Kenapa terjadinya angin ahmar dan apakah punca stroke (Stroke Causes)?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Jun 15, 2020

Soalan:

Salam, doktor. Saya seorang lelaki bujang berumur 45 tahun. Saya tinggal bersama ayah saya yang berumur 68 tahun. Semalam, apabila saya balik ke rumah selepas bekerja, saya mendapati ayah saya mengalami kesusahan untuk bergerak kerana kaki kanannya tiba-tiba lemah. Apabila ditanya lebih lanjut, beliau berkata bahawa beliau telah pengsan petang itu untuk beberapa minit. Saya amat risau kerana pada pendapat saya, gejala ini serupa dengan serangan angin ahmar. Namun demikian, ayah saya seorang yang degil dan tidak suka untuk ke hospital. Bolehlah doktor terangkan sedikit mengenai angin ahmar ini? Betulkah ayah saya sedang mengalami masalah angin ahmar? Apakah punca stroke? Apakah yang harus saya lakukan jika ayah tidak ingin ke hospital? Terima kasih doktor.

Jawapan:

Terima kasih atas soalan encik. Pada pendapat saya, gejala ayah encik yang digambarkan adalah sejajar dengan serangan angin ahmar atau strok. Punca stroke (Stroke Causes) lazimnya dalam dalam kalangan warga tua terutamanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi.

Saya menasihati encik supaya membawa ayah anda ke hospital dengan segera kerana strok ini merupakan suatu kecemasan perubatan.Walaupun keadaan ayah sekarang tampak stabil, strok untuk kali kedua boleh berlaku pada bila-bila masa. Sekiranya ayah anda mendapat rawatan segera, komplikasi yang lebih serius dapat dielakkan. Encik harus menasihati ayah supaya tidak degil dan mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin supaya tidak membahayakan nyawa.

Apakah itu strok

Strok merupakan masalah kesihatan yang disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke otak. Bahagian otak tersebut yang tidak menerima oksigen yang mencukupi akan mengalami kerosakan sel-sel otak sekali gus menyebabkan kecederaan saraf. Oleh itu, bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak serta saraf yang terbabit tidak dapat berfungsi. Strok merupakan kecemasan perubatan. Sekiranya ia tidak dikesan dan dirawat dengan segera,kerosakan fungsi badan akan berkekalan malahan kematian juga boleh berlaku.

Terdapat satu lagi masalah perubatan yang mempunyai nama penyakit yang agak sama iaitu strok haba, yang berlaku akibat kepanasan melampau pada badan lalu menyebabkan simptom menyerupai strok seperti sakit kepala dan mual. Namun begitu, strok haba bukannya sejenis strok yang sebenar.

Apakah penyebab strok

Strok boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu strok iskemia (“ischemic stroke”) dan strok berdarah (“hemorrhagic stroke”). Kedua-dua jenis strok ini mempunyai penyebab yang berlainan.

  • Strok iskemia terjadi apabila arteri yang membekalkan aliran darah ke otak dihalang oleh gumpalan darah beku. 85% hingga 90% strok merupakan jenis strok iskemia. Gumpalan darah ini boleh disebabkan oleh timbunan kolesterol dalam arteri (“atherosclerosis”) yang berlaku untuk jangka masa yang panjang. Strok ini boleh dibahagikan kepada dua jenis:
  • Strok thrombosis. Dalam strok ini, thrombus (darah beku) pada arteri beransur-ansur menyebabkan aliran darah semakan sempit. Keadaan nin biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dalam darah.
  • Strok embolus. Strok ini disebabkan oleh sekatan darah arteri ke sebahagian daripada otak akibat daripada embolus iaitu serpihan gumpalan darah dalam arteri yang berasal dari organ yang lain, contohnya jantung. Serpihan ini boleh terdiri daripada plak kolesterol, lemak, udara ataupun darah beku.

Strok berdarah berlaku apabila saluran darah dalam otak pecah atau berdarah. Strok berdarah ini akan mengganggu bekalan darah otak kerana salur tersebut tidak mampu membawa darah ke tisu otak. Selain itu, darah yang melimpah masuk ke dalam tisu otak menyebabkan sel-sel tersebut rosak.

Faktor-faktor risiko untuk strok adalah:

  1. Usia yang lanjut
  2. Merokok
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Kolesterol tinggi
  5. Kencing manis
  6. Masalah jantung
  7. Patah tulang (boleh mengakibatkan embolus lemak dari tulang)

Apakah gejala strok

Gejala-gejala penyakit strok bergantung kepada jenis strok serta bahagian otak yang terjejas. Biasanya, strok iskemia hanya menjejaskan sebahagian fungsi otak, manakala strok pendarahan akan menyebabkan gejala yang disebabkan oleh tekanan tinggi dalam kepala (“increased intracranial pressure”). Gejala strok biasanya akan dilihat pada sebelah badan yang bertentangan dari bahagian otak yang terjejas.

