Ketahui Info Tentang Susu Ibu: Kandungan, Manfaat & Teknik Penyusuan Yang Betul

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: September 7, 2020

Soalan:
Salam sejahtera, saya merupakan bakal ibu dan berdasarkan pengiraan kalendar kandungan, saya ada hanya tinggal seminggu sebelum bersalin. Doktor pastinya faham keterujaan setiap ibu yang bakal menimang cahaya mata tambahan pula ini merupakan anak sulung saya. Saya seperti ‘asianparent’ yang lain amatlah berharap agar anak saya membesar sebagai insan yang bijak dan berguna kepada masyarakat. Berpegang pada harapan tersebut, banyak laman google telah saya teliti dan rata-ratanya menyatakan bahawa susu badan menyumbang kepada kesihatan badan serta minda anak-anak. Oleh itu, saya ingin mendapatkan pandangan doktor berkenaan dengan isu ini.
Jawapan:
Tahniah kerana bakal menjadi seorang ibu, semoga proses melahirkan anak berjalan dengan lancar hendaknya. Untuk pengetahuan anda, susu ibu mempunyai banyak khasiat bukan sahaja dari segi nutrisi pemakanan namun juga untuk ketahanan badan. Berdasarkan saranan World Health Organisation WHO, bayi seharusnya mendapatkan susu ibu sekurang-kurangya selama 6 bulan sejak dari lahir. Proses penyusuan juga dapat merapatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak yang mana meningkatkan kualiti kehidupan antara keluarga. Untuk mengetahui lebih lebih lanjut berkenaan dengan susu ibu, sila baca penulisan di bawah.

Tanya sahaja beberapa orang di sekeliling anda, apabila seorang wanita seperti ibu, kakak atau lebih-lebih lagi isteri mengalami muntah, pastinya disyaki mengandung. Tahukah anda, selain muntah terdapat banyak lagi perubahan fisiologi badan bagi ibu mengandung terutamanya pada bahagian payu dara. Payu dara akan mula membengkak dan juga densitinya akan meningkat. Hal ini terjadi bagi menyediakan ibu pada fasa menyusukan anak nanti. Selain itu, warna pada puting payu dara akan bertambah gelap dan hal ini berlaku supaya bayi dapat mengesan puting tersebut dengan lebih mudah untuk proses penyusuan nanti. 

Kadang-kadang, ibu mengandung juga akan mula merasa sakit pada bahagian payu dara kerana kelenjar susu bertambah aktif. Namun begitu, para ibu perlu juga berhati-hati kerana sakit ini boleh terjadi disebabkan masalah lain seperti susu badan tersumbat, jangkitan kumanatau juga kanser payu dara. Perubahan lain yang akan dirasakan adalah seperti berikut:

  1. Saluran vena yang berwarna biru akan mula kelihatan
  2. Timbul bintik-bintik kecil sekitar areola 
  3. Pada akhir kandungan, titisan air susu mengalir dengan sendirinya
  4. Payu dara akan berasa gatal


Anda berminat untuk mengetahui perubahan badan sewaktu mengandung? Dapatkan nasihat dan info berguna dari pakar sakit puan!

Ketika mengandung, hormon prolaktin akan giat dihasilkan lantas bertindak balas pada kelenjar payudara dan akhirnya menyebabkan susu badan terhasil. Susu ini pula akan disimpan dalam struktur yang seakan-akan gugusan anggur yang dikenali sebagai alveoli dan bersambung dengan saluran yang diberi nama duktus. Duktus ini merupakan saluran yang mengalirkan air susu keluar dari badan melalui puting. Secara amnya, hormon prolaktin akan meransang alvoeoli untuk menghasilkan air susu dengan mengunakan sumber zat dalam badan seperti lemak, protein dan juga gula.

Bagi pengaliran air susu pula, proses ini diransang oleh hormon oksitosin yang dirembes daripada organ pituitari yang dan bertindak balas pada kelenjar susu seperti alveoli dan juga duktus. Tindak balas ini pula akan menyebabkan struktur kelenjar ini mengecut dan proses inilah yang meransang pengaliran air susu. Ketika bayi menghisap puting, sensasi daripada hisapan akan menyebabkan lebih banyak oksitosin dihasilkan dan keadaan ini penting bagi memastikan bayi mendapatkan susu yang secukupnya.

