Apakah itu darah cair (Thin Blood) dan bagaimanakah ia akan menjejaskan kesihatan serta cara mengubatinya ?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 54 tahun. Saya mempunyai 3 orang anak dan isteri saya telah meninggal dunia. Saya yang menjaga kebajikan ketiga-tiga anak saya sekarang. Baru-baru ini, anak bongsu saya keluar bermain basikal dan terjatuh.Dia mengalami luka pada siku kanannya. Namun pendarahan yang dialami sangat banyak dan tidak berhenti buat masa yang sangat lama. Saya membalut tangannya dengan kain dan memberi tekanan pada luka tersebut buat masa yang agak lama barulah pendarahan berhenti. Melihat kejadian itu, saya berasa sangat bimbang dan tidak membenarkan anak saya bermain di luar lagi kerana takut keadaan sedemikian akan berulang. Bolehkah doktor memberitahu saya apakah sebab anak saya mengalami masalah sedemikian?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang lelaki berusia 54 tahun. Saya mempunyai 3 orang anak dan isteri saya telah meningg... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, anak encik mempunyai masalah darah cair (Thin Blood). Ini juga dikenali sebagai ‘thrombocytopenia’. Keadaan ini merupakan sebuah fenomena di mana anak encik mempunyai kekurangan sel platelet dalam darah. Platelet berfungsi untuk memastikan tahap kepekatan darah optimum dan juga membantu menghasilkan gumpalan darah beku apabila berlaku sebarang luka supaya tidak berlaku pendarahan yang berlebihan.

Oleh sebab anak encik mempunyai kekurangan platelet aka anak encik mudah mengalami pendarahan yang serius apabila terluka. Encik tidak perlu terlalu risau kerana masalah ini boleh diselesaikan. Encik perlu segera membawa anak encik ke hospital untuk melakukan beberapa penyiasatan untuk diagnosis yang betul.

Terima kasih encik atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, anak encik mempunyai masalah <strong>darah cair (Thin Bl... See More

Apakah itu darah cair?

Darah cair merupakan sebuah keadaan di mana platelets dalam darah berada dalam kadar bawah normal. Keadaan ini dipanggil sebagai ‘thrombocytopenia’. Platelet ini merupakan sel yang sangat penting untuk menghentikan pendarahan.

Apakah penyebab darah cair?

Terdapat banyak punca yang menyebabkan darah menjadi cair. Antara punca tersebut ialah:

  1. Kekurangan nutrien dalam darah. Nutrien yang dimaksudkan di sini ialah zat besi, zat folate dan vitamin b12. Kekurangan nutrien ini dalam badan akan menyebabkan berlakunya kurang sel darah merah serta platelet justeru mengakibatkan darah cair.
  2. Jangkitan. Ini merujuk kepada keadaan seperti HIV, rubella, hepatitis C dan mumps yang mampu menyebabkan darah menjadi cair.
  3. Mengandung. Hal ini kerana apabila mengandung zat dalam badan akan dibahagikan kepada bayi dalam kandungan juga. Oleh itu, ibu akan mengalami kekurangan zat yang diperlukan untuk penghasilan platelet.
  4. Penyakit ‘auto-immune’. Ini merupakan keadaan di mana sistem imunisasi kita menyerang sel lain dalam badan. Contohnya seperti SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’.
  5. Kanser. Sesetengan kanser darah juga boleh membawa kepada penyakit darah cair.
  6. Ubat. Terdapat beberapa ubat yang jika tidak dikawal pengambilannya boleh membawa kepada berlakunya penyakit darah cair ini. Contoh ubat ialah seperti ‘heparin’ dan ‘aspirin’.
  7. Minuman beralkohol. Hal ini kerana pengambilan alkohol menjejaskan penyerapan beberapa zat mineral serta vitamin penting sekali gus menyebabkan darah menjadi cair.

Apakah tanda darah cair?

