Am mengetahui bahawa air kencing terhasil daripada buah pinggang dan organ ini juga bertindak sebagai agen untuk menapis toksik dalam badan. Setelah air kencing terbentuk, ia akan disalurkan melalui tiub yang diapnggil sebagai ureter dan disimpan di dalam pundi kencing sebelum dikeluarkan. Pembentukkan batu pula boleh berlaku disepanjang saluran tersebut iaitu buah pinggang, ureter sehinggalah pundi kencing. Pembentukkan batu bukan sahaja berlaku pada buah pinggang malah batu karang hempedu juga merupakan masalah yang boleh dikatakan agak lazim berlaku keatas ramai orang. Jenis batu juga pelbagai bergantung kepada komponen yang membentuknya. Jenis batu karang terdiri daripada kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Terdapat jenis batu struvite yang mengandungi magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Antara batu yang sering dialamai oleh pesakit di Malaysia ialah batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan.