Bagaimana Untuk Menangani Tekanan Jika Duduk Seorang Diri Ketika PKP Berlangsung?

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Ogos 6, 2020

Soalan:
Salam doktor, saya seorang pelajar IPT. Ketika PKP diumumkan, saya masih di kolej dan tidak dapat pulang ke rumah. Ketika ini saya hanya tinggal seorang di bilik. Rakan sebilik yang lain sudah pulang lebih awal kerana ada kenderaan sendiri. Walaupun masih ada pelajar lain di kolej ini, saya tiada kawan dan menjalani hari-hari saya di sini seorang diri. Saya merasa begitu sunyi. Saya telah cuba menghabiskan masa menonton filem atau melayari media sosial, namun itu pun tidak dapat menghilangkan kesunyian saya. Tolong saya doktor. Saya takut akan menjadi gila jika keadaan ini berterusan.
Jawapan:
Salam sejahtera adik. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini. Saya berharap anda dapat bertenang dan ketahuilah bahawa ramai orang lain yang turut merasa keadaan seperti anda. Saya faham keadaan ini boleh memberi tekanan dan bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun begitu, keadaan ini perlu kita semua lalui sebelum kita boleh keluar bebas tanpa rasa takut kembali. Oleh itu, saya menyarankan agar adik cuba untuk berkenalan dengan rakan kolej yang baru walaupun tidak mengenali mereka, mungkin ini boleh memberikan anda sahabat baik yang baru sekaligus menghilangkan kesunyian anda. Telefon keluarga dan rakan sekerap mungkin untuk menghilangkan kesunyian dan kerinduan. Lakukan perkara baru seperti melukis, belajar perkara baru di internet dan sebagainya. Jangan takut untuk mengakui bahawa anda sedih atau sunyi, menahan perasaan boleh lebih memburukkan keadaan. Sekiranya perlu, anda boleh hubungi pihak kolej atau hubungi doktor jika anda tidak mampu lagi bertahan. Saya berharap agar anda terus kuat dan tabah dalam mengharungi keadaan ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi. Kini sudah hampir sebulan perintah berkurung ini berjalan dan menurut pakar, ia mungkin tidak akan berakhir 28 April ini. Banyak rungutan yang kita dengar apabila tempoh PKP ini dilanjutkan. Anak terpisah dengan ibu, suami terpisah dengan isteri, serta anak-anak yang terperangkap di asrama masing-masing. Pelbagai kisah sedih yang kita dengar, namun perintah ini harus dipatuhi demi kebaikan semua.

Bagi mereka yang bersama keluarga sepanjang PKP ini berlangsung, kebosanan sedikit sebanyak dapat dihilangkan dengan interaksi bersama keluarga. Mungkin sebelum ini masing-masing sibuk dengan kerjaya, masa yang terluang ini boleh diambil untuk mengeretkan kembali hubungan dengan melakukan aktiviti bersama. Namun, bagi mereka yang tinggal berseorangan, bagaimana mereka menghadapi PKP ini dengan terkurung di apartment atau bilik asrama seorang diri?

Sebagai seorang manusia, sekalipun kita merupakan seorang yang pemalu atau introvert, interaksi dengan manusia lain adalah satu keperluan dalam hidup. Tanpa interaksi ini dalam satu tempoh yang lama, seseorang itu boleh merasa tertekan dan ini boleh memberi impak negatif kepada kesihatan fizikal dan mental. Perkara ini mungkin lebih dirasai oleh seorang yang biasa keluar rumah, bertemu ramai orang dan bergerak aktif. 

Bagaimana seseorang boleh mengurangkan tekanan ini apabila terpaksa tinggal seorang diri sepanjang tempoh PKP ini berlangsung? Apa yang patut dilakukan agar tekanan ini tidak menjadi serius dan boleh menyebabkan keadaan yang lebih teruk?

Tentu sukar untuk merasa gembira apabila terpaksa tinggal seorang diri, jauh dari keluarga dan rakan, hendak keluar menikmati alam juga tidak boleh. Sebanyak mana pun rancangan menarik di Netflix, tidak mungkin kita boleh menghabiskan masa hanya dihadapan tv tanpa merasa bosan. Sehingga satu tahap, tiada satu rancangan pun yang menarik minat. Permainan game yang menyeronokkan pada hari biasa juga mungkin menjadi sesuatu yang tidak bermakna lagi. Jadi, kami bawakan tips buat anda menghadapi hari-hari PKP ini walaupun seorang diri.


