Tanda endometriosis (Endometriosis Signs) apakah yang perlu saya waspada dan awasi?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja wanita yang berumur 24 tahun. Saya sedang belajar di kolej jauh dari rumah saya. Saya sedang menghadapi masalah berkaitan haid saya. Pertama kali saya mendapat haid adalah ketika berumur 14 tahun. Sejak itu, kitaran haid saya adalah teratur pada setiap bulan dan merupakan kitaran 28 hari. Haid saya berlarutan untuk kira-kira 5-6 hari sahaja dan saya selalunya menggunakan 3 keping tuala wanita setiap hari.

Kadang-kala saya akan mengalami senggugut yang masih pada peringkat kesakitan yang sederhana. Namun begitu, sejak 4 bulan yang lalu, saya mendapati terdapat perubahan pada kitaran haid saya. Haid saya berlarutan sehingga 7 ke 8 hari dan pendarahan haid juga bertambah banyak. Sekarang saya menggunakan kira-kira 5 ke 6 pad dalam sehari. Selain itu, saya mengalami senggugut yang terlalu sakit sehingga ia mengganggu aktiviti harian dan juga tidur pada waktu malam. Kesakitan tersebut agak teruk sehingga saya tidak dapat bangun dari katil dan menyebabkan saya tidak dapat menghadirkan diri ke kelas.

Saya cuba mengambil ubat tahan sakit, tetapi kesakitan senggugut masih berlarutan dan tidak bertambah baik. Saya akan berasa amat letih dan sukar untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran saya. Ada kalanya saya mengalami cirit-birit bersama gejala ini. Saya berasa loya dan pernah muntah beberapa kali. Saya melayari internet untuk mengetahui apakah masalah yang saya sedang menghadapi dan kemungkinan adalah endometriosis. Apakah itu endometriosis, doktor? Adakah gejala yang saya hadapi menunjukkan tanda-tanda endometriosis??
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang remaja wanita yang berumur 24 tahun. Saya sedang belajar di kolej jauh dari ruma... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Penyakit yang mungkin anda sedang alami berdasarkan gejala yang dinyatakan adalah endometriosis. Endometriosis adalah penyakit di mana tisu di bahagian dalam rahim anda - endometrium - tumbuh di luar rahim anda. Endometriosis sering terjadi di kawasan ovari, tiub fallopian dan tisu yang merangkul pelvis anda. Tisu endometrium juga boleh terjadi di luar organ pelvis.

Penyakit endometriosis akan menyebabkan tisu endometrial menebal dan berdarah pada setiap kitaran haid. Kerana tisu ini tidak dapat disingkirkan dari tubuh anda, keradangan akan berlaku. Keradangan tersebut boleh menyebabkan tisu parut yang akan menjejaskan organ berdekatan juga. Endometriosis boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian perut terutamanya semasa haid anda malahan pesakit endometriosis juga mengalami masalah kesuburan. Terdapat rawatan yang boleh dijalani untuk pulih daripada penyakit ini.
Terima kasih atas soalan anda. Penyakit yang mungkin anda sedang alami berdasarkan gejala yang dinyatakan adalah en... See More

Apakah penyebab endometriosis

Walaupun penyebab endometriosis masih tidak jelas, faktor yang mungkin menyebabkan endometriosis termasuk:

  • Transformasi sel peritoneal. “Teori induksi" mencadangkan bahawa hormon atau faktor imunisasi menyebabkan transformasi sel peritoneal - sel-sel bahagian dalam perut anda - kepada sel-sel endometrium.
  • Transformasi sel embrio. Hormon seperti estrogen boleh mengubah sel-sel embrio - sel-sel dalam peringkat awal perkembangan bayi - ke dalam implan sel endometrium semasa baligh.
  • Implan parut pembedahan. Selepas pembedahan, seperti hysterectomy atau C-seksyen, sel endometrium boleh dilampirkan kepada pembedahan yang tidak sempurna.
  • Pengangkutan sel endometrium. Sistem pembuluh darah atau sistem limfa boleh mengangkut sel endometrium ke bahagian lain badan dan menjadi penyebab endometriosis.
  • Gangguan sistem imunisasi. Terdapat kemungkinan masalah sistem imunisasi juga menjadi penyebab masalah endometriosis akibat daripada fisiologi badan yang memusnahkan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim.

Apakah gejala endometriosis

GGejala utama endometriosis adalah sakit pelvis yang sering dikaitkan dengan tempoh haid anda. Walaupun ramai wanita mengalami kekejangan semasa haid, wanita dengan endometriosis biasanya menggambarkan sakit haid yang jauh lebih teruk daripada biasa. Mereka juga cenderung melaporkan bahawa kesakitan bertambah teruk dari semasa ke semasa. Simptom dan gejala endometriosis terutamanya sewaktu haid adalah:

