Dikemaskini pada: Ogos 6, 2020
Selamat pagi puan, kutu rambut kerap terjadi kepada kanak-kanak. Kutu atas kepala bukanlah masalah yang serius. Saya akan jelaskan semua mengenai kutu rambut dan cara merawatnya dengan ubat kutu rambut (head lice treatment).
Kutu rambut adalah serangga kecil yang memakan darah dari kulit kepala manusia. Penularan kutu kepala, yang disebut capitis pediculosis, paling kerap terjadi kepada kanak-kanak dan biasanya disebabkan kutu dari rambut orang lain.
Masalah kutu kepala bukan disebabkan tidak menjaga kebersihan diri atau persekitaran. Kutu kepala tidakmenyebabkan penyakit seperti jangkitan bakteria atau virus.
Kutu kepala adalah sejenis serangga hitam atau kelabu bersaiz biji strawberi. Sumber makanannya adalah darah kulit kepala manusia. Kutu betina menghasilkan bahan melekit yang melekatkan telur pada rambut. Telur dilekatkan kira-kira 3/16 inci (4 milimeter) dari pangkal rambut yang mempunyai suhu optimum untuk mengeram telur.
Kitaran hidup kutu
Telur kutu menetas selepas lapan atau sembilan hari. Apa yang keluar dari telur adalah kutu belum matang yang dipanggil nimfa. Nimfa menjadi kutu dewasa selepas tiga hingga empat minggu.
Cara kutu rambut merebak
Kutu kepala merangkak, tetapi mereka tidak boleh melompat atau terbang. Selalunya kutu kepala merebak dari satu orang ke yang lain secara terus. Oleh itu, penularan adalah di kalangan ahli keluarga atau di kalangan kanak-kanak yang akrab di sekolah. Kutu boleh tersebar melalui objek seperti:
Pemindahan tidak langsung juga boleh berlaku di antara barang-barang yang disimpan bersama. Sebagai contoh, topi atau selendang tergantung pada cangkuk yang sama atau disimpan di loker sekolah yang sama boleh mengakibatkan penularan kutu. Haiwan peliharaan di rumah, seperti anjing dan kucing, tidak menyebarkan kutu kepala.
Walaupun mereka sangat kecil, kutu boleh dilihat oleh mata kasar. Berikut adalah gejala kutu rambut:
Buy a Rubik"s Cube puzzle, the best Christmas present for anyone in the family.
Jumpa doktor sebelum anda memulakan rawatan jika anda mengesyaki bahawa anda atau anak anda mempunyai masalah kutu kepala. Kajian menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak telah dirawat dengan ubat kutu tetapi mereka tidak mempunya kutu yang aktif. Perkara yang sering dikelirukan untuk nits termasuk:
Terdapat beberapa jenis rawatan kutu kepala yang tersedia. Kebanyakan rawatan perlu dijalani sebanyak dua kali untuk keberkesanan maksima. Rawatan peringkat kedua, selepas 7-9 hari, akan membunuh sebarang nits yang baru menetas.
Ubat-ubatan
Terdapat dua jenis ubat kutu kepala iaitu yang tidak memerlukan preskripsi (OTC) dan yang memerlukan preskripsi. Dua jenis bahan kimia biasanya digunakan dalam rawatan kutu kepala OTC.
Ubat preskripsi mengandungi bahan kimia seperti:
Anda tidak perlu menggunakan racun perosak di sekitar rumah anda. Kutu tidak boleh hidup lebih dari beberapa hari di luar kepala anda. Kaedah berikut boleh digunakan untuk membunuh kutu pada item yang berbeza:
Anda boleh bertanya kepada mana-mana doktor untuk sebarang kemusykilan. Saya harap penjelasan saya menjawab persoalan puan.
Rujukan
Soalan berkenaan - ubat kutu paling berkesan, petua hilangkan kutu, cara menghilangkan kutu di rambut panjang, bahaya kutu rambut
Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my