Dikemaskini pada: Ogos 6, 2020
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berusia 22 tahun. Saya sedang menuntut pengajian saya di sebuah universiti. Saya mempunyai seorang teman lelaki yang berusia 25 tahun. Baru-baru ini kami telah menjalinkan hubungan tanpa sebarang perlindungan. Hal ini telah mencetuskan masalah seperti tidak datang haid. Saya berasa sangat bimbang kerana takut kemungkinan saya mengandung. Saya telah mengesahkan hal ini dengan mengambil ujian kehamilan yang dibeli dari farmasi. Saya mendapati ujian kehamilan menandakan ianya positif. Saya panik dan segera melayari internet untuk mencari jalan bagi menggugurkan kandungan saya ini. Saya telah mendapat maklumat mengenai ubat gugur kandungan di farmasi tetapi bolehkah doktor menerangkan lagi kepada saya mengenai ubat gugur kandungan ini dan kesan sampingannya?
Terima kasih cik atas soalan tersebut. Berdasarkan penerangan anda, besar kemungkinan anda hamil. Namun begitu, anda boleh merujuk kepada doktor untuk mengesahkan kehamilan. Berkenaan dengan situasi anda, saya amat tidak menggalakkan anda untuk menggugurkan kandungan. Hal ini kerana ia adalah sesuatu yang dilarang dan menggugurkan kandungan sendiri tanda pengawasan pihak doktor adalah berisiko tinggi dan boleh membahyakan nyawa anda. Sila rujuk kepada doktor untuk tindakan dan nasihat tentang kandungan anda.
Walaupun pengguguran kandungan adalah dilarang di Malaysia, namun terdapat agensi yang masih menjual atau menyediakan perkhidmatan ini secara tidak sah di sisi undang undang. Ubat gugur kandungan di farmasi adalah ubat yang dijual secara haram kepada pengguna untuk menggugurkan kandungan
Di Malaysia, terdapat dua jenis ubat gugur kandungan di farmasi iaitu Mifepristone dan juga Misoprostol.
Walaupun secara teknikalnya, ubat menggugurkan kandungan boleh di ambil sebelum usia kandungan mencecah 70 hari, namun anda tidak dinasihatkan untuk mengambilnya melainkan atas nasihat doktor kerana faktor seperti masalah kesihatan dan sebagainya.
Walaupun ubat ini boleh menyebabkan keguguran kandungan, namun ia boleh menyebabkan komplikasi jika diambil tanpa pengawasan dan nasihat doktor.
Ia sering dipilih kerana mudah, namun pengambilannya adalah tidak dinasihatkan kerana boleh menyebabkan kesan sampingan yang boleh membawa maut seperti yang dikongsikan di bawah.
Sekiranya perlu, seseorang yang perlu menjalani prosedur menggugurkan kandungan atas sebab-sebab seperti membahayakan nyawa boleh berjumpa dengan doktor sakit puan untuk menjalani prosedur yang dikenali sebagai ‘Dilatation and Curretage’. Ini merupakan sebuah prosedur invasif di mana sejenis alat akan dimasukkan ke dalam faraj sehingga ke dalam rahim dan alat tersebut akan digunakan untuk memecahkan serta mengorek keluar kandungan dalam rahim. Prosedur ini akan dilakukan sekiranya usia kandungan telah melebihi 70 hari.
Terdapat banyak kesan sampingan yang yang boleh berlaku akibat pengambilan ubat gugur kandungan di farmasi, iaitu:
Sila dapatkan nasihat daripada doktor kami secara atas talian di www.DoctorOnCall.com.my atau www.rraam.org untuk maklumat tentang pengguguran.
Rujukan
Soalan berkenaan - kegunaan ubat gugur kandungan di farmasi, kesan sampingan ubat gugur kandungan di farmasi, Hasil ubat gugur kandungan di farmasi
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my