​Mungkin anda menganggap apa yang anda rasai adalah perkara kecil. Oleh itu, anda cuba mengabaikannya. Jangan buat begini, memendam dan mengabaikan perasaan hanya akan memburukkan keadaan. Tiada salahnya anda mengakui hakikat bahawa anda merasa sedih atau sunyi. Percayalah bahawa anda akan merasa lebih lega setelah menerima hakikat tentang perasaan anda.

Aku sedih. Aku sunyi. Aku tertekan. Aku penat. Aku nak keluar. Aku rindu keluarga. Aku takut. Suarakan. Menyuarakan apa yang anda rasai boleh membantu anda menerima keadaan yang anda lalui dengan lebih mudah dan mengurangkan bebanan perasaan anda. Menyuarakan perasaan ini kepada orang lain tidak menunjukkan anda lemah, sebaliknya memudahkan untuk orang lain membantu anda, atau setidak-tidaknya berkongsi perasaan tersebut. Hubungi rakan, ahli keluarga atau seseorang yang menghadapi situasi yang sama. Sekurang-kurangnya anda tahu bahawa terdapat orang lain yang turut mengalami situasi seperti anda serta menghadapi tekanan perasaan yang sama. Mempunyai rakan seperti ini membolehkan anda saling menyokong antara satu sama lain walaupun hanya di alam maya.


Sekarang bukan masanya untuk anda berfikir tentang diet atau menjadi seorang yang terlalu sempurna. Lakukan apa yang suka walaupun anda rasa tidak patut seperti makan satu tub ais krim. Makan satu bar coklat atau memesan sebiji kek kegemaran anda dari Secret Recipe. Anda sedang melalui satu tempoh yang getir. Percayalah, kewarasan akal anda lebih penting dari berat badan atau paras rupa anda ketika ini. 

Namun begitu, berpada-pada dalam melakukan perkara ini. Jika dilakukan sesekali boleh memberikan kegembiraan. Namun jika terlalu kerap boleh membahayakan kesihatan. Anda mahu sihat mental dan juga sihat fizikal. 


Jika anda biasa berkaraoke dengan rakan di malam minggu, atau beriadah bersama teman istimewa. Jangan biarkan PKP menarik keseronokan dalam hidup anda. Kini segalanya di hujung jari. Sesi karaoke atas talian? Komunikasi video di atas “treadmill”? Mengapa tidak? Segalanya mungkin. 

Keseronokan tidak semestinya hanya boleh dicapai apabila bersama rakan. Cuba hobi baru atau belajar sesuatu yang baru seperti melukis, membuat kraf atau menonton dan mencuba tutorial solekan. 


Kalau anda nak tahu, musuh utama diri kita adalah diri kita sendiri. Jangan terlalu berkeras dengan diri anda dengan menghukum diri jika anda tidak dapat melakukan yang terbaik. Anda perlu memberi peluang kepada diri anda untuk berasa sedih, penat, kecewa dan kemudian bangkit semula. Anda sebenarnya akan lebih tenang dan bahagia jika anda memberi peluang kepada diri anda. Dapatkan bantuan jika perlu. Hubungi rakan atau doktor jika anda merasakan bahawa anda tidak mampu lagi bertahan. 

Walaupun ketika ini segala kelihatan kelam dan tiada sinar harapan buat anda. Ingatlah bahawa semua ini hanyalah sementara dan akan berlalu. Anda akan kembali kepada rutin harian anda dan mungkin ketika itu nanti anda akan rindukan masa berseorangan anda seperti ketika ini. Sehingga saat itu nanti, bertabahlah dan jangan mudah mengalah!


Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Farmasi tentang ubat-ubatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA


Perlukan Nasihat Kesihatan?
Jangan Risau! Tanya soalan anda kepada seorang doktor hari ini. Tanya Doktor RM0

Anda sedia untuk lawan jangkitan?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Ketahui jika badan anda cukup kuat untuk melawan sebarang jangkitan Mula Ujian Percuma

Farmasi Atas Talian
Dapatkan ubat anda secara online melalui e-farmasi DoctorOnCall Penghantaran Ubat Ekspres

Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!