Kenapa tapak tangan berpeluh (Sweaty Hands) sentiasa dan ada tips untuk merawatnya?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 25 tahun dan bekerja sebagai pembantu penyelidikan di salah sebuah universiti tempatan. Sejak beberapa bulan yang lepas, saya kerap mengalami tangan yang berpeluh dan ia melibatkan kedua-dua belah tapak tangan saya. Saya tidak mengalami gejala yang lain selain daripada tangan berpeluh seperti gatal-gatal atau kemerahan. Ia akan jadi bertambah teruk ketika berada di kawasan yang mempunyai penghawa dingin. Keadaan ini juga akan menyukarkan saya memegang sesuatu barang kerana licin dan barang itu mudah menjadi basah, contohnya seperti kertas. Jadi, saya ingin bertanya kepada doktor, apakah penyebab atau punca bagi gejala yang dihadapi oleh saya dan apakah rawatan yang sesuai untuknya?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 25 tahun dan bekerja sebagai pembantu penyelidikan di salah sebuah universiti tempatan. S... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, keadaan yang anda alami ini dipanggil sebagai “palmar hyperhidrosis” atau tangan berpeluh yang berlebihan. Terdapat pelbagai penyebab atau punca bagi penyakit ini. Ia adalah jenis hiperhidrosis yang paling lazim berlaku. Keadaan ini disebabkan oleh aktiviti rangkaian saraf simpatetik yang terlebih aktif. Saraf simpatetik merupakan sebahagian daripada sistem saraf autonomi yang mengawal aktiviti di dalam badan. Rangkaian simpatetik terletak di rongga dada.

Peluh tangan yang berlebihan adalah dari keadaan yang ringan hinggalah kepada sangat teruk, dan mungkin asal daripada genetik. Tangan yang berpeluh biasanya bermula awal pada zaman kanak-kanak dan boleh menjadi lebih teruk apabila usia semakin meningkat. Ia tidak menjadi lebih baik dari masa ke masa atau sembuh apabila usia meningkat.

Kebanyakan pesakit dengan tangan berpeluh yang teruk tidak mendapat manfaat daripada rawatan konservatif seperti ubat-ubatan, iontophoresis, atau “biofeedback”, walaupun syarikat insurans kesihatan mengesyorkan untuk mencuba ubat-ubatan terlebih dahulu. Untuk “palmar hyperhydrosis” yang teruk, pilihan terbaik mungkin menjalankan prosedur pembedahan yang dikenali disebut “endoscopic thoracic sympathectomy” (ETS).

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan, keadaan yang anda alami ini dipanggil sebagai <... See More

Apakah itu tangan berpeluh

“Palmar hyperhidrosis”, atau peluh tangan yang berlebihan, menjejaskan 1-3% daripada kebanyakan orang. Ia biasanya bermula pada zaman kanak-kanak atau remaja. Tangan berpeluh boleh menjejaskan seseorang dari segi sosial dan emosional.

Apakah penyebab tangan berpeluh?

Banyak penyebab yang boleh menyumbang kepada keadaan ini:

  • Pengaruh genetik - sejarah keluarga menjadi punca dalam 30% daripada kes tersebut.
  • Tekanan fizikal
  • Tekanan emosi.

Apakah gejala tangan berpeluh

Ia boleh menjejaskan kedua-dua belah tapak tangan dalam bentuk peluh yang sedikit atau berpeluh yang teruk. Ia akan berhenti apabila tidur. Kebanyakan kes tidak dikaitkan dengan sebarang penyakit.

Tangan peluh boleh dikaitkan dengan peluh berlebihan di bahagian lain pada badan juga termasuklah celah ketiak (axillary hyperhidrosis), muka dan kulit kepala (craniofacial hyperhidrosis) dan kaki (plantar hyperhidrosis).

Keadaan ini boleh mendatangkan stres kerana kesannya terhadap kualiti hidup.

Apakah rawatan berpeluh

Diagnosis biasanya dilakukan berdasarkan sejarah medikal mengenai permulaan penyakit anda. Siasatan lanjut akan dipertimbangkan jika melibatkan kawasan yang lebih besar pada badan atau jika hiperhidrosis berlaku semasa tidur. Rawatan bergantung kepada betapa seriusnya keadaan hiperhidrosis dan jika rawatan sebelum ini berjaya.

