Apakah kegunaan dan kesan Ubat Duphaston kepada rahim?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 29 tahun yang sudah berkahwin. Saya seorang suri rumah dan mempunyai seorang suami berumur 30 tahun yang bekerja sebagai seorang juru komputer di sebuah syarikat swasta. Kami masih belum mempunyai anak dan sedang mencuba.

Sejak belakangan ini, saya mengalami masalah pendarahan yang berlebihan. Pada mulanya saya sangka haid saya datang dalam kuantiti yang banyak ini tetapi ianya berterusan dan tidak berhenti walaupun sudah seminggu. Sekarang sudah 15 hari saya mengalami pendarahan yang tidak henti-henti. Selain itu, tuala wanita perlu ditukar setiap 30 minit sehingga tidak dapat melakukan kerja seharian. Apabila melayari internet untuk mencari penyelesaian mengenai masalah ini, saya mendapati masalah ini juga dihadapi oleh kebanyakan wanita lain juga. Artikel tersebut sarankan wanita dengan masalah tersebut untuk mengambil sejenis ubat yang dikenali sebagai ‘Duphaston’. Mereka menyatakan bahawa masalah pendarahan mereka telah diatasi dan juga mengesyorkan wanita lain untuk turut mencuba ubat ini.

 Bolehkah doktor menerangkan kepada saya mengenai ubat Duphaston ini dan bolehkah saya turut menggunakannya?
Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 29 tahun yang sudah berkahwin. Saya seorang suri rumah dan mempun... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, puan berkemungkinan besar mempunyai masalah yang bernama ‘Endometriosis’. Endometriosis berlaku apabila tisu rahim dijumpai pada struktur lain seperti ovari serta fallopian tiub menyebabkan berlakunya pendarahan setiap bulan apabila datang haid. Jika masalah ini berterusan komplikasi kurang darah akan menjejaskan kesihatan. Ubat Duphaston adalah antara jenama ubat daripada kumpulan generik dydrogesteron, iaitu sejenis hormon progesteron sintetik. Untuk makluman puan, ubat yang mengandungi hormon progesteron akan membantu memberhentikan pendarahan yang berleluasa dan digunakan secara meluas untuk menyelesaikan masalah endometriosis ini serta masalah lain. Puan dikehendaki segera berjumpa dengan doktor pakar supaya mereka dapat memastikan kesesuaian ubat ini untuk kegunaan puan dan tiada kesan sampingan bahaya untuk pengguna.
Terima kasih puan atas soalan tersebut. Pada pendapat saya, puan berkemungkinan besar mempunyai masalah yang bernama ‘En... See More

Apakah Itu Dydrogesterone?


  • Ubat daripada generik dydrogesterone merupakan sebuah ubat yang mengandungi hormon progesteron sintetik.

  • Ubat ini digunakan secara meluas untuk wanita hamil yang mempunyai masalah yang kemungkinan dapat mengancam kandungannya serta golongan wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka.

Apakah Fungsi Dydrogesterone?


  • Ubat dydrogesterone ini mempunyai pelbagai fungsi yang sememangnya telah dibuktikan-

  • Hal ini juga telah mendatangkan pelbagai faedah yang sangat berguna kepada pihak yang mengambilnya terutamanya wanita yang mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka. 

  • Bukan itu sahaja, malah kegunaannya telah berjaya menyembuhkan atau mencegah pelbagai masalah yang tidak diingini.

1. Fungsi utama ubat ini ialah untuk menyelesaikan masalah pendarahan haid yang melampau. Hal ini kerana sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah pendarahan yang banyak setiap kali datang haid, ini bermakna mereka mungkin mempunyai sesuatu masalah dalam rahim mereka. Ini juga jika tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan kekurangan darah dalam badan mereka justeru mendatangkan pelbagai masalah kesihatan lain.

2. Ubat ini juga dapat membantu memastikan kitaran haid akan kembali menjadi sekata iaitu pada setiap bulan dan memastikan pendarahan bawah kawalan.

