Apakah COVID-19 Punca Kepada Sesak Nafas?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 12, 2020

Soalan:
Salam Sejahtera Doktor. Saya Andrew penuntut universiti tempatan. Saya musykil tentang gejala sesak nafas yang dikaitkan dengan virus COVID-19. Adakah setiap pesakit COVID-19 akan alami gejala ini dan adakah setiap pesakit yang alami sesak nafas adalah disebabkan COVID-19. Maaf atas persoalan saya yang agak mengelirukan ini. Hal ini kerana, saya sebenarnya ada alami masalah sesak nafas sejak kebelakangan ini. Namun, sejujurnya, saya ialah seorang perokok tegar. Saya ada mengunjungi klinik namun doktor berpendapat bahawa saya hanya alami masalah asid refluks. Benarkah begitu? Adakah saya boleh berlapang dada dan menerima pendapat tersebut. Saya agak risau tentang virus COVID-19 ini. Terima Kasih.
Jawapan:
Terima Kasih atas soalan yang telah diajukan. Untuk makluman anda, soalan tersebut amat wajar diajukan lebih-lebih lagi pada wabak COVID-19 yang sedang menular ini. Untuk makluman anda, gejala yang dialami oleh pesakit COVID-19 termasuklah demam, batuk, sesak nafas, sakit sendi, sakit kepala dan sakit perut. Namun, perlu anda fahami disini pesakit juga boleh alami salah satu gejala ini atau tidak alami sebarang gejala sama sekali. Seterusnya, sebelum COVID-19 wujud lagi, banyak sebab kepada gejala sesak nafas telah dikenalpasti. Maka, sesak nafas yang anda alami mungkin disebabkan oleh COVID-19 atau masalah kesihatan yang lain. Walaubagaimanapun, saya tidak boleh memberi kata putus samada anda benar-benar alami sesak nafas disebabkan asid refluks atau masalah lain kerana tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. Usah risau, saya akan jelaskan dengan lebih terperinci tentang persoalan yang anda alami.

Walaupun kita kerap disogokkan dengan kes-kes kematian akibat virus ini, namun, mengikut statistik, sebanyak 80% pesakit virus ini adalah tidak teruk. Akan tetapi, jika pesakit mempunyai gejala yang teruk, majoriti adalah disebabkan gejala sesak nafas. Mengapakah hal ini berlaku?

Kebanyakan pesakit yang menghidap masalah asma, kegagalan jantung dan penyakit paru-paru yang kronik ada alami masalah sesak nafas. Walaupun begitu, sesak nafas yang dialami oleh pesakit virus ini berbeza kerana jika ia berlaku, pesakit lebih tercungap-cungap untuk menghirup udara. Statistik juga menunjukkan hampir 20% pesakit positif alami sesak nafas dan kebanyakannya mempunyai penyakit kronik yang lain serta berusia 60 tahun dan keatas. 

Apabila gejala sesak nafas ini mencapai tahap yang amat teruk, paru-paru pesakit mungkin mengalami jangkitan seperti Pneumonia atau paru-paru telah mencapai tahap keradangan sehingga menyebabkan parut berlaku pada organ tersebut dan mengurangkan kapasitinya untuk berfungsi. Pada ketika ini, aktiviti seperti mengambil segelas air di dapur daripada bilik pada tingkat yang sama sudah cukup untuk menyumbang kepada gejala sesak nafas ini. Pesakit juga mungkin alami sesak nafas walaupun sedang berehat. Kedua-dua situasi ini membuktikan sesak nafas yang dialami pesakit sudah mencapai tahap yang akan merunsingkan.

Seperti yang telah disebut secara ringkat diatas, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan dan ia boleh dibahagikan mengikut umur dan faktor risiko. Misalnya, jika anda muda, tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, anda mungkin disebabkan oleh masalah yang tidak begitu serius seperti gastrik, asid refluks, anemia, jangkitan paru-paru akibat organisme seperti kuman, virus dan sebagainya atau masalah psikologi seperti kebimbangan. Namun, jika anda seorang perokok tegar selama 30 hingga 40 tahun, anda mungkin alami masalah kronik paru-paru iaitu keradangan pada bronki secara kronik atau lebih teruk lagi barah paru-paru. Dalam pada masa yang sama, jika anda seorang yang mempunyai sistem imun yang lemah, anda mungkin menghidap jangkitan kuman Tuberkulosis pada organ tersebut, jangkitan kulat dan sebagainya. Jika anda seorang yang berusia, masalah sesak nafas anda mungkin disebabkan masalah jantung, kegagalan organ lain seperti buah pinggang dan hati. 