Gejala yang lazimnya berlaku adalah:

  • Kebas atau lemah secara tiba-tiba pada muka, lengan, ataupun kaki terutamanya jika hanya pada sebelah bahagian badan sahaja
  • Kesukaran untuk menelan.
  • Kurang sedar, pengsan atau keliru
  • Daya ingatan merosot.
  • Sukar bercakap atau memahami percakapan.
  • Tidak dapat melihat sama ada dengan sebelah mata atau kedua-dua belah mata.
  • Tidak stabil apabila berjalan, pening, hilang keseimbangan atau koordinasi.
  • Kelopak mata yang layu

Strok pendarahan biasanya mempunyai gejala tambahan, akibat penambahan tekanan intrakranium (tengkorak kepala) yang mendadak. Gejala yang biasanya membezakan antara kedua-dua jenis strok adalah:

  1. Sakit kepala yang teruk dan berlaku secara tiba-tiba
  2. Sakit leher
  3. Muntah dan loya

Sekiranya sesiapa menunjukkan gejala-gejala dSetiap minit yang berlalu adalah kritikal kerana lebih lama darah berhenti mengalir ke otak, lebih teruk keadaannya dan peluang untuk pulih menjadi semakin rendah.

Ada juga sesetengah orang yang mengalami gejala-gejala tersebut tetapi kembali pulih dalam tempoh masa 24 jam. Fenomena ini digelar sebagai “transient ischemic attack” (TIA). Keadaan ini merupakan serangan strok kecil di mana kerosakan saraf pada otak dapat dipulihkan. TIA ini merupakan satu tanda amaran bahawa strok yang lebih serius mungkin berlaku dalam masa yang terdekat.

Apakah rawatan strok

Rawatan pilihan strok berdasarkan kepada jenis strok yang dialami. Oleh itu, perkara pertama yang biasanya dilakukan adalah untuk penilaian jenis strok menggunakan pengimejan perubatan seperti CT scan.

Untuk strok iskemia yang disebabkan oleh darah beku pada arteri, pesakit akan dirawat dengan:

  • Ubat cair darah, contohnya warfarin
  • Ubat antiplatelet, contohnya aspirin
  • Pemecahan bekuan darah (sekiranya kurang dari 3 jam sejak strok berlaku). Rawatan ini hanya terdapat di hospital yang mempunyai peralatan serta kepakaran rawatan strok.

Strok pendarahan haruslah dikecualikan melalui pengimejan perubatan kerana rawatan pencairan darah akan menyebabkan strok pendarahan menjadi lebih teruk.

Bagi strok pendarahan, rawatan yang boleh diberikan termasuk:

  • Penilaian neurosurgeri untuk mengesan dan merawat punca pendarahan
  • Pengawasan pesakit untuk memastikan tekanan darah, paras gula serta suhu badan adalah optimum untuk meningkatkan peluang untuk pulih.

Untuk semua pesakit strok, rawatan yang paling penting adalah pemulihan (“stroke rehabilitation”) selepas serangan strok. Pemulihan ini bertujuan untuk membantu pesakit strok menjalankan kehidupan mereka secara berdikari berdasarkan kemampuan mereka, termasuklah pembelajaran semula kemahiran diri yang diperlukan. Pemulihan ini mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk memulihkan fungsi pesakit. Contohnya:

  • Rawatan fisioterapi untuk menguatkan otot yang lumpuh atau lemah.
  • Terapi pekerjaan melibatkan pembelajaran kegiatan seharian contohnya memakai baju, menulis dan mandi.
  • Terapi pertuturan dan bahasa bertujuan untuk membantu pesakit strok untuk mengatasi masalah pertuturan dan pemahaman.
  • Ahli psikologi untuk membantu pesakit yang mengalami gangguan emosi akibat strok.

Penyakit strok ini merupakan satu punca kehilangan upaya yang serius malah boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, kita haruslah mencegah strok dengan menjadi lebih peka terhadap kesihatan diri. Sesiapa yang mempunyai faktor risiko strok haruslah mengawal berat badan dan masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi, serta berhenti merokok untuk mengelakkan ditimpa serangan strok.

Jika terdapat sebarang persoalan, anda boleh berbincang dengan doktor kami di www.doctoroncall.com,my.


Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - cara menyembuhkan penyakit stroke, stroke ringan, stroke ringan sebelah kanan

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!