Walaupun ulser lidah kelihatan tidak begitu serius namun ia sememangnya merupakan masalah kesihatan yang boleh menjejaskan kehidupan seharian kerana pesakit mengalami kesusahan menelan makanan akibat daripada rasa sakit dan proses pengunyahan makanan yang tidak sempurna.
Rawatan yang boleh diberikan untuk masalah ulser lidah dibahagikan kepada rawatan menggunakan bahan semula jadi ataupun rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan. Rawatan semula jadi yang boleh diberikan untuk ulser lidah adalah:
- Kumur mulut dengan menggunakan air garam untuk memastikan kebersihan.
- Baking soda boleh dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan ubat sapuan pada ulser lidah tersebut.
- Ais batu juga boleh diletakkan pada ulser untuk melegakan rasa sakit.
- Gunakan pencuci mulut yang mengandungi steroid bagi membantu meredakan keradangan.
- Pastikan pengambilan air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.
Rawatan dalam bentuk ubat-ubatan yang dicadangkan oleh pihak doktor dan dijual di pasaran adalah:
- Oral aid
- Bonjela
Sekiranya ulser tersebut berpunca daripada penyakit kelamin maka keadaan tersebut memerlukan rawatan perubatan yang lebih intensif selepas pemeriksaan pakar perubatan.
Kesimpulannya, walaupun ulser lidah merupakan sebuah isu yang remeh temeh sahaja tetapi pesakit masih perlu mendapat rawatan yang bersesuaian dengan segera supaya dapat mencegah komplikasi.