Saya bimbang kakak saya kurang berat badan (Underweight) yang mungkin disebabkan penyakit yang serius.

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan
Dikemaskini pada: Februari 10, 2020

Soalan:
Salam doktor. Saya seorang pelajar universiti yang berumur 23 tahun dan saya ingin bertanyakan masalah mengenai kakak saya yang kekurangan berat badan. Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk pulang ke kampung kerana cuti semester sudah bermula. Saya dapat berjumpa dengan semua hali keluarga termasuk kakak saya dan saya mendapati bahawa dia nampak sangat kurus. Kakak saya memberitahu bahawa dia sudah kehilangan lebih kurang 4 kg dalam masa 3 minggu dan saya berasa agak risau. Menurut kakak, dia mengalami kekurangan selera makan sejak kebelakangan ini.

Kakak saya juga turut memberitahu bahawa dia didiagnosis dengan penyakit tiroid bulan lepas. Pada bulan lepas, dia mula mengalami bengkak di leher, peluh-peluh di tapak tangan, tangan sering menggigil, cepat terasa panas dan selalu rasa berdebar-debar dan dengan adanya pelbagai gejala ini membuatkan dia ingin berjumpa dengan doktor. Kakak saya tidak pernah mempunyai masalah perubatan sebelum ini daripada zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang sebelum didiagnosis dengan penyakit tiroid.

Pada pendapat doktor, apakah penyebab bagi kekurangan berat badan yang dialami oleh kakak saya? Adakah kurang berat badan adalah suatu gejala yang serius dan adakah ia berkaitan dengan penyakit yang dialaminya sekarang? Adakah rawatan yang sesuai untuk merawat berat badan yang berkurang ini?

Soalan berkenaan - cara menurunkan berat badan, terlalu kurus, kekurangan berat badan underweight

Jawapan:

Terima kasih atas soalan anda. Terdapat banyak penyebab masalah kurang berat badan. Perincian adalah seperti dibawah.

Apakah penyebab kurang berat badan

Terdapat pelbagai jenis penyebab bagi kurang berat badan untuk dewasa dan kanak-kanak termasuklah:

  1. Malnutrisi/”Malnutrition”
  2. Sarcopenia
  3. Kanser/”Cancer”
  4. Hipertiroidism/”Hyperthyroidism”
  5. HIV dan AIDS
  6. Penyakit ulser peptik/”peptic ulcer disease”
  7. Kemurungan/”Depression”
  8. Kegagalan jantung kongestif/Congestive heart failure
  9. Penyakit kencing manis/Diabetes
  10. Pengambilan alkohol berlebihan/Alcoholism

A) Malnutrisi/”Malnutrition”

Kekurangan zat makanan, atau kekurangan nutrien, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaupun warga emas berisiko untuk mengalami masalah ini kerana ubat-ubatan atau hilang selera makan, diet yang tidak seimbang boleh menyumbang kepada malnutrisi dalam kalangan orang dewasa, termasuklah orang yang sihat.

B) Sarcopenia

Atrofi otot atau otot mengecut boleh bermula seawal 40-an seterusnya mengakibatkan penurunan berat badan dan berlakunya penurunan kekuatan, tenaga, dan pergerakan.

C) Kanser/Barah

Kanser secara umumnya boleh menyebabkan penurunan berat badan, contohnya seperti kanser paru-paru, pankreas, ‘biliary’ dan usus. Sel-sel kanser yang berfungsi secara tidak normal membesar dan merebak tanpa kawalan, mempercepatkan metabolisme badan, dan melemahkan seluruh badan dengan menggunakan nutrisi berlebihan sehingga menyebabkan kehilangan berat badan. Rawatan kanser juga boleh menyebabkan penurunan berat badan. Radiasi dan kemoterapi sering menyebabkan kurangnya selera makan, dan ia boleh menyebabkan kesan sampingan seperti mual, muntah, dan sakit mulut.

D) Hipertiroidisme/”Hyperthyroidism”

Ia adalah sejenis penyakit autoimun yang menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan sejumlah besar hormon tiroid, yang mempercepatkan metabolisme badan sehingga berada pada tahap di mana badan membakar lebih banyak kalori dari apa yang dimakan.

‘Acquired immunodeficiency syndrome’, juga dikenali sebagai AIDS, merupakan penyakit yang kronik dan mengancam nyawa yang disebabkan oleh virus imunisasi manusia atau ‘human immunodeficiency virus’ (HIV). HIV boleh menjadikan badan anda lebih sukar untuk menyerap nutrien, yang akan menyebabkan kekurangan zat makanan dan boleh menyebabkan selera makan menurun.