  1. Protein merupakan sumber penting untuk pertumbuhan sel badan terutamanya bagi bayi yang baru lahir. Kandungan casein yang rendah dalam susu ibu menyebabkan ia lebih mudah untuk diserap oleh badan berbanding susu formula atau susu kotak.
  2. Susu ibu mengandungi antibodi aktif yang mana penting untuk ketahanan imuniti bayi
  3. Susu ibu mengandungi banyak laktosa yang mana merupakan sumber tenaga dan karbohidrat untuk bayi.
  4. Selain laktosa, lemak juga merupakan sumber tenaga yang tinggi untuk bayi. Oleh itu, susu ibu juga kaya dengan lemak yang mana penting untuk perkembangan otak bayi.
  5. Secara logiknya, susu berada dalam bentuk cecair dan cecair ini penting sebagai minuman buat bagi serta mengelakkan masalah dehidrasi.
  6. Susu ibu mengandungi banyak zat yang penting untuk perkembangan fizikal dan mental bayi. Sebagai contoh zat besi, vitamin C, vitamin B kompleks dan vitamin K.

Kebaikan susu ibu boleh terbahagi kepada dua yakni kepada bayi dan juga ibu itu sendiri. Berikut merupakan kebaikan susu ibu keatas bayi:

  1. Susu ibu membekalkan bayi dengan nutrien yang cukup dan hal ini mampu menghindari bayi daripada masalah kebuluran
  2. Susu ibu juga mampu mengelakkan bayi daripada terkena jangkitan seperti cirit-birit, selsema dan jangkitan paru-paru.
  3. Susu ibu juga mampu untuk mencegah bayi daripada terkena masalah alahahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  4. Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu mudah untuk didapati dan tidak mudah tercemar berbanding kaedah penyusuan yang lain.


Dapatkan produk berkhasiat untuk kebaikan bayi anda 

Selain kepada bayi, penyusuan secara natural daripada badan ini juga memberikan banyak kebaikan buat para ibu. Sebagai contoh:

  1. Seperti yang telah diceritakan pada awal penulisan ini, proses penyusuan akan menghasilkan hormon oksitosin yang mana bertindak mengecutkan rahim. Hal ini menyebabkan proses pengecutan rahim berlaku dengan cepat dan mengembalikan ia ke saiz asal.
  2. Penyusuan akan mengurangkan risiko ibu mendapatkan kanser payudara dan ovari.
  3. Penyususan juga merupakan kaedah natural perancangan keluarga dan secara tidak langsung menjarakkan jangka kandungan yang akan datang
  4. Proses ini juga memberi impak positif dari aspek psikologi yang mana ia boleh dijadikan sebagai medium untuk berinteraksi dan mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.

Ramai yang bertanya tentang makanan untuk banyakkan susu badan dan tidak kurangnya yang ingin tahu akan punca penghasilan susu badan yang sedikit. Pasa asasnya, ramai faktor yang mengundang kepada masalah ini dan antaranya ialah teknik penyusuan yang salah. Oleh itu, mari mempelajari teknik penyusuan yang betul.

  1. Para ibu boleh itu menyusukan anak mereka dengan pada posisi baring mahupun duduk.
  2. Rapatkan bayi pada payudara dan cuba untuk berkomunikasi dengan mereka sepanjang proses tersebut.
  3. Pastikan bahawa seluruh badan termasuk badan dan kepala ke arah dada ibu.
  4. Pegang bayi dengan erat dan gunakan bantal untuk menyokong badan bayi
  5. Bantu bayi melekap dengan memegang payu dara dan arahkan ke bahagian mulut bayi.
  1. Mulut bayi terbuka luas dan lebar
  2. Dagu bayi bersentuhan dengan payu dara
  3. Walaupun hidung bayi terletak pada payu dara, bayi masih boleh untuk bernafas
  4. Corak hisap yang mendalam dan perlahan
  5. Kadang-kadang, ibu boleh mendengar bunyi bayi menghisap susu

Rujukan

Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Soalan berkenaan - kandungan susu ibu, kebaikan susu ibu, makanan untuk banyakkan susu badan, susu badan tersumbat, susu kotak

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM20