Dikemaskini pada: Jun 11, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang suri rumah berusia 49 tahun. Suami saya bekerja sebagai seorang pekerja buruh dan beliau berumur 50 tahun. Kami mempunyai seorang anak yang berumur 17 tahun. Sejak kebelakangan ini saya mendapati muka anak saya mempunyai ruam berwarna merah. Ruam tersebut lebih fokus kepada bahagian pipi dan berbentuk kupu-kupu di muka. Pada mulanya, saya abaikan sahaja kerana ingat kemungkinan anak saya menggaru muka sampai merah tetapi lama kelamaan saya mendapati ruam tersebut lebih ketara dan tidak hilang langsung. Saya juga telah menyapukan pelbagai ubat pada muka anak saya untuk menghilangkannya namun ianya tetap tidak hilang. Saya juga mendapati ruam tersebut menjadi lebih ketara apabila anak saya bermain dengan rakan-rakannya pada waktu petang di bawah cahaya matahari. Selain itu, rambut anak saya juga sudah mulai gugur dan hampir botak pada sebahagian kepalanya. Anak saya kerap kali demam, letih dan lesu. Kadang kala dia mengadu sakit-sakit sendi dan tidak dapat pergi ke sekolah seperti biasa. Bolehkah doktor memberitahu saya apa yang berlaku kepada anak saya ini? Saya sangat risau.
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh puan saya mendapati anak puan berkemungkinan menghidap penyakit lupus. Lupus merupakan sejenis penyakit auto-imun yang bermaksud sistem imun dalam badan akan menyerang tisu serta organ yang sihat. Puan perlu memahami bahawa lupus ini merupakan salah satu penyakit yang tiada penawar pada masa ini tetapi boleh diberi ubat untuk mengawal gejala-gejala yang terjadi.
Ruam yang kelihatan pada pipi anak puan disebut sebagai ‘malar rash’ dan ia merupakan salah satu gejala untuk diagnosis penyakit ini.Puan harus segera membawa anak puan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera serta mengetahui dengan lebih mendalam mengenai penyakit lupu. Doktor akan membantu anak puan untuk merawat dan mengawal gejala yang terjadi bersama penyakit lupus ini supaya ia tidak bertambah teruk.
Lupus adalah penyakit auto-imun. Ini bermaksud sistem imun badan akan menyerang tisu atau organ dalam badan sendiri walaupun organ dan tisu ini tidak berbahaya. Penyakit lupus boleh menjadi sangat teruk jika dibiarkan tanpa rawatan. Keradangan yang disebabkan oleh lupus ini boleh berlaku kepada mana-mana anggota badan kita seperti ginjal, paru-paru, otak, kulit, mata, mulut, dan banyak lagi.
Gejala yang terjadi bersama penyakit lupus ini boleh dikaitkan dengan organ-organ dalam badan kerana ia boleh menyerang pelbagai organ. Antara gejalanya ialah:
Harus diingatkan bukan semua gejala ini akan dialami oleh setiap pesakit lupus. Kemungkinan hanya satu atau pun dua yang akan terjadi.
Kesimpulannya, walaupun penyakit lupus masih belum mempunyai rawatan khusus, namun demikian gejala- gejala penyakit ini boleh dirawat dan dikurangkan dengan ubat yang terdapat di pasaran dan diambil atas arahan serta nasihat doktor. Sekiranya didapati gejala tersebut bertambah teruk maka anda harus segera berjumpa dengan seorang doktor kerana bimbang jika diabaikan boleh membawa kesan sampingan yang teruk kepada organ dalam badan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - gejala SLE, rawatan SLE, penyebab SLE
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my