3. Segelintir wanita yang mempunyai masalah sakit melampau semasa datang haid tetapi kesakitan tersebut tidak dapat dilegakan dengan pengambilan ubat tahan sakit juga dinasihatkan untuk mengambil ubat dydrogesterone.

4. Endometriosis

  • Pemberian ubat dydrogesterone juga digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan tisu di dalam rahim yang bernama ‘Endometriosis’.

  • Hal ini kerana penyakit endometriosis merupakan sebuah fenomena di mana tisu pada dinding rahim tumbuh pada struktur lain seperti ovari dan fallopian tiub. Apabila tisu ini didapati tumbuh di luar rahim maka ianya akan menyebabkan pendarahan berlaku di luar rahim setiap kali datang haid.

  • Ubat dydrogesterone akan membantu memberhentikan haid dengan mencipta sebuah keadaan yang dipanggil ‘pseudo-pregnancy’ yang membawa maksud wanita tersebut tidak akan mendapat haid sepanjang proses pengambilan ubat tersebut seolah-olah mereka sedang mengandung.

  • Ini dengan serta merta dapat menyelesaikan komplikasi yang berikutan masalah endometriosis.

5. Beberapa data kajian dari luar negara mengesyorkan pengambilan ubat dydrogesterone bagi golongan wanita mengandung yang mempunyai sejarah keguguran kerana ianya dipercayai membantu untuk tujuan kuatkan rahim. Waaubagaimanapun, wanita mengandung yang mengambil ubat ini haruslah memastikan ianya diambil atas arahan doktor dan bukan sembarangan kerana mungkin boleh mengundang masalah yang tidak diingini. 


Apakah Kesan Sampingan Ubat Dydrogesterone?

Antara kesan sampingan yang boleh diundang ialah seperti:

·         Loya

·         Muntah

·         Pening

·         Sakit kepala

·         Berat badan bertambah

·         Payu dara sakit dan bengkak

·         Kurang darah

·         Kemurungan

·         Tidak bermaya

·      Jaundis, kurang selera makan, sakit pada bahagian kanan abdomen yang menandakan kecederaan pada hati

·         Alergik

Setiap wanita yang mengambil ubat ini haruslah peka terhadap kesan sampingannya. saya cadangkan agar anda mendapatkan rujukan lanjut dengan doktor tentang keperluan anda mengambil ubat ini.


Apakah Cara Untuk Ambil Ubat Dydrogesterone?

Cara pengambilan ubat duphaston ini amat mudah tetapi anda haruslah pastikan tidak ketinggalan dos untuk mendapatkan hasil yang efektif.

1. Ubat ini kebiasaannya wujud dalam bentuk tablet dan ia akan diterangkan dengan teliti oleh doktor yang memberikannya agar tidak mengambil dos secara berlebihan.

2. Ubat ini harus diambil setiap hari tanpa gagal. Namun demikian, dosnya akan ditentukan oleh doktor kerana harus bersesuaian dengan keadaan wanita tersebut serta mengelakkan daripada kesan sampingan yang bermasalah.

Siapakah Yang Perlu Berhati-hati Ketika Mengambil Ubat Ini?

Terdapat segelintir individu yang tidak boleh mengambil ubat ini kerana kemungkinan mempunyai masalah kesihatan yang boleh menjejaskan fungsi ubat ini atau menambahterukkan lagi keadaan penyakit yang sudah sedia ada.

Antara golongan yang perlu berhati-hati ketika mengambil ubat dydrogesterone ialah:

  • Pesakit yang mempunyai ‘deep vein thrombosis’.

  • Pesakit yang mempunyai barah payu dara dan serviks.

  • Pendarahan yang masih tidak diketahui puncanya.

Golongan berisiko tinggi tersenarai di atas haruslah berhati-hati dan tidak menggunakan ubat ini sebarangan tanpa rujukan doktor supaya tidak menjejaskan masalah kesihatan sedia ada.

Sebagai kesimpulannya, sebarang ubat yang diambil haruslah digunakan secara berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada seorang doktor yang berpengalaman supaya tidak mendatangkan masalah yang tidak diingini.

Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my

 


References