F) Penyakit ulser peptik/”peptic ulcer disease”

Ulser peptik adalah luka terbuka yang terbentuk pada lapisan dalam perut dan di bahagian atas usus kecil. Ia boleh menyebabkan kesakitan dan meningkatkan pengeluaran asid, yang membawa kepada refluks. Sakit perut akibat dari masalah ini sering menjejaskan selera makan seseorang.

G) Kemurungan/”Depression”

Kemurungan adalah gangguan mood yang boleh menyebabkan rasa sedih yang berterusan dan hilangnya minat dalam banyak perkara. Anda mungkin juga tahu bahawa berat badan menurun adalah gejala biasa yang dikaitkan dengan kemurungan, tetapi ia juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

H) Kegagalan jantung kongestif/”Congestive Heart Failure”

Antara gejala lain selain dari kegagalan fungsi jantung adalah penurunan berat badan yang tidak dapat dijelaskan (kehilangan sekurang-kurangnya 7.5 peratus berat badan normal dalam tempoh 6 bulan). Hal ini turut dikenali sebagai ‘cachexia’ jantung.

Diabetes sering dikaitkan dengan berat badan yang meningkat atau obesiti, tetapi penurunan berat badan boleh menjadi gejala diabetes yang mengejutkan. Apabila badan tidak lagi dapat menghasilkan insulin secukupnya, glukosa tidak lagi masuk ke aliran darah untuk digunakan sebagai tenaga.

J) Pengambilan alkohol berlebihan/”Alcoholism”

Alkohol penuh dengan kalori dan menyebabkan kembung perut. Ia juga boleh menyebabkan seseorang kehilangan berat badan. Ini berlaku kerana rasa kenyang akibat meminum alkohol berlebihan. Selain itu, ketagihan alkohol boleh menyebabkan penyakit ulser peptik, yang juga menyebabkan penurunan berat badan.

 

Apakah gejala kurang berat badan

Berat badan anda sentiasa berubah-ubah, tetapi penurunan berat badan secara berterusan lebih 5% dari berat badan normal (biasanya diukur dalam unit kg) antara 6 hingga 12 bulan biasanya membimbangkan ramai orang. Penurunan berat badan sebanyak ini boleh menjadi tanda kekurangan zat makanan, di mana diet seseorang tidak mengandungi jumlah nutrien yang cukup.

Antara gejala lain yang boleh dikaitkan dengan kekurangan berat badan adalah:

  • keletihan
  • hilang selera makan
  • perubahan dalam tabiat tandas seperti cirit-birit atau kerap kencing
  • sering mengalami jangkitan atau penyakit lain

Apakah cara merawatnya

  • Rawatan penurunan berat badan bergantung kepada penyebabnya dan matlamatnya adalah untuk mencegah berkurangnya berat badan secara berterusan. Sokongan nutrisi pada peringkat awal dapat membantu mengelakkan beberapa komplikasi.
  • Sumbangan pakar diet dan pakar terapi pertuturan (untuk penilaian oropharyngeal dan menelan) tidak boleh dipandang remeh kerana usaha kakitangan ini dapat meningkatkan pengambilan makanan yang sihat.
  • Menggalakkan tabiat makan yang sihat dan tidak menghadkan pengambilan makanan (contohnya sekatan terhadap pengambilan garam atau makanan kolesterol tinggi). Pesakit diabetes mellitus juga diberi diet yang kurang terbatas. Dalam sesetengah keadaan, penurunan berat badan pada pesakit diabetes mellitus ini mungkin mencerminkan kawalan glukosa darah yang berlebihan. Bagaimanapun, tahap gula dalam darah harus terus dipantau pada pesakit diabetes mellitus.
  • Menambahkan penambah rasa yang menguatkan intensiti bau makanan mungkin berguna pada pesakit dengan hyposmia. Makanan yang tulen dan cecair yang tebal mungkin diperlukan untuk pesakit dengan disfagia (sukar untuk menelan).
  • Senaman fizikal dan terapi fizikal harus digalakkan kerana peningkatan aktiviti mampu menggalakkan selera makan dan pengambilan makanan. Satu kajian mendapati pengambilan kalori lebih tinggi pada pesakit yang menerima kedua-dua suplemen nutrisional dan bersenam daripada pesakit yang menerima hanya suplemen nutrisional.
  • Apabila suplemen kalori cecair digunakan, mereka tidak boleh diberi bersama dengan makanan pejal. Suplemen cecair lebih baik daripada pepejal. Dengan cecair, masa mengosongkan gastrik lebih cepat, dan jumlah pengambilan kalori lebih cenderung untuk mencapai maksimum.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila dapatkan nasihat doktor di klinik atau hospital.

Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


Tentang DoctorOnCall

Artikel ini dikemaskini dan diselenggarakan oleh DoctorOnCall. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai jawapan, sila email kami di contact@DoctorOnCall.com.my

Tanya Doktor PERCUMA
Diskaun Hingga RM12 untuk Perubatan