Perlukah saya mengambil Ural Sachet?

Anonymous

Salam doktor. Saya berumur 42 tahun dan merupakan seorang suri rumah, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Saya ingin bertanya mengenai salah satu ubat yang dipanggil sebagai ural sachet. Baru-baru ini saya telah berjumpa dengan doktor kerana mengalami masalah yang berkaitan dengan sakit ketika membuang air kecil. Masalah itu berlanjutan selama 5 hari.

Air kencing saya juga nampak berbuih, berbau busuk tetapi tiada darah yang kelihatan. Setiap kali saya membuang air kecil, ia terasa pedih dan rasa seperti panas di bahagian pundi kencing. Selain itu, saya mengalami demam bersuhu 37.8 degree Celsius dan telah mengambil ubat Paracetamol Actifast untuk melegakan demam. Selepas berjumpa dengan doktor, beliau telah mengesahkan saya mengalami jangkitan di bahagian pundi kencing. Doktor telah memberikan beberapa preskripsi untuk pelbagai jenis ubat termasuklah antibiotik.

Sehari yang lepas, ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor telah habis dan saya bercadang untuk membeli ubat lain di farmasi yang dipanggil ural sachet kerana telah disyorkan oleh kawan saya yang pernah mengalami penyakit yang sama. Saya ingin bertanya kepada doktor, apakah fungsi Ural Sachet dan adakah selamat untuk saya mengambil ubat tersebut? Berapakah purata harga ubat tersebut di farmasi Malaysia?

Anonymous
Salam doktor. Saya berumur 42 tahun dan merupakan seorang suri rumah, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Say... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Untuk makluman anda, ubat yang anda nyatakan adalah salah satu jenama bagi jenis generik ubat yang mengandungi bahan aktif seperti sodium bikarbonat, asid sitrik dan asid tartarik. Ianya selalu digunakan dalam membantu mengurangkan kesakitan yang dialami ketika buang air kecil. Ia adalah selamat untuk digunakan tetapi anda haruslah haruslah mendapatkan nasihat berkaitan dengan sebarang ubat dan membaca arahan pada pakej sebelum guna. Jika simptom berlarutan rujuk kepada doktor anda segera. Jika anda mengalami penyakit akut (acute illness), kesan sampingan serius atau keadaan kecemasan, dapatkan bantuan kecemasan.
Terima kasih atas soalan anda. Untuk makluman anda, ubat yang anda nyatakan adalah salah satu jenama bagi jenis generik ... See More

Apakah Sebenarnya Kandungan Ubat Dalam Bentuk Sachet Ini?

Ubat dengan generik yang sama dalam bentuk bungkusan sachet ini mengandungi bahan aktif seperti sodium bikarbonat + asid sitrik + asid tartarik + natrium sitrat. Ia adalah ‘alkaliniser’ bagi saluran kencing dan sistem pencernaan badan. Ia juga mengandungi minyak beraroma lemon natural, “Terpeneless” dan “Saccharin Sodium”.


Apakah Fungsi Ubat Ini?

Fungsi ubat generik ini termasuklah:

1. Membantu dalam alkalinisasi kencing di mana diperlukan dalam rawatan jangkitan saluran kencing;

2. Melegakan gejala “dysuria” – sakit ketika kencing

3. Untuk meningkatkan fungsi antibiotik tertentu seperti sesetengah “sulphonamides”, “streptomycin”, “kanamycin”, “gentamicin”;

4. Digunakan dalam gout terutama apabila dirawat dengan urikosurik dan allopurinol;

5. Untuk mengelakkan penghabluran (“crystallisation”) asid urik dan pembubaran batu asid urik.

6. Untuk rawatan gejala “gastric hyperacidity”.

Apakah Kesan Sampingan Ubat Ini?

Semua ubat mempunyai kesan sampingan. Kebanyakan kesan sampingan untuk ubat jenis generik ini kebiasaannya adalah kecil dan kesan positifnya melebihi kesan sampingan. Cirit birit adalah kesan sampingan yang biasa dialami. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan “systemic alkalosis” dan / atau hipernatraemia.


Interaksi Bersama Ubat Lain

A) Secara Umum 

Alkalisasi air kencing kerana penggunaan ubat ini boleh menyebabkan berkurangnya kesan terapeutik bagi ubat-ubatan yang berikut: chlorpropamide, lithium, salicylates dan tetracyclines. Secara alternatifnya, alkalisasi air kencing disebabkan oleh penggunaannya, boleh meningkatkan kesan terapeutik bagi ubat-ubatan yang berikut: amphetamines, ephedrine / pseudoephedrine.

B) Antacids 

Penggunaan serentak antacid dengan “citrate” boleh mengakibatkan alkalosis sistemik. Penggunaan antacid dengan sodium sitrat dan sodium bikarbonat boleh menggalakkan pembentukan batu kalsium bagi pesakit dengan batu karang dan mungkin juga menyebabkan hipernatremia. Penggunaan serentak antacid yang mengandungi aluminium dengan garam sitrat boleh meningkatkan penyerapan aluminium, mungkin boleh mengakibatkan keracunan aluminium akut, terutamanya bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang.

C) Quinolones 

Citrat boleh mengurangkan kelarutan ciprofloxacin, norfloxacin atau ofloxacin dalam air kencing. Pesakit perlu berhati-hati dengan tanda-tanda bagi “crystalluria” dan “nephrotoxicity”.


Kontraindikasi/’Contraindication’

1. Kegagalan buah pinggang atau hipernatraemia.

2. Bagi sesiapa yang mengalami kegagalan jantung, ural harus digunakan dengan berhati-hati. Penggunaan “urinary alkalinisers” dengan antibiotik quinolone perlu dielakkan; “crystalluria” mungkin lebih cenderung untuk berlaku dengan air kencing yang beralkali.

Bagaimanakah Cara Pengambilan Ubat Dalam Bentuk Sachet Ini?

Terdapat beberapa cara pengambilan ubat generik ini, termasuklah:

  • Sebelum pengambilan ubat ini, sila dapatkan nasihat doktor atau pakar farmasi terutamanya jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan atau mengambil ubat lain.

  • Untuk pengambilan ubat ini, larutkan 1 hingga 2 sachet dalam segelas berisi air sejuk tiga hingga empat kali sehari atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda.

  • Harus diambil dengan makanan: Ambil 30 minit selepas makan atau sebelum tidur. Pastikan pengambilan air masak yang mencukupi.

  • Langkah berhati-hati perlulah diambil bagi sesiapa yang sedang mengamalkan diet rendah sodium.

  • Ubat generik ini juga harus digunakan dengan berhati-hati bagi pesakit dengan kegagalan jantung, tekanan darah tinggi, gangguan fungsi buah pinggang, “peripheral” dan “pulmonary edema” dan preeklampsia.

  • Keadaan kesihatan pesakit perlu dinilai dan laporan makmal (contohnya, serum elektrolit, keseimbangan “acid-base”) perlu diperoleh secara berkala semasa terapi ubat ini, terutamanya bagi pesakit buah pinggang.

Sebagai kesimpulannya, sebarang ubat yang diambil haruslah digunakan secara berhati-hati dan sentiasa merujuk kepada seorang doktor yang berpengalaman supaya tidak mendatangkan masalah yang tidak diingini.

Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.


References