam darah (Septicemia). Hal ini telah terjadi kerana ‘plate’ dalam kaki yang telah dijangkiti kuman. Masalah ini apabila dibiarkan begitu sahaja telah menyebabkan kuman tersebut berhijrah ke saluran darah. Keadaan sebegini dipanggil sebagai ‘septicemia’. Encik telah melakukan langkah yang betul iaitu membawa anak encik ke hospital.Keadaan ini memerlukan pemerhatian seorang doktor. Rawatan yang akan diberikan ialah oksigen dan masuk air untuk mengembalikan tekanan darah serta antibiotik untuk membasmikan kuman. Selain itu, anak encik mungkin perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ‘plate’ yang telah dijangkiti kuman itu. Oleh itu, encik tidak perlu risau kerana masalah kuman dalam darah ini akan dapat diselesaikan sekiranya dirawat dengan betul. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang encik ceritakan, memang betul anak encik mempunyai masalah... See More

Apakah Maksud "Kuman Dalam Darah"?

Masalah kuman dalam darah atau ‘septicemia’. adalah keadaan yang serius di mana kuman yang menjangkiti organ dalam badan telah memasuki saluran darah dan merebak ke seluruh badan.

Kuman dalam darah ini akan menghasilkan sejenis toksin yang akan mendatangkan kesan-kesan negatif kepada organ kita dan sistem imun kita lambat laun akan menjadi lemah serta tidak dapat melawan jangkitan bakteria ini.

Apakah Penyebab Kuman Dalam Darah?

Punca utama kuman dalam darah ialah jangkitan bakteria. Virus juga boleh menyebabkan masalah ini namun ianya tidak begitu umum. Jangkitan yang dimaksudkan ini selalunya bermula dengan hanya sebuah organ seperti paru-paru, pundi kencing, buah pinggang, kulit, abdomen dan sebagainya. Apabila jangkitan ini tidak dirawat dengan segera, ianya akan merebak ke aliran darah dan menyebabkan gejala “septicaemia” ini.

Selain itu, sekiranya seseorang itu baru sahaja menjalani pembedahan, mereka lebih berisiko untuk mengalami jangkitan kerana kelemahan badan and sistem imun selepas pembedahan. Mereka haruslah berjaga kebersihan pada paru bedah kerana ianya lebih mudah untuk dijangkiti kuman.

Di samping itu, penyebab yang lain ialah sistem imun yang lemah. Sistem imun ini berfungsi sebagai pelindung untuk mencegah pencerobohan kuman-kuman ke dalam badan kita. Dengan sistem imun yang lemah, pesakit-pesakit ini akan lebih berisiko untuk menghidapi masalah “septicaemia” ini.

Siapakah yang Berisiko Tinggi untuk Mendapat Kuman Dalam Darah?

Golongan yang berisiko tinggi untuk menghidapi masalah kuman dalam darah ialah:

  • Golongan kanak-kanak
  • Golongan orang tua
  • Orang yang sedang menerima rawatan kemoterapi bagi penyakit kanser
  • Orang yang tidak mempunyai limpa
  • Golongan yang menerima rawatan steroid untuk jangka masa panjang
  • Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, penyakit hati ‘cirrhosis’, AIDS atau HIV
  • Seseorang yang mempunyai luka kebakaran atau luka yang parah
  • Sesiapa yang mempunyai jangkitan seperti ‘meningitis’, ‘cellulitis’, ‘urinary tract infection’, ‘pneumonia’

Apakah Gejala Kuman Dalam Darah?

Antara gejala yang boleh manifes dalam masalah “septicaemia” ini adalah:

  • Demam
  • Menggigil
  • Jantung berdegup kencang
  • Tekanan darah yang rendah
  • Kekeliruan
  • Pening
  • Air kencing yang berkurangan
  • Ruam pada kulit
  • Sakit pada sendi bahagian tangan, lutut, buku lali dan sebagainya

Apakah Rawatan Kuman Dalam Darah?

Penyakit kuman dalam darah sememangnya ada penawar. Kita haruslah bertindak dengan cepat untuk menyembuhkannya. Hal ini kerana jika masalah ini dibiarkan begitu sahaja, ianya boleh mengundang maut. Antara rawatan yang efektif untuk menangani masalah kuman dalam darah ialah:

  1. Memberikan oksigen melalui tiub pada hidung atau mask oksigen.
  2. Memberikan antibiotik melalui kaedah ‘intravenous’ ke dalam saluran darah. Ini kemungkinan akan dapat membunuh hanya sesetengah kuman sahaja kerana kuman lain mungkin tidak sensitif kepada antibiotik yang diberikan. Oleh itu, kita harus menunggu keputusan ‘blood culture’ untuk mengetahui bakteria lain yang turut berada dalam darah dan sekali gus dapat menggunakan antibiotik lain pula untuk membunuh bakteria tersebut.
  3. Memberikan ‘saline’ melalui kaedah ‘intravenous’. Ini akan dapat membantu meningkatkan balik tekanan darah rendah yang dialami oleh golongan tersebut.
  4. Melakukan ‘drainage’. Ini dilakukan apabila jangkitan kuman dalam darah ini telah berleluasa sehinggan menjejaskan rongga perut. Oleh itu, ‘drainage’ akan dijalani untuk mengeluarkan segala nanah yang terkumpul dalam rongga perut.

Apakah Cara Mencegah Masalah Kuman Dalam Darah

Antara cara mencegah masalah kuman dalam darah terutamanya bagi orang yang mempunyai sistem imun yang lemah ialah seperti:

  • Hentikan tabiat buruk seperti merokok
  • Elakkan minum alkohol
  • Amalkan tabiat makan yang lebih berkhasiat
  • Elakkan mengambil dadah
  • Sentiasa menjaga kebersihan sendiri
  • Melakukan senaman untuk badan yang sentiasa cergas
  • Jauhi daripada individu sakit yang boleh berjangkit

Apakah Komplikasi Masalah Kuman Dalam Darah?

Komplikasi yang berikutan masalah kuman dalam darah ini hanyalah satu iaitu maut. Hal ini kerana jika dibiarkan berlarutan, masalah ini akan menyebabkan jangkitan kuman merebak ke seluruh badan dan merosakkan kesemua organ yang sedia ada dan mengundang maut.

References