Ketahui Langkah-Langkah Bagi Mengelakkan Ditipu Oleh Scammer Ketika Wabak COVID-19

5 Tips Untuk Mengelak Penipuan Scammer Ketika Wabak COVID-19 - DoctorOnCall
Anonymous
Salam sejahtera, saya merupakan ibu kepada 3 orang anak. Kini, proses pembelian boleh dilakukan secara atas talian dan anaka saya baru sahaja mengajar saya untuk meengunakan aplikasi e-wallet. Saya risau akanmasalah scammer yang kian menular namun saya juga merasakan bahawa pendekatan seperti ini sangat memudahkan pembelian terutamnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kini. Apakah tips yang boleh untuk dipraktikkan bagi mengelakkan ditipu oleh scammer ?
Anonymous
Salam sejahtera, saya merupakan ibu kepada 3 orang anak. Kini, proses pembelian boleh dilakukan secara atas talian dan a... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda, saya ambil maklum bahawa wabak COVID-19 telah menyebabkan banyak proses pembelian berlaku secara atas talian. Oleh itu, anda hendaklah peka terhadap perubahan ini dan mengetahui selok-belok kaedah pembelian secara atas talian ini bagi mengelakkan ditipu oleh scammer. Antaranya, anda hendaklah memastikan bahawa anda membeli melalui sumber yang betul dan dipercayai. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca penulisan artikel di bawah.
Terima kasih atas soalan anda, saya ambil maklum bahawa wabak COVID-19 telah menyebabkan banyak proses pembelian berlaku... See More

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Scammer

Kini, laman pembelian atas talian seperti Lazada mahupun Shoppee sudah boleh berdiri setaraf gedung membeli belah yang bertapak atas tanah. Apa tidaknya, pembelian seperti ini boleh dilakukan di rumah tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas. Tambahan pula, dengan perintah kawalan pergerakan kini, ramai yang memilih untuk membeli barangan melalui kaedah ini bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19. Barangan seperti topeng muka, pencuci tangan, makanan harian sehinggalah perkakas rumah boleh didapati melalui aplikasi ini. Namun, terdapat segelintir pihak yang mula untuk mengambil kesempatan dengan melakukan aktiviti penipuan dan golongan ini dikenali sebagai scammer.

Justeru, penting bagi setiap individu untuk memastikan pembelian atas talian adalah daripada sumber yang sahih dan boleh dipercayai. Berikut merupakan beberapa tips yang boleh dipraktikan bagi mengekang senario ini daripada berlaku.

Jangan Mengangkat Panggilan Telefon Dari Nombor Yang Kelihatan Aneh

Anda ditegah daripada menjawab panggilan telefon dari nombor yang kelihatan aneh terutamanya panggilan luar negara. Panggilan telefon dari luar negara yang mengajak anda untuk membeli sesuatu ataupun mengatakan bahawa anda telah memenangi suatu pertandingan perlu untuk diperiksa terlebih dahulu. Kadangkala, scammer ini boleh mengakses maklumat peribadi ketika anda menjawab panggilan tersebut. Sebaiknya, anda dapatkan maklumat pemanggil sebelum menjawab telefon tersebut.

Pastikan Anda Tidak Sewenang-Wenangnya Memberikan Maklumat Peribadi

Sejak berlakunya perintah kawalan pergerakan dalam membasmi penularan COVID-19, kerajaan telah menggarap pelbagai inisiatif dalam membantu golongan yang terjejas dari segi kewangan. Antaranya ialah pengeluaran wang simpan KWSP, program rangsangan bantuan dan seumpama dengannya. Melihat kepada pendekatan ini, ramai scammer mula untuk menyamar menjadi ejen kerajaan dan berhubung dengan orang awam serta meminta nombor kad pengenalan, nombor akaun bank serta nombor TAC. Seandainya benar mereka mewakili organisasi kerajaan, maklumat berikut sememangnya ada dalam rekod mereka dan hanya untuk disemak bersama anda. Orang ramai seharusnya berhubung terus dengan pihak kerajaan berdaftar dan bukannya ejen.

Menyemak Maklumat Organisasi Ataupun Akaun Penjual Barangan

Teknologi kini semua di hujung jari sahaja. Oleh itu, anda hendaklah untuk menyemak apa-apa prosedur bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Pastikan setiap nombor telefon yang menghubungi anda sama dengan yang tertera pada lama rasmi kerajaan. Hal ini untuk mengelakkan aktiviti penyamaran. Bagi aplikasi atau laman jualan lain pula, sila baca maklum balas pelanggan terdahulu dan pastikan bahawa jualan mereka berdaftar serta tidak pernah disenaraihitamkan. Terdapat banyak laman sesawang yang boleh untuk diakses bagi mengenalpasti scammer. Sebagai contoh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID), SCAM.MY dan Truecaller.

Sebaiknya Membeli Pada Platform Yang Ada Sistem Jaminan

Sistem jaminan merupakan pendekatan bagi melindungi pelanggan daripada ditipu, mendapatkan barangan yang tidak berkualiti,melebihi tarikh luput serta jika berlakunya kerosakan barang. Pendek kata, ia merupakan warranty kepada pembeli. Dengan ini pelanggan berhak untuk memulangkan barangan tersebut atau mendapatkan ganti rugi. Polisi ini akan tertera kepada pelanggan setiap kali pembelian. Sebagai contoh Lazada Guarantee, Shoppee Guarantee dan PayPal Buyer Protection. Sesetengah jaminan membolehkan barangan tersebut untuk sampai kepada pelanggan barulah caj dikenakan.

Semak Transaksi Dan Maklumat Pembelian

Setiap kali anda membuat pembelian, pastikan anda menyemak akaun bank bagi memastikan bahawa jumlah pembelian sama seperti yang tertera pada laman jualan. Selepas itu, simpan bukti pembelian seperti resit, perbualan pada aplikasi sosial, email serta laman web. Hal ini penting terutamanya bagi kes barangan tidak sampai kepada pelanggan. Jika berlaku masalah yang tidak diingini, anda boleh untuk salurkan aduan pada Khidmat e-aduan di KPDNKK, e-Tribunal Portal atau terus membuat laporan polis.

Sebagai konklusi, kita kini sedang mengalami fasa peralihan pembelian barang secara fizikal kepada alam maya dan senario ini dirancakkan lagi oleh kawalan pergerakan yang menyebabkan orang awam beralih kepada pembelian atas talian. Beli secara berhemah, kenali scammer dan pastikan anda membeli pada medium yang berdaftar yang dipercayai.