Dikemaskini pada: Ogos 7, 2020
Selamat pagi doktor. Saya Encik A berusia 24 tahun, seorang pelajar di sebuah uiversiti. Sejak tiga bulan yang lalu, saya dapati terdapat beberapa tompok putih timbul di bahagian dada serta belakang saya. Saiznya berbeza dari sekecil syiling 10 sen hinggalah sebesar 50 sen. Kadang-kadang tompok ini turut terasa gatal, terutama ketika saya banyak berpeluh, sehingga menyebabkan rasa tidak selesa. Saya tidak dapat mengelak daripada keadaan ini, kerana saya ialah seorang atlet olahraga universiti, dan latihan mingguan menyebabkan saya banyak mengeluarkan peluh. Rakan saya mengatakan bahawa tompok ini ialah panau dan berlaku kerana saya kerap mandi sewaktu badan masih berpeluh. Adakah ini benar? Mohon pencerahan doktor.
Panau (Tinea Vesicolor) atau nama lainnya ‘pityriasis versicolor’ ialah salah satu penyakit kulit yang biasa ditemui di Malaysia. Selain itu, panau juga turut dikenali dengan nama ‘tinea versicolor’. Rujukan ini sebenarnya kurang tepat kerana perkataan ‘tinea’ sebenarnya merujuk kepada jangkitan kurap (ringworm) dan bukanlah panau.
Tidak. Ramai yang menghidapi penyakit ini tanpa mendatangkan jangkitan kepada orang sekeliling.
Siapakah yang berisiko untuk mendapat panau?
Risiko lain yang perlu diketahui termasuklah:
Adakah mandi ketika berpeluh menyebabkan panau?
Berbeza dengan pendapat yang popular, mandi ketika berpeluh sebenarnya tidak menyebabkan panau kerana punca sebenarnya ialah jangkitan kulat ‘Malassezia’. Malah mandi serta membersihkan badan dengan baik selepas aktiviti fizikal adalah digalakkan bagi mengurangkan risiko panau.
Gejala lain termasuklah:
Penyakit lain yang turut datang dengan tompokan pada kulit termasuklah:
Diagnosis panau biasanya dibuat secara klinikal, bermakna ujian makmal tidak diperlukan melainkan doktor ingin membuat pengesahan. Untuk itu, prosedur yang dipanggil ‘skin scraping’ akan dibuat dimana sedikit bahagian kulit yang mempunyai panau akan dikikis dan dilihat di bawah mikroskop. Ubat akan diberikan setelah diagnosis disahkan.
Dengan rawatan yang berkesan, panau boleh disembuhkan dan tompok pada kulit boleh hilang walaupun mengambil masa yang agak lama. Ubat untuk penyakit panau boleh diberi dengan dua cara iaitu ubat sapu dan ubat makan.
Kesan sampingan ubat panau
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum menerima apa-apa ubatan bagi panau untuk memastikan keselamatan pengguna. Antaranya termasuklah:
Kesan sampingan yang boleh berlaku bagi ubatan panau pula terutamanya antikulat boleh jadi adalah ringan (mild) dan cuma bertahan dalam masa yang singkat seperti:
Kesan sampingan yang jarang namun masih boleh berlaku serta merbahaya termasuklah kerosakan hati dan anafilaksis (anaphylaxis) iaitu sesak nafas dan bengkak di bahagian muka, leher atau lidah. Sekiranya gejala ini berlaku, hentikan ubatan dan jumpa doktor bagi mencari ubatan alternatif.
A) Ubat Sapu
Ubat ini pada keseluruhannya adalah lebih baik dan selamat kerana cuma digunakan di bahagian luar badan. Ubat ini terbahagi kepada dua iaitu ubat antikulat dan ubat yang tidak spesifik kepada kulat sahaja. Contoh ubat sapu antikulat ialah:
Contoh bagi ubat sapu yang tidak spesifik terhadap kulat pula ialah:
Sesetengah daripada ubat sapu ini juga turut hadir dalam formulasi syampu seperti ketoconazole dan selenium. Selenium tidak diberikan kepada ibu mengandung kerana masih belum ada data yang lengkap mengenai kesan sampingannya terhadap kandungan. Garis panduan penggunaan syampu pula perlulah dibaca dengan teliti bagi mengelakkan kesan sampingan lain seperti keradangan kulit.
B) Ubat Makan
Contoh ubat makan termasuklah itraconazole, ketoconazole, dan fluconazole. Penggunaan ubat ini adalah lebih terkawal dan hanya diberikan dalam kes-kes tertentu oleh sebab kesan sampingannya serta tindak balas yang boleh terjadi dengan ubatan lain. Antara kondisi tersebut ialah:
Panau secara keseluruhannya tidak merbahaya dan boleh hidup lama pada tubuh seseorang tanpa mendatangkan masalah. Tompok panau akan hilang dalam masa beberapa bulan sehingga tahun selepas memulakan rawatan.
Pengambilan syampu yang mengandungi bahan antikulat boleh diamalkan bagi mereka yang berisiko untuk medndapat panau yang berulang. Contohnya mereka yang sering terdedah kepada matahari. Selain itu, langkah pencegahan lain termasuklah:
Jika terdapat sebarang kemusykilan, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor bagi maklumat lanjut. Anda juga boleh menghubungi doktor melalui laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.
Rujukan
Soalan berkenaan - panau muka, punca panau, ubat panau di farmasi yang berkesan
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my