Betul Ke Ludah Jin, Gegata, Urticaria & Kelopak Garam Penyakit Yang Sama?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Ogos 12, 2020

Soalan:
Selamat sejahtera doktor. Saya ingin mengadu masalah yang saya hadapi. Saya menghidapi masalah kulit yang sangat gatal. Kegatalan ini bukan biasa-biasa dan terdapat ruam mengelembung yang timbul pada permukaan kulit tersebut. Kulit saya juga sering menjadi merah dan jika digaru ia akan menjadi semakin gatal serta merebak ke seluruh tempat pada badan saya. Saya telah mengalami kegatalan ini sejak waktu senja tadi. Ibu saya cakap mungkin saya terkena ludah jin sebab saya baru balik daripada berjogging di hutan lipur berdekatan. Adakah ini benar doktor? Adakah terdapat penyakit yang sama seperti ludah jin ? Bolehkah doktor terangkan penyakit apa yang saya alami dan bagaimanakah cara rawatannya?
Jawapan:
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk pengetahuan anda, gejala kegatalan dan ruam merah pada kulit boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah: Gegata/ sopak garam/ “Urticaria” Dermatitis atau keradangan kulit yang boleh disebabkan oleh alahan Ekzema Jangkitan kulat/ kurap/ “Ringworm” Psoriasis Untuk mendapatkan diagnosis yang paling tepat, anda dikehendaki untuk pergi ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan daripada doktor terlebih dahulu. Melalui pemeriksaan menyeluruh, doktor dapat mengenalpasti sebab sebenar untuk masalah anda. Walaubagaimanapun, mengikut apa yang digambarkan anda, berkemungkinan besar anda mengalami gejala atau simptom bagi masalah gegata atau dikenali sebagai “Urticaria” mengikut bahasa perubatan. Anda boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai masalah tersebut melalui artikel di bawah.

Fenomena ini dikenali dengan nama gegata/ sopak garam/ kelopak garam dan ludah jin. Walaupun nampak seperti sesuatu yang mistik kerana namanya ludah jin, namun kesahihannya diragui. Dalam dunia perubatan, masalah gegata dipanggil dengan nama “Urticaria”. Mengikut bahasa Inggeris, ianya merujuk kepada “hives” & “wheals”. Walaubagaimanapun, pesakit selalu terkeliru dengan penyakit kurap dan ekzema dimana kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat atau dan dikenali dengan nama “Ringworm” dan ekzema adalah masalah kegatalan kulit yang mempunyai ciri-ciri dan rupa yang berbeza.

Masalah ini boleh menjadi akut atau kronik dan bergantung kepada individu. Jika pesakit menghidap gegata akut ia selalunya kurang daripada 6 minggu dan bagi kronik pula lebih daripada 6 minggu. Gegata akut lebih teruk dan pesakit boleh mengalami reaksi atau tindak balas “anaphylaxis” dimana terdapat keradangan pada saluran pernafasan dan disebabkan saluran pernafasan menjadi bengkak, pesakit boleh lemas dan hal ini juga boleh membawa kepada kematian. Pada masa yang sama, gegata yang bersifat kronik selalunya tidak terlalu teruk dan pesakit akan mengalami kegatalan kulit dan ruam kemerahan pada kulit secara kerap. Namun, ianya boleh dicegah dan gejala dapat dihilangkan melalui penggunaan ubat-ubatan.

Urticaria adalah sejenis gejala dimana terdapat kegatalan pada permukaan kulit. Ruam kemerahan akan terbentuk dan ianya boleh merebak jika pesakit menggarunya dengan lebih kerap. Ciri-ciri lain untuk masalah ini ialah terdapat bengkak pada permukaan kulit yang gatal dan warnanya boleh sama dengan warna kulit atau menjadi merah. Selain itu, pesakit juga boleh melihat kesan “blanching” dimana jika ditekan pada permukaan bengkak tersebut, warna kulit boleh berubah menjadi lebih pudar untuk seketika waktu. Durasi untuk masalah ini boleh berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Namun, ada juga pesakit yang mengalaminya selama berminggu lebih-lebih lagi apabila pesakit sering terdedah dengan bahan atau faktor yang merangsang gejala tersebut.

Jikalau masalah ini adalah disebabkan oleh ludah jin, sudah tentu lebih ramai yang akan mengalaminya. Manakan mungkin boleh mengelak daripada terkena ludah jin jika kita tidak dapat melihatnya. Dalam dunia perubatan, masalah ini adalah disebabkan oleh reaksi ataupun tindak balas badan yang menghasilkan terlalu banyak histamine akibat daripada pendedahan terhadap bahan atau perkara yang sensitif terhadap badan. Antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya), sengatan atau gigitan haiwan dan serangga, bulu haiwan seperti kucing dan anjing, ubat-ubatan, hama, debunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian, kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi. Disebabkan badan pesakit sensitif terhadap bahan-bahan atau faktor-faktor ini, gegata akan mudah muncul.

Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan ubat anti-histamine. Oleh kerana masalah ini berpunca daripada rembesan “histamine” yang terlalu banyak, maka ubat anti-histamine boleh digunakan untuk mengurangkan kandungan histamine dalam darah dan perkara ini mampu menghindarkan gejala gatal-gatal dan ruam. Bagi pesakit gegata yang kronik, mereka mungkin perlu untuk mengambil ubat anti-histamine pada setiap hari selama beberapa bulan bagi mengawal masalah tersebut.

Mungkin ramai yang pernah mendengar tentang rawatan sopak garam yang dirawat dengan mandi bunga atau mandi air garam. Walaupun kebenaran dan keberkesanannya tidak diketahui dengan jelas, namun kunci kepada petua ini adalah untuk memastikan badan menjadi lebih sejuk. Hal ini kerana, masalah gegata boleh menyebabkan suhu badan menjadi lebih panas. Jika pesakit mengalami gejala kepada permasalahan tersebut, mereka digalakkan untuk mandi. Pasang kipas dan jika ada penghawa dingin, adalah digalakkan untuk memasangnya atau biarkan ia berjalan.

Selain itu, adalah digalakkan untuk pesakit mengambil tahu tentang sebab kepada permasalahan gegata yang mereka hadapi. Hal ini membolehkan mereka untuk lebih berhati-hati dan mengelakkan diri mereka daripada terdedah kepadanya. Hanya dengan kenali penyebab gatal-gatal pada kulit, secara tidak langsung mereka akan terhindar daripada masalah ini.

Tambahan lagi, pesakit perlu memastikan badan mereka sentiasa bersih. Mereka perlu mandi dan mencuci rambut mereka dengan sabun yang boleh menjamin kebersihan badan. Hal ini mampu mengelakkan diri mereka daripada jangkitan-jangkitan yang boleh menyebabkan masalah gegata kerana terdapat reaksi atau tindak balas “urticaria” akibat daripada jangkitan pada kulit.

Penggunaan akar sintok dalam merawat gegata tidak dapat disahkan dalam dunia perubatan walaupun ia selalu diwar-warkan.

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - pantang larang sopak garam, petua merawat sopak garam, calamine lotion kelopak garam, penawat mujarab gegata, ubat gegata di farmasi, punca gegata waktu malam, punca terkena ludah jin

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20