Dikemaskini pada: Jun 9, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang pegawai bank. Saya berusia 33 tahun. Saya masih belum berkahwin dan tinggal bersama ibu saya yang sudah tua. Tugas saya di bank banyak bergantung kepada komputer. Saya selalu kena menghadap komputer untuk menaip maklumat klien ke dalamnya.
Sejak baru-baru ini, saya mendapati mata saya berasa sangat gatal. Saya menggunakan ubat titis mata yang ada di rumah saya dan menitikkan beberapa titis ke dalam mata. Selapas beberapa minit sahaja, saya rasa sangat gatal pada bahagian mata saya. Apabila saya garu mata dengan berlebihan ianya telah mengakibatkan mata saya menjadi merah serta sekarang saya sakit mata. Sakit mata saya ciri-cirinya seperti ada benda tajam dalam mata yang sedang mencucuk-cucuk mata saya sehingga mengakibatkan sakit. Saya segera memeriksa ubat titisan mata yang digunakan dan mendapati ianya sudah mencecah tarikh luput. Saya berasa sangat bimbang kerana ianya melibatkan deria penglihatan saya dan saya tidak mahu apa-apa terjadi kepadanya. Saban hari, semakin teruk sakit mata saya sehingga saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada rutin seharian saya.
Bolehkah doktor menerangkan kepada saya sebab saya mendapat sakit mata ini? Apakah cara merawatnya? Saya berharap doktor sudi menjawab soalan saya ini.
Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan situasi yang anda terangkan, anda mungkin mempunyai masalah sakit mata pedih (Sore Eyes). Mata pedih boleh berpunca daripada pelbagai sebab. Namun dalam kes anda ini, saya berpendapat sakit mata anda berpunca daripada penggunaan mata untuk jangka masa yang panjang di hadapan komputer. Lebih-lebih lagi, anda telah mencuba untuk merawat dengan ubat titis mata yang sudah lepas tarikh luputnya. Kemungkinan besar ini telah menyebabkan anda mempunyai jangkitan kuman dalam mata. Keadaan jangkitan kuman dalam mata seperti ini dipanggil sebagai mata pedih atau konjuktivitis.
Untuk pengetahuan anda, ubat titis mata sekali dibuka dan digunakan mempunyai risiko untuk tercemar dengan bakteria biasa yang hidup di kelopak mata anda. Kebanyakan botol titis mata mengandungi bahan pengawet yang mengelakkan pertumbuhan bakteria tetapi bukan sepenuhnya. Semakin lama botol itu dibiarkan terbuka, lebih banyak bakteria akan bertumbuh. Peraturan praktikal yang baik adalah untuk membuang sebarang ubat titis mata selepas 3 bulan.
Anda haruslah segera berjumpa seorang doktor untuk merawat mata pedih untuk memastikan sesuatu yang serius tidak berlaku. Kemungkinan besar doktor akan memberikan ubat titis yang mengandungi antibiotik untuk membantu membasmikan kuman dalam mata. Anda juga haruslah menjaga kebersihan mata dan memastikan tiada sebarang habuk yang masuk ke dalam mata. Di samping itu, anda juga haruslah merehatkan mata dari semasa ke semasa dan tidak selalu menghadap komputer buat masa yang lama kerana akan mendatangkan masalah kesihatan yang tidak diingini sekali gus menjejaskan penglihatan mata anda.
Mata membantu kita melihat dan dengan penglihatan ini kita dapat menjalankan rutin seharian dengan lebih mudah. Namun demikian, terdapat juga masalah yang boleh datang kepada mata kita seperti sakit mata atau hilang penglihatan dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa penyebab yang boleh membawa kepada masalah sakit mata ini.
Konjunktivitis ini juga mempunyai beberapa jenis yang tersendiri seperti:
Sakit mata boleh datang kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, ianya lebih baik jika setiap orang peka terhadap gejala yang berikutan masalah sakit mata ini. Antara gejalanya ialah seperti:
Sakit mata haruslah dirawat dengan segera kerana jika dibiarkan begitu sahaja maka jangkitannya akan bertambah serta membawa kepada masalah yang lebih serius.
Pengunaan kanta sentuh/'contact lenses'
Oleh itu, encik tidak perlu risau atau bimbang mengenai isu ini kerana ianya boleh diselesaikan jika segera mendapatkan rawatan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my
Rujukan
Soalan berkenaan - ubat sakit mata merah, petua sakit mata, jenis sakit mata
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my