Apakah Ubat Ranitidine, kegunaan dan kesan sampingan?

Dijawab oleh: Dr Mohd Ramzdhan Bin Mohd Masdar
Dikemaskini pada: Februari 10, 2020

Soalan:

Selamat pagi, doktor. Saya seorang pelajar perakaunan yang berumur 26 tahun. Sejak sekolah lagi, saya mempunyai masalah gastrik. Kawalan masalah ini pada ketika itu agak bagus. Saya tidak mengambil sebarang ubat walaupun saya sering mengalami masalah gastrik. Saya cuba makan pada masa yang sama dan tepat pada setiap hari. Sejak akhir-akhir ini, masalah gastrik saya menjadi semakin teruk akibat daripada terlalu sibuk dengan tugasan dan peperiksaan. Jadual waktu makan yang tidak teratur menyebabkan penghasilan asid berlebihan dalam perut.

Akibat daripada itu, selera makan saya pun telah berkurang. Saya telah membeli ubat ranitidine dari sebuah farmasi untuk masalah gastrik ini. Ubat ranitidine ini berkesan untuk sementara tetapi masalah gastrik saya masih berlarutan. Saya ingin mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaan saya dan rawatan yang boleh disyorkan untuk mengatasi masalah gastrik saya.

Soalan berkenaan - ranitidine untuk sakit apa, petua hilangkan gastrik, ranitidine 150 mg untuk apa, obat ranitidin untuk ibu hamil

Jawapan:

Terima kasih atas soalan anda. Ubat Ranitidine digunakan untuk mengatasi masalah gastrik di samping merawat keadaan atau penyakit lain. Walaupun anda telah mencuba mengambil ubat ini untuk masalah gastrik anda dan ia tidak berkesan sepenuhnya, saya menasihatkan anda untuk teruskan penggunaan ubat ini kerana ia mengambil masa untuk berkesan. Selain itu, anda juga boleh menjalani beberapa ujian atau pemeriksaan untuk mengenalpasti punca masalah gastrik anda.

Apakah itu ubat ranitidine

AApakah itu ranitidine? Ubat ranitidine adalah ubat oral yang menghalang penghasilan asid oleh sel dalam dinding perut.Ia tergolong dalam kelas ubat-ubatan yang dipanggil H2 (histamine-2) “blockers” , antaranya “cimetidine” (Tagamet), “nizatidine” (Axid), dan “famotidine” (Pepcid). Nama lain untuk ubat ranitidine adalah “Zantac”.

Histamin adalah bahan kimia semula jadi yang merangsang sel-sel di dalam perut (sel parietal) untuk menghasilkan asid. H2 “blocker” menghalang tindakan histamin pada sel-sel, sekali gus mengurangkan penghasilan asid. Oleh kerana asid perut yang berlebihan merosakkan esofagus, perut, dan duodenum serta menyebabkan keradangan dan ulser ,pengurangan asid perut dapat menghalang dan menyembuhkan keradangan dan ulser tersebut.

Ubat ranitidine adalah ubat yang boleh didapati dalam bentuk preskripsi dan bentuk “over-the-counter” (OTC). Rawatan ranitidine boleh dijual dalam bentuk tablet, kapsul, atau sirap.

Apakah kegunaan ubat ranitidine

Ubat ranitidine digunakan untuk merawat beberapa keadaan dan gejala, termasuk:

  • Ulser usus dan perut
  • Penyakit refluks gastroesophageal (GERD)
  • “Erosive eosophagitis”
  • Keadaan di mana perut anda menghasilkan terlalu banyak asid, seperti sindrom Zollinger-Ellison
  • Pedih ulu hati
  • Sakit perut

Ubat ranitidine boleh digunakan sebagai sebahagian daripada terapi gabungan bersama pengguna ubat yang lain. Ubat ranitidine biasanya digunakan untuk rawatan jangka pendek, terutama untuk GERD. Jika anda mengambil ubat ini untuk keadaan lain, anda mungkin memerlukan rawatan jangka panjang selama beberapa minggu atau bulan.

Sekiranya anda mengambil ubat ini untuk rawatan sendiri, adalah penting untuk membaca arahan pakej syarikat pengeluaran dengan teliti supaya anda tahu bila untuk berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Apakah kesan sampingan ubat ranitidine

Seperti ubat-ubatan yang lain, ubat ranitidine juga mempunyai kesan sampingan yang lazim berlaku dan yang lebih serius. Oleh itu, anda haruslah berhati-hati ketika mengambil ubat ini. Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan yang berikut, anda harus berjumpa dengan doktor anda dengan segera. Kesan sampingan lazim boleh termasuk:

  • Sakit kepala
  • Sembelit
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Muntah
  • Ketidakselesaan atau sakit perut
  • Mengantuk
  • Keletihan
  • Sukar untuk tidur
  • Sakit otot
  • Rasa loya

JKesan-kesan ini akan hilang dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu. Jika mereka menjadi bertambah buruk, jumpa dengan doktor anda secepat yang mungkin. Antara kesan sampingan yang serius adalah:

  • Kerengsaan
  • Kurang darah merah (anemia)
  • Kekeliruan
  • Kemurungan
  • Mudah lebam atau berdarah
  • Halusinasi
  • Sakit perut
  • Keguguran rambut
  • Denyutan jantung tidak teratur
  • Ruam
  • Perubahan penglihatan
  • Kulit dan mata kuning
  • Reaksi alergi
  • Pembesaran payudara
  • Tanda-tanda jangkitan (seperti sakit tekak yang tidak pulih, demam, menggigil)
  • Air kencing yang berwarna gelap
  • Sesak nafas

Sekiranya doktor anda mengarahkan anda untuk mengambil ubat ini, ingat bahawa beliau telah mempertimbangkan faedahserta risiko kesan sampingan kepada keadaan anda. Majoriti yang menggunakan ubat ini tidak mempunyai kesan sampingan yang serius.

Apakah amaran untuk ubat ranitidine

Ubat ranitidine mempunyai beberapa amaran, seperti yang berikut:
Alahan
Ranitidine boleh menyebabkan reaksi alergi yang teruk. Sekiranya anda mempunyai reaksi alergi atau gejala anda bertambah teruk, hubungi doktor anda dengan segera. Berhenti mengambil ubat ini jika anda pernah mengalami reaksi alergi terhadapnya. Gejala tindak balas alahan termasuk:

  • Masalah pernafasan
  • Tekak atau lidah bengkak
  • Demam
  • Ruam

Amaran untuk kumpulan tertentu

  • Bagi orang yang mengalami masalah buah pinggang: Jika anda mempunyai masalah buah pinggang atau sejarah penyakit buah pinggang, anda mungkin tidak dapat menyingkirkan ubat ini dari badan anda dengan efektif. Ini boleh meningkatkan tahap ubat ranitidine dalam badan anda dan menyebabkan lebih banyak kesan sampingan.

  • Bagi orang yang mengalami masalah hati: Jika anda mempunyai masalah hati atau sejarah penyakit hati, anda mungkin tidak dapat memproses ubat ini dengan baik. Ini boleh meningkatkan tahap ubat ranitidine dalam badan anda dan menyebabkan lebih banyak kesan sampingan.

  • Bagi orang yang mempunyai “acute porphyria” (masalah darah yang diwarisi): Anda tidak boleh menggunakan ubat ini jika anda mempunyai sejarah serangan “acute porphyria”. Ubat ini boleh mencetuskan serangan “acute porphyria”.

  • Bagi orang yang mempunyai kanser perut: ubat ini mengurangkan jumlah asid di dalam perut anda. Ini dapat membantu memperbaiki gejala keadaan gastrousus anda. Walau bagaimanapun, ubat ini tidak merawat kanser.

  • Untuk warga tua: Ginjal orang yang lebih tua mungkin tidak berfungsi dengan baik. Ini boleh menyebabkan badan anda memproses ubat ranitidine dengan lebih perlahan. Hasilnya, lebih banyak ubat kekal di dalam badan anda untuk masa yang lebih lama. Ini menimbulkan risiko kesan sampingan kepada anda. Dalam kes yang jarang berlaku, ubat ini boleh menyebabkan kekeliruan, kemurungan, dan halusinasi. Masalah-masalah ini paling sering berlaku pada orang tua yang uzur

  • Bagi kanak-kanak: Ubat ranitidine belum disahkan selamat dan berkesan kepada kanak-kanak berumur kurang daripada 1 bulan untuk sebarang keadaan dan untuk orang yang berusia kurang dari 18 tahun untuk keadaan di mana perutnya terlalu banyak asid, termasuk sindrom Zollinger-Ellison.

  • Bagi wanita hamil dan ibu yang menyusu badan: Tidak ada data yang mencukupi untuk kegunaan ubat ranitidine oleh wanita hamil. Bukti yang sedia ada menunjukkan bahawa terdapat sedikit risiko apabila ubat ini digunakan semasa mengandung. Ubat ranitidine mungkin dirembeskan ke dalam susu ibu dan menimbulkan risiko kepada bayi.

Hasil ubat ranitidine

Ubat ranitidine ini boleh digunakan bersama “antacids” apabila diperlukan untuk melegakan kesakitan asid gastrik. Ubat ini boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Ubat ranitidine biasanya diambil dua kali sehari apabila digunakan untuk merawat ulser atau GERD, tetapi boleh diambil sebagai dos harian secara tunggal pada waktu malam.

Kesan puncak ubat ranitidine dicapai dua hingga tiga jam selepas mengambil ubat tersebut. Gejala GERD bertambah baik dalam masa 24 jam selepas memulakan terapi dengan ubat ranitidine.

Sekiranya gejala yang anda alami menjadi semakin serius atau anda menghadapi sebarang kesan sampingan daripada penggunaan ubat ranitidine ini, anda harus berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor PERCUMA
Diskaun Hingga RM12 untuk Perubatan