Bagaimana ubat kuat zakar boleh membantu lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk dan kesan sampingannya?

Anonymous

Selamat pagi doktor. Saya berusia 40 tahun dan telah berkahwin. Saya tidak mempunyai masalah kronik melainkan penyakit kencing manis bawah kawalan. Saya menghubungi doktor untuk bertanyakan tentang masalah tenaga batin yang saya alami. Sejak sebulan lepas hingga kini, sudah tiga kali saya cuba melakukan hubungan intim dengan isteri. Masalah yang sama berlaku dimana dalam ketiga-tiga situasi, zakar saya tidak mencapai ereksi seperti yang sepatutnya. Isteri mencadangkan saya untuk mengambil ubat kuat zakar,tetapi saya tidak begitu arif. Bolehkah ubat ini membantu saya? Apakah kesan sampingan yang boleh terjadi sekiranya saya mengambilnya? Mohon pandangan doktor.

Anonymous
Selamat pagi doktor. Saya berusia 40 tahun dan telah berkahwin. Saya tidak mempunyai masalah kronik melainkan penyaki... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Masalah yang anda alami ini dinamakan sebagai ‘Erectile Dysfunction’. Terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang kepada masalah ini. Masalah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu faktor-faktor yang boleh diubah dan faktor-faktor tidak boleh diubah. Antara faktor-faktor yang boleh diubah adalah seperti penyakit kronik misalnya kencing manis, gaya hidup yang tidak sihat, berat badan berlebihan, merokok, penggunaan dadah terlarang, aktiviti seksual tidak sihat dan masalah kesihatan mental (stress/kemurungan). Faktor-faktor yang tidak boleh diubah. Antaranya; umur yang meningkat, trauma kepada alat kelamin, penyakit genetik dan penyakit saraf Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda disarankan untuk berbincang dengan doktor sebelum mengambil mana-mana ubat penguat zakar. Ubat penguat zakar boleh membantu mengatasi masalah ini atas nasihat pakar ataupun doktor anda. Kesan sampingan pula bergantung kepada status kesihatan anda serta jenis ubat-ubatan lain yang mungkin diambil. Pada masa yang sama, rawatan bagi penyakit lain yang dihadapi juga perlulah diubati supaya simptom mati pucuk ini boleh dihilangkan.
Terima kasih atas soalan yang diberikan. Masalah yang anda alami ini dinamakan sebagai ‘Erectile Dysfunction’. Terdapat ... See More

Apakah Itu Ubat Kuat Zakar?

  • Bagi yang belum mengetahui apakah itu ubat kuat zakar, ianya sebenarnya merupakan sejenis ubat yang diambil oleh seseorang yang menghadapi masalah mati pucuk bagi membantu mewujudkan ereksi ketika sedang melakukan hubungan seks.

  • Terdapat beberapa pilihan yang ada dalam dunia perubatan, dan sekiranya seseorang disahkan mempunyai masalah mati pucuk, doktor akan memberikan ubatan yang bersesuaian dengan pesakit tersebut.

Apakah Kegunaan Ubat Kuat Zakar?

Kegunaan ubat kuat zakar adalah untuk menghasilkan atau mengekalkan ereksi pada seseorang lelaki yang mempunyai masalah mati pucuk bagi mencapai kepuasan yang sepatutnya ketika melakukan hubungan seks. Namun, status kesihatan anda perlu disemak secara menyeluruh sebelum menggunakan ubat ini untuk memastikan keperluan pengambilan serta mengelakkan sebarang komplikasi yang tidak diingini.


Bagaimanakah Ubat Kuat Zakar Bertindak?

  • Bagi memahami cara ubat kuat zakar bertindak, terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang bagaimana proses ereksi berlaku. 

  • Apabila seseorang terangsang secara seksual, signal akan dihantar daripada otak kepada zakar melalui sistem saraf bagi menghasilkan ereksi. 

  • Signal ini juga membantu saluran darah arteri di zakar mengembang lalu berlaku peningkatan darah pada organ tersebut. Saluran arteri yang mengembang ini pula akan menekan tisu dan kapilari yang berada di sekelilingnya. 

  • Perkara ini menyebabkan darah tidak boleh keluar semula daripada zakar lalu menyebabkan ketegangan atau ereksi.

  • Ubat kuat zakar membantu melancarkan proses ini sekiranya seseorang mempunyai penyakit yang menyebabkan dia tidak mampu mencapai atau mengekalkan ereksi dalam tempoh yang diingini. 

  • Apa-apa penyakit yang mengganggu sistem saraf atau sistem saluran darah, boleh menyebabkan kegagalan proses ini. Selain itu, beberapa penyakit lain seperti masalah hormon juga boleh menyebabkan kegagalan ereksi.

Apakah Kesan Sampingan Ubat Kuat Zakar?

Kesan sampingan adalah bergantung pada jenis ubat yang diambil. Ubatan yang digunakan dalam masalah ini biasanya bertindak dengan cara meningkatkan peredaran darah pada zakar sehingga mampu mencapai ketegangan seperti biasa.


Hasil Ubat Kuat Zakar?

Ubat kuat zakar akan membantu menyelesaikan masalah mati pucuk yang dialami oleh seseorang buat beberapa tempoh masa. Selain itu, sekiranya seseorang itu mempunyai penyakit lain yang turut menjadi punca kepada kegagalan ereksi, mereka juga perlulah dirawat terlebih dahulu.


Rawatan lain

Antara rawatan lain yang akan dipertimbangkan oleh doktor termasuklah:

1. Mengubati punca simptom mati pucuk

2. Berubah kepada gaya hidup sihat

3. Kaunseling psikologi berpasangan

Siapakah Yang Berisiko Mendapat ‘Erectile Dysfunction’?

Risiko bagi masalah Erectile Dysfunction adalah sama dengan risiko dalam penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung dan saluran darah). Antaranya adalah seperti:

  • Kurang bersenam
  • Obesiti
  • Merokok
  • Hiperkolestrolemia (tinggi kolestrol dalam darah)
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Sindrom metabolisme (Metabollic Syndrome)
  • Kencing manis (Diabetes mellitus)


Oleh itu, mereka yang mempunyai mana-mana risiko diatas perlulah mula mengubahnya dari sekarang bagi mengelakkan masalah mati pucuk. 

Maklumat lanjut tentang gejala ini boleh dicari didalam laman web www.doctoroncall.com.my.


References