  • Haid yang terlalu sakit (dysmenorrhea).
  • Kesakitan pada bahagian pinggul.
  • Kekejangan mungkin bermula sebelum haid anda dan berlarutan untuk beberapa hari
  • Sakit pada bahagian belakang dan sakit perut.
  • Sakit semasa atau selepas bersetubuh.
  • Sakit semasa atau selepas bersetubuh.
  • Sakit semasa membuang air besar atau air kecil.
  • Pendarahan yang berlebihan. Anda mungkin mengalami haid yang berlebihan (menorrhagia) atau gangguan kitaran haid dan pendarahan berlebihan pada waktu yang sama (menometrorrhagia).
  • Kemandulan. Endometriosis dapat dikenalpasti buat pertama kalinya semasa wanita mencari rawatan untuk masalah sukar hamil.
  • Keletihan
  • Cirit-birit
  • Sembelit
  • Perut kembung
  • Rasa loya
Tahap serius kesakitan anda tidak semestinya petanda tahap serius masalah endometriosis anda. Sesetengah wanita yang mempunyai endometriosis yang kurang serius mengalami rasa sakit yang sengit, sementara mereka dengan endometriosis yang lebih teruk mungkin hanya mengalami kesakitan yang ringan. Endometriosis kadang-kadang disalahtafsirkan sebagai penyakit lain yang boleh menyebabkan sakit pelvis, seperti penyakit radang pelvis (PID) atau sista ovari malahan ia mungkin dikelirukan dengan sindrom usus besar (IBS), keadaan yang menyebabkan serangan cirit-birit, sembelit dan kekejangan abdomen.

Apakah rawatan endometriosis

Endometriosis biasanya dirawat dengan penggunaan ubat-ubatan atau pembedahan. Pilihan rawatan untuk masalah ini bergantung kepada tahap serius masalah anda. Secara amnya, doktor akan mencadangkan rawatan konservatif terlebih dahulu sebelum memilih rawatan invasif. Antara rawatan endometriosis adalah:

  • Ubat tahan sakit: ubat anti-radang (NSAIDs) membantu mengurangkan masalah senggugut haid. Sekiranya anda mendapati dos ubat ini tidak memberikan kelegaan penuh, anda mungkin perlu mencuba rawatan lain untuk menguruskan simptom dan gejala anda.
  • Terapi hormon: Hormon tambahan kadang-kadang berkesan dalam mengurangkan sakit endometriosis kerana tahap hormon semasa kitaran haid memainkan peranan penting dalam mengakibatkan gejala penyakit endometriosis. Ubat hormon boleh melambatkan pertumbuhan tisu endometrium dan mencegah implantasi baru tisu endometrium. Terapi hormon bukanlah penyelesaian kekal untuk endometriosis kerana gejala tersebut boleh kembali selepas menghentikan rawatan. Terapi yang digunakan untuk merawat endometriosis termasuk:
  • Kontraseptif hormon. Pil kawalan kelahiran, patch dan cincin vagina membantu mengawal hormon yang bertanggungjawab untuk membina tisu endometrium setiap bulan. Kebanyakan pesakit mempunyai aliran haid yang lebih ringan dan lebih pendek apabila mereka menggunakan kontraseptif hormon. Menggunakan kontraseptif hormon - terutamanya rejimen kitaran berterusan - boleh mengurangkan kesakitan endometriosis.
  • Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonis dan antagonis. Ubatan ini menghalang pengeluaran hormon perangsang ovari sekali gus menghalang berlakunya haid. Ini menyebabkan tisu endometrium menyusut. Oleh kerana ubat ini menghasilkan fenomena menopaus secara buatan, pengambilan estrogen atau progestin yang rendah bersama-sama dengan agonis Gn-RH dan antagonis boleh mengurangkan kesan sampingan menopaus, seperti rasa panas, kekeringan faraj dan osteoporosis. Haid dan kemampuan untuk hamil akan kembali normal semula apabila anda berhenti mengambil ubat tersebut.
  • Terapi progestin. Kontraseptif progestin sahaja, seperti alat intrauterin (Mirena), implan kontraseptif atau suntikan kontraseptif (Depo-Provera) boleh menghentikan tempoh haid dan pertumbuhan endometrium. Justeru itu, simptom dan gejala endometriosis dapat diberhentikan.
  • Danazol. Ubat ini mengurangkan pertumbuhan endometrium melalui dengan cara mengurangkan penghasilan hormon ovari agar haid dapat dicegah manakala gejala endometriosis dapat diberhentikan. Walaubagaimanapun, danazol bukanlah pilihan pertama kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius dan boleh memudaratkan bayi jika anda hamil semasa mengambil ubat ini.
  • Pembedahan konservatif: Sekiranya anda mempunyai endometriosis dan ingin cuba untuk hamil, pembedahan untuk mengeluarkan sebanyak mungkin tisu endometriosis sementera memelihara keadaan rahim dan ovari anda (pembedahan konservatif). Sekiranya anda mengalami kesakitan yang teruk akibat daripada endometriosis, anda juga mungkin mendapat manfaat daripada kaedah rawatan ini. Namun begitu, endometriosis dan rasa sakit boleh kembali.
  • Histerektomi: Dalam kes endometriosis yang teruk, pembedahan untuk membuang rahim dan serviks (total histerektomi) serta kedua-dua ovari mungkin merupakan rawatan terbaik. Histerektomi sahaja tidak berkesan kerana estrogen yang dihasilkan oleh ovari anda boleh merangsang sebarang tisu endometriosis dalam rongga pelvis dan menyebabkan kesakitan berterusan. Histerektomi biasanya merupakan pilihan terakhir, terutama untuk wanita yang masih ingin untuk hamil kerana pesakit tidak boleh hamil selepas histerektomi.
Sekiranya simptom dan gejala yang anda alami bertambah buruk dan membimbangkan anda, anda boleh merujuk kepada doktor berdekatan dengan segera atau anda boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References