Pil yang dinyatakan oleh Puan adalah kontraseptif atau pil perancang kehamilan kecemasan sahaja. Pil ini tidak dimaksudkan sebagai kaedah kontrasepsi biasa. Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan apabila diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan. Dianggarkan bahawa pil ini akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Tidak diketahui sama ada ia berkesan jika diambil lebih daripada 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Pil pencegah kehamilan kecemasan ini tidak akan menghalang anda daripada mendapat penyakit menular seksual. Tanya doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai mengapa anda mengambil pil kotraseptif kecemasan.