Apakah Cara Untuk Mengekalkan Kesihatan Bagi Warga Emas Semasa COVID-19?

COVID-19: Tips Untuk Warga Emas Semasa Pandemik - DoctorOnCall
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, rakyat telah mula berdisiplin dan duduk di rumah. Namun, kita juga tahu ada segelintir yang telah pulang ke kampung halaman sebelum perintah itu dikuatkuasakan. Jadi, mereka yang dari bandar ini akan bergaul dengan ahli keluarga atau ibu bapa yang lebih berusia di kampung. Saya ada dengar yang golongan mereka yang lebih berusia dan lebih tua lebih mudah terdedah untuk mendapatkan komplikasi jika dijangkiti. Adakah ini benar doktor? Boleh kah doktor terangkan atau beri beberapa tips mengenai penjagaan kesihatan untuk mereka yang berumur semasa tempoh PKP ini dikuatkuasakan? Terima kasih doktor.
Anonymous
Selamat sejahtera doktor. Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan, rakyat telah mula berdisiplin dan duduk d... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, memang benar mereka yang berusia lebih tua dan mempunyai latar belakang penyakit kronik akan lebih mudah mendapatkan risiko komplikasi daripada jangkitan COVID-19. Namun, perkara ini tidak patut menjadi penghalang untuk mereka mengekalkan gaya hidup yang sihat semasa pandemik COVID-19 ini. Baca lebih lanjut mengenai hubungan antara warga emas dan COVID-19 serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengekalkan kesihatan semasa musim wabak ini.
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, memang benar mereka yang berusia lebih tua dan mempunyai la... See More

Warga Emas & COVID-19

Pasti ramai yang tahu tentang wabak yang telah menggemparkan dunia pada awal tahun 2020 sehingga memaksa Pertubuhan Kesihatan Dunia mengklasifikasikan wabak tersebut sebagai penyakit pandemik. COVID-19 atau coronavirus merupakan virus yang telah memberi impak yang sangat besar terhadap kesihatan manusia sejagat kerana komplikasinya yang teruk sehingga boleh membawa kepada kematian. Bukan itu sahaja, ekonomi dunia juga turut terjejas akibat daripada wabak berkenaan dan ia telah memberi kesan buruk terhadap apa jua yang anda boleh fikirkan tidak kira masa, tempat dan yang paling penting, terhadap kesihatan dan nyawa manusia. Ianya tidak mengenal kaum, jantina, malahan usia kerana kesemuanya boleh terkesan dan terjangkiti daripada wabak berkenaan jika ianya diambil mudah dan leka.

Setelah diteliti dan setelah ribuan manusia yang terkorban akibat daripada wabak tersebut, satu perkara mustahak yang perlu diketahui dan perlu diambil berat iaitu golongan emas mempunyai risiko yang lebih besar apabila dijangkiti virus berkenaan. Hal ini terjadi kerana golongan ini selalunya mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan sebagainya yang menyebabkan badan mereka untuk mempunyai imuniti badan yang lebih lemah. Jadi, apabila mereka dijangkiti, mereka mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk lebih-lebih lagi apabila penyakit kronik tersebut tidak dikawal. Maka, adalah amat penting untuk mereka sentiasa berwaspada dan melakukan perkara yang disarankan oleh petugas dan kementerian kesihatan agar kesihatan mereka lebih terjamin. Bila usia sudah meningkat, kenalah sentiasa beringat.

Tips Untuk Warga Emas Semasa Pandemik COVID-19

  • Penjarakan Sosial

Penjarakkan sosial adalah satu langkah yang amat berkesan dalam memerangi wabak yang mudah dijangkiti. Apa yang penting ialah kita perlu memastikan diri sentiasa mempunyai jarak dengan orang lain lebih-lebih lagi apabila berada di luar dan di tempat awam. Saranan kementerian kesihatan ialah kita perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 meter apabila berjumpa atau berselisihan dengan orang lain. Jika orang tua kita memerlukan sesuatu barangan keperluan, ringan-ringankanlah tulang untuk membantu dan beri mereka peluang untuk berehat di rumah sementara menunggu kita mendapatkan barang keperluan di kedai, pasaraya dan sebagainya.

  • Elakkan Daripada Berkunjung Ke Tempat Yang Tidak Penting

Buat masa ini, elakkan daripada berkunjung ke tempat yang tidak penting. Tangguhkan sebarang perancangan untuk menziarahi saudara-mara, perjalanan serta percutian. Manfaatkan teknologi semasa yang boleh menghubungkan kita dengan ahli keluarga serta kenalan rapat hanya dengan menekan beberapa butang di hujung jari. Jangan risau akan ketidakberadaan anda di majlis-majlis keramaian ataupun di tempat-tempat perhimpunan seperti di tempat ibadah, sekolah, universiti dan sebagainya kerana semuanya maklum akan kemudaratan wabak yang melanda kita semua pada masa sekarang.

  • Patuhi Arahan & Garis Panduan

Adalah disarankan untuk anda mematuhi arahan pihak berkuasa seperti mematuhi undang-undang Perintah Kawalan Pergerakan serta mengikuti garis panduan yang diwartakan oleh kementerian kesihatan seperti kerap basuh tangan, basuh tangan dengan cara yang betul dan memakai topeng jika mempunyai gejala.

  • Persiapkan Bekalan Ubatan & Jangan Terlupa Untuk Mengambil Ubat Yang Diberikan

Untuk mereka yang perlu mengambil ubat secara harian akibat penyakit kronik yang dialami, hendaklah memastikan bekalan ubatan sentiasa cukup dan mengambilnya pada masa yang ditetapkan. Jika perlu, beli ubat di farmasi yang berdekatan atau apabila keadaan memaksa, anda boleh beli ubat secara di atas talian.

  • Kekalkan Hidup Aktif & Sihat

Kuarantin tidak bermaksud anda hanya berehat di rumah tanpa membuat apa-apa aktiviti yang bermanfaat. Kekalkan rutin hidup anda yang sihat seperti melakukan aktiviti-aktiviti mengemas rumah, memasak dan sebagainya dan pada masa yang sama pastikan makanan yang anda ambil adalah makanan yang berkhasiat.