Tanda darah cair harus dikenal pasti oleh setiap orang supaya mereka akan mengetahui masalah yang dialami dan segera mendapatkan rawatan daripada doktor. Antara gejala yang berlaku berikutan penyakit darah cair ini ialah:

  • Pendarahan yang banyak waktu haid. Hal ini akan berlarutan sepanjang tempoh haid mereka dan darah mereka akan berkeadaan cair dan dalam kuantiti yang banyak.
  • Luka berdarah dengan banyak. Akibat daripada kekurangan platelet untuk menghentikan pendarahan, pendarahan berlaku dengan banyak dan darah yang keluar adalah darah cair.
  • Badan berasa lemah, mudah pengsan atau cepat pening. Apabila mengalami darah cair dan banyak kehilangan darah maka golongan ini akan rasa cepat letih akibat kehilangan darah atau penyakit yang berkait rapat dengan thrombocytopenia seperti SLE.
  • Lebam yang sukar hilang. Selalunya kita melihat lebam akan hilang dengan sendiri dalam masa 2-3 hari. Namun dalam kes penyakit darah cair ini, lebam akan bertahan selama seminggu lebih.
  • Kulit, muka serta kuku kelihatan pucat. Ini pula disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen untuk organ dalaman dan membawa kepada masalah ini.
  • Bintik bermerahan pada kulit. Keadaan ini disebabkan oleh urat kecil bawah kulit yang pecah menghasilkan bintik-bintik merah pada kulit.
  • Pendarahan selepas melakukan hubungan seks. Ini juga merupakan gejala berikutan penyakit darah cair yang harus diambil tahu.
  • Pendarahan hidung. Kadang kala masalah pendarahan hidung juga boleh berlaku tanpa sebarang kecederaan.
  • Pendarahahan gusi. Apabila menggosok gigi, permukaan gusi yang lembut dan sensitif mudah berdarah.

Apakah rawatan darah cair?

Kita harus mencari punca berlakunya penyakit darah cair ini terlebih dahulu dan merawat punca tersebut bagi mengatasi masalah lain. Antara rawatan yang boleh diberikan untuk penyakit dara cair ini ialah seperti:

  1. Tukar ubat. ika anda mendapati masalah darah cair ini disebabkan oleh ubat cair darah yang diambil, kemungkinan anda harus menukar jenis ubat atau mengurangkan dos ubat tersebut.
  2. Elakkan minuman beralkohol. Ini bagi memudahkan penyerapan zat mineral serta vitamin penting untuk platelet berfungsi.
  3. Pindah masuk platelets. Bagi kes yang serius, transfusi dilakukan bagi mengatasi penyakit darah cair dan membantu darah menjadi pekat semula dalam tempoh masa yang pendek.
  4. Steroids. Ini diberikan dalam keadaan di mana sistem imunisasi sendiri memusnahkan platelets dalam tubuh badan. Bagi menghentikan proses ini, steroids boleh diberikan.

Apakah nasihat yang selalu diberikan oleh bagi pesakit darah cair

Nasihat yang diberikan oleh doktor kepada pesakit darah cair ini haruslah diamalkan untuk mengelak daripada keadaan bertambah serius. Antara nasihat yang boleh diberikan ialah seperti:

  1. Elakkan aktiviti yang berisiko tinggi untuk mendatangkan kecederaan.
  2. Menghentikan tabiat mengambil minuman beralkohol.
  3. Jika mempunyai masalah dengan ubat cair darah yang diambil maka dengan segera ia harus ditukarkan.

Apakah makanan yang harus dielakkan jika mempunyai darah cair?

Sekiranya kita memang sudah mempunyai penyakit darah cair maka sesetengah makanan harus dielakkan bagi memastikan darah tidak menjadi lebih cair dari yang sedia ada. Antara makanan tersebut ialah:

  • Sayuran hijau
  • Kekacang
  • Hati
  • Halia
  • Bawang putih
  • Kunyit
  • Ginseng
  • Nanas
  • Strawberi
  • Rumpai laut
  • Makanan jenis soya

Anda boleh mendapatkan nasihat dan info lanjut dari doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

References