1) Rawatan topikal seperti aluminium klorida hexahydrate (Driclor) boleh memberi kesan efektif terhadap sesetengah kes ringan atau sederhana.

Driclor perlu sentiasa digunakan pada kulit yang kering untuk memaksimumkan manfaat dan meminimumkan kesan sampingan. Pesakit disyorkan untuk menggunakannya selepas mandi dan sebelum tidur. Keringkan kawasan tersebut dengan pengering rambut pada tetapan sejuk kemudian sapukan Driclor. Basuh tangan anda terlebih dahulu pada waktu pagi dengan air kosong (tiada sabun). Sekiranya kerengsaan berlaku, sapuan krim kortikosteroid dapat membantu (ubat ini perlu digunakan di bawah pengawasan doktor).


Krim antikolinergik seperti glycopyrolate (0.5-3%) juga turut berkesan. Kesan sampingan jarang berlaku. Berapa kerap krim tersebut digunakan bergantung pada individu.


2) Iontophoresis


Ia boleh dipertimbangkan untuk kes-kes yang tidak respon terhadap rawatan topikal. Rawatan bergantung kepada individu. Kawasan yang terjejas akan direndam dalam air paip, air garam atau cecair glycopyrrolate. Kemudian arus elektrik pada tetapan rendah akan disalurkan pada permukaan kulit selama 10 hingga 20 minit.


Iontophoresis Glycopyrrolate mempunyai kadar kejayaan yang tinggi 80% daripada pesakit mempunyai tindak balas yang baik terhadap rawatan ini. Tempoh rawatan berbeza mengikut keadaan. Pesakit perlu menjalankan rawatan setiap 2 hingga 14 hari.


3) Suntikan toksin Botulinum jenis A (botox)


Suntikan Botox boleh merawat tangan berpeluh dengan selamat dan berkesan. Walau bagaimanapun, rawatan ini agak mahal dan kosnya mengehadkan penggunaan secara lebih meluas.

Kebanyakan rawatan dilakukan setelah saraf diberi bius. Kira-kira 100 unit botox diperlukan bagi setiap tangan. Rawatan ini biasanya berkesan selama 3 hingga 5 bulan. Kesan sampingan termasuklah kelemahan otot sementara.


4) Ubat-ubatan


Tablet antikolinergik (seperti oxybutynin dan propantheline bromide) boleh digunakan untuk merawat tangan berpeluh. Walau bagaimanapun, kesan sampingan seperti sembelit, mulut kering dan pening adalah perkara biasa.

Ubat lain yang boleh digunakan termasuklah glycopyrrolate oral, propranolol, clonazepam dan gabapentin.

Ubat menjadi pilihan untuk jangka masa pendek selama beberapa hari hingga minggu untuk memberi "istirahat" bagi tangan berpeluh tersebut.


5) Pembedahan


“Endoscopic thoracic sympathectomy” (ETS) adalah rawatan pembedahan untuk pelbagai jenis hiperhidrosis. Ia dilakukan oleh pakar bedah vaskular atau pakar bedah saraf di bawah anestesia umum. Ia mempunyai kadar kejayaan yang sangat tinggi untuk merawat tangan berpeluh tetapi berisiko besar untuk "rebound" berpeluh. “Compensatory sweating” berlaku di bahagian seperti belakang atau bahagian bawah tapak kaki selama beberapa minggu hingga berbulan-bulan selepas pembedahan ETS. “Compensatory hyperhidrosis” boleh menjadi sukar untuk dirawat dan selalunya berkekalan seumur hidup.

Perbincangan mendalam dengan pakar bedah vaskular atau pakar neurologi diperlukan sebelum mempertimbangkan pembedahan ETS.Tangan yang berpeluh memerlukan rawatan yang berterusan. Walau bagaimanapun, sesetengah orang menyedari bahawa masalah peluh tersebut berkurangan apabila usia semakin meningkat.


Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor di klinik atau hospital berdekatan. Jika tiada sebarang kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman webwww.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References