Kutil wujud dalam pelbagai jenis. Antaranya adalah:
- Kutil normal
- Kutil datar
- Kutil periungal
- Kutil mosaic
- Kutil genitalis
- Veruka plantaris
A) Kutil normal
Kutil jenis ini mempunyai permukaan yang kasar serta seringkali tumbuh pada celah jari, muka, bahagian lutut dan siku. Kutil jenis ini bukan sahaja terjadi kepada orang dewasa malah kanak-kanak turut menjadi mangsa.
B) Kutil datar
Kutil jenis ini berlainan sedikit dari kutil normal iaitu dari segi warna. Ia berwarna perang atau kekuningan dan bersifat berkelompok atau berbintik-bintik. Kutil ini sering terjadi pada bahagian muka dan boleh menyebabkan seseorang itu kurang keyakinan diri. Kebanyakan wanita dengan masalah ini akan bersolek untuk menyembunyikannya. Solekan boleh memudaratkan lagi masalah ini kerana kutil berisiko untuk merebak ke bahagian lain.
C) Kutil periungual
Kutil jenis ini pula sering terjadi pada bahagian kuku jari tangan atau kaki. Kutil jenis ini akan mendatangkan rasa tidak selesa kepada individu serta merosakkan permukaan kuku. Ini juga akan menyebabkan kesakitan.
D) Kutil mosaic
Kutil jenis ini merupakan tompokan beberapa kutil pada tempat yang sama. Ini akan membentuk plak besar pada permukaan kulit. Kutil jenis ini boleh tumbuh menjadi besar dan jika tidak buang akan mendatangkan rasa tidak selesa.
E) Kutil genitalis
Kutil jenis ini sering dihidapi golongan yang melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Aktiviti seks tanpa perlindungan akan memudahkan virus HPV untuk menjangkiti seseorang dan merebak. Kutil juga boleh tumbuh pada anggota badan yang sering berpeluh atau lembap seperti celah kelangkang atau anggota sulit.
F) Veruka plantaris
Ini merupakan nama saintifik untuk sejenis kutil yang sering tumbuh pada tapak kaki. Kutil ini lebih dikenali sebagai mata ikan kerana bentuknya yang mirip mata ikan. Ia juga menyebabkan kesakitan apabila ditekan. Ini menyebabkan individu tersebut sukar untuk berjalan akibat kesakitan. Apabila masalah ini berlarutan, ianya akan mengakibatkan individu tersebut mula mencungkil kutil. Kita tidak seharusnya berbuat demikian kerana kutil akan merebak ke kawasan lain.