Hakikatnya, penyebab sesak nafas selain COVID-19 adalah terlalu banyak untuk dibincangkan. Namun, setiap penyakit ada gejala lain yang menjadi klu kepada doktor untuk mengenalpasti punca sebenar gejala sesak nafas yang pesakit alami. Saya akan jelaskan sedikit kaitan gejala lain yang menjadi klu kepada gejala semput ini. Masalah kesihatan di bawah mempunyai sesak nafas dan simptom berikut:

  • Asid refluks

Pedih ulu hati, sakit tekak, sukar menelan makanan, rasa masam atau pahit ditekak

  • Darah beku pada paru-paru

Sesak nafas secara tiba-tiba, sakit dada ketika bernafas, pengsan

  • Anemia

Letih melampau, pening kepada, sakit dada, pucat

  • Jangkitan paru-paru

Demam, sakit dada sewaktu bernafas, batuk berkahak

  • Radang paru-paru yang kronik

Batuk berkahak, keletihan melampau, semput yang menjejaskan aktiviti seharian

  • Barah Paru-paru

Berat badan menurun dengan mendadak, sakit pada perut atas kanan, batuk berdarah, jangkitan kuman pada badan

Hilang berat badan, peluh malam, demam, bengkak pada noda limfa

  • Kegagalan jantung

Sakit dada, semput pada waktu malam, kaki bengkak, sering sesak nafas dan jantung berdebar

Oleh kerana gejala yang dihidapi pesakit COVID-19 adalah lebih kurang sama dengan penyakit lain, ujian pengesahan adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi mengesahkan jangkitan virus ini. Hal ini amat penting bagi mengenalpasti pesakit secepat mungkin dan mengasingkan mereka daripada golongan masyarakat agar rantaian penyakit dapat diputuskan.

Ujian pengesahan adalah dengan mengambil sampel cecair hidung dan tekak untuk dihantar ke makmal. Di sana, pekerja makmal akan mengenalpasti kewujudan virus COVID-19 dengan menggunakan ujian PCR. Secara ringkas PCR digunakan untuk mengenalpasti identiti organisme yang menyebabkan gejala sesak nafas yang dialami pesakit dan dalam kes COVID-19, virus itu sendiri. 

Setelah diuji, pesakit akan diasingkan selama 14 hari tanpa mengira keputusan negatif atau positif. Jika positif, pesakit akan dirawat dengan menggunakan rawatan yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Dunia. 

Bagi masalah kesihatan lain, ujian darah, ujian khas spirometri, ujian melihat kewujudan kuman pada kahak, ujian imbasan X-ray, Imbasan CT skan, biopsi pada ketumbuhan paru-paru atau limfa noda boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian.

Secara amnya, penawar sesak nafas akan ialah dengan memberikan oksigen melalui topeng muka, saluran tiub hidung dan sebagainya jika perlu. Namun, langkah ini hanya merawat secara simptomatik. Rawatan yang benar-benar membantu pesakit ialah dengan merawat punca sebenar masalah yang dihadapi. Masih belum lagi ada kajian yang mencukupi untuk membuktikan terdapatnya ubat sesak nafas tradisional

  • COVID-19

Ubat malaria seperti Hydrochloroquine/chloroquine dan ubat Anti virus seperti Remdesivir

  • Asma

Penyedut yang mengandungi pengembang saluran paru-paru seperti steroid atau Beta-agonist

  • Anemia

Supplemen yang mengandungi zat besi tambahan seperti ferrous sulphate atau transfusi darah

  • Asid Refluks

Ubat mengurangkan asid refluks, kurangkan berat badan, tidak mengamalkan makanan pedas, berhenti merokok

  • Radang Bronki yang kronik

Penyedut yang mengandungi pengembang saluran paru-paru seperti steroid dan sebagainya

  • Barah paru-paru

Rawatan berdasarkan tahap keterukan barah tersebut. Pembedahan, rawatan kemoterapi, radioterapi atau rawatan simptomatik mungkin diperlukan

  • Masalah jantung

Cara mengatasi sesak nafas pada malam hari seperti ubat membuang lebihan air dalam badan melalui kencing, ubat merendahkan kolestrol, pencair darah, ubat mengalirkan darah pada saluran koronari.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - sesak nafas angin, sesak nafas malam, sesak nafas tiba-tiba, sesak nafas batuk, sesak nafas waktu malam, sesak nafas ketika tidur, sesak nafas dan pening kepala, sesak nafas dan batuk

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20