Bagaimana saya boleh mengenali tanda-tanda awal kanser rahim (Uterine Cancer)?

Anonymous

Hello, doktor. Saya berumur 62 tahun dan ingin bertanya mengenai masalah yang berkaitan dengan bahagian sulit. Sebulan yang lalu, saya mula mengalami masalah pendarahan vagina yang berlaku secara tiba-tiba dan hanya menyedarinya ketika mahu mandi. Pada mulanya, pendarahan berlaku dalam bentuk tompok-tompok merah di seluar dalam saya dan sekarang pendarahan tersebut telah bertukar menjadi lebih kerap dan dalam kuantiti yang lebih banyak. Perubahan keadaan ini semakin merisaukan. Selain daripada itu, saya tidak mengalami masalah yang lain seperti sakit ketika atau kesukaran untuk kencing dan kesakitan di bahagian pelvis. Oleh itu saya ingin bertanya kepada doktor, apakah penyebab bagi gejala dan tanda yang saya alami ini? Apakah rawatan yang sesuai bagi penyakit ini? Mungkinkah ia merupakan simptom kanser rahim?

Anonymous
Hello, doktor. Saya berumur 62 tahun dan ingin bertanya mengenai masalah yang berkaitan dengan bahagian sulit. Sebula... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan dan umur puan, kemungkinan besar masalah kesihatan anda berpunca daripada bahagian rahim. Dalam kategori umur puan, beberapa ujian tambahan juga perlu dijalankan oleh doktor untuk mempertimbangkan diagnosis kanser rahim. Rahim adalah organ pelvik yang berongga dan berbentuk buah pir di mana perkembangan janin berlaku.

Kanser rahim bermula di lapisan (endometrium) rahim. Kanser rahim juga dikenali sebagai kanser endometrial. Kanser rahim boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan jenis sel, termasuklah “uterine sarcoma” yang lebih jarang berlaku berbanding kanser rahim.

Kanser rahim sering dikesan pada peringkat awal disebabkan simptom paling lazim adalah pendarahan faraj tidak normal yang mendorong wanita untuk berjumpa dengan doktor. Jika kanser rahim dikesan awal, pembedahan untuk pembuangan sebahagian daripada rahim boleh meningkatkan peluang untuk sembuh.

Terima kasih atas soalan anda. Berdasarkan keterangan yang diberikan dan umur puan, kemungkinan besar masalah kesihat... See More

Apakah itu kanser rahim

Kanser rahim adalah kanser yang paling biasa terjadi dalam sistem reproduktif wanita. Ia adalah tumor jenis “malignant” yang bermula daripada sel-sel organ rahim. Tumor jenis “Malignant” boleh berkembang dalam kadar yang pantas sehingga memusnahkan tisu berdekatan. Ia juga boleh merebak atau “metastasize” ke organ berdekatan atau organ dalaman yang lain.

Tumor jenis “non-cancerous” atau “benign” juga melibatkan pertumbuhan atau perubahan laur biasa sel-sel dalam rahim seperti endometriosis atau fibroid tetapi kanser jenis ini tidak begitu membahayakan.

Perubahan awal atau perubahan mikroskopik sel-sel rahim tanpa pertukaran fizikal yang jelas juga boleh didefinisikan sebagai keadaan prakanser. Ini bermakna bahawa sel-sel yang tidak normal berkemungkinan besar berubah menjadi kanser jika tidak dirawat pada peringkat awal. Prakanser rahim juga dikenali sebagai “atypical endometrial hyperplasia”.

Apakah penyebab kanser rahim

Patologi bagi kebanyakan jenis kanser adalah disebabkan oleh mutasi genetik dalam sel-sel pada lapisan rahim.

Mutasi genetik merupakan proses sel yang normal dan sihat bertukar kepada sel-sel yang tidak normal dalam jangka masa panjang. Sel-sel yang sihat berganda pada kadar yang ditetapkan dan akhirnya disingkirkan dari badan pada masa yang ditetapkan. Manakala sel-sel yang tidak normal berkembang dan membiak tanpa kawalan dan secara berterusan tanpa disingkirkan. Akhirnya, sel-sel tidak normal yang terkumpul membentuk sebuah gumpulan (tumor). Sel-sel kanser tersebut boleh menyerang tisu berdekatan malahan boleh merebak ke organ lain melalui aliran darah (metastasize).

Faktor-faktor risiko kanser rahim

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah:

  • Perubahan dalam keseimbangan hormon wanita.- Ovari wanita menghasilkan dua hormon yang utama iaitu estrogen dan progesteron. Perubahan dalam keseimbangan hormon ini boleh menyebabkan perubahan dalam rahim.
  • Kedatangan haid pada umur yang awal atau “menarche” dan putus haid lewat atau “menopause”- Kedatangan haid pada usia awal terutamanya sebelum usia 12 atau menopause pada usia yang lewat meningkatkan risiko kanser rahim. Lebih lama tempoh haid yang anda alami, lebih lama rahim anda terdedah kepada estrogen.
  • Tidak pernah hamil- Wanita yang tidak pernah hamil mempunyai risiko kanser rahim yang lebih tinggi berbanding dengan wanita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu kehamilan.
  • Umur yang lanjut- Apabila usia anda semakin meningkat, risiko kanser rahim turut meningkat. Kanser rahim selalunya berlaku dalam kalangan wanita yang telah mencapai menopaus.
  • Obesiti- Berat badan yang berlebihan meningkatkan risiko kanser rahim akibat keupayaan lemak badan yang berlebihan mengubah keseimbangan hormon dalam badan anda.
  • Terapi hormon untuk kanser payudara- Wanita dengan kanser payudara yang mengambil ubat terapi hormon misalnya tamoxifen berisiko tinggi bagi kanser rahim. Jika anda mengambil rawatan tamoxifen, bincangkan perkara ini dengan doktor anda.
  • “Inherited colon cancer syndrome” atau sindrom kanser kolon - “Hereditary nonpolyposis colorectal cancer (HNPCC) adalah sindrom yang meningkatkan risiko kanser kolon malahan kanser rahim. HNPCC berlaku kerana mutasi gen yang diwarisi dari ibu bapa kepada anak-anak. Jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengidap diagnosis HNPCC, bincangkan risiko sindrom genetik tersebut dengan doktor anda.

Apakah gejala kanser rahim

Sebilangan kecil wanita dengan kanser rahim yang tidak mempunyai sebarang gejala ataupun gejala yang mungkin disebabkan penyakit bukan kanser. Oleh itu, WHO menyarankan wanita untuk menjalankan saringan kesihatan dari semasa ke semasa terutamanya bagi mereka yang berusia.

Gejala yang paling biasa terjadi bagi kanser rahim adalah pendarahan vagina yang tidak normal. Pendarahan boleh berlaku dalam bentuk yang ringan iaitu darah bertompok atau pendarahan yang pekat. Pendarahan faraj semasa atau selepas menopaus adalah salah satu tanda bagi kanser rahim.

Selain daripada pendarahan vagina, wanita dengan kanser rahim mungkin mengalami simptom berikut:

  1. Keputusan ujian Pap smear yang tidak normal.
  2. Kesukaran atau kesakitan apabila membuang air kecil.
  3. Sakit atau pendarahan semasa hubungan seksual
  4. Kesakitan di kawasan pelvis.
  5. Pengeluaran cecair dari faraj yang berbau dan dalam kuantiti yang banyak.
  6. Mudah letih atau hilang selera makan.
  7. Penurunan berat badan dengan pantas.

Apakah rawatan kanser rahim

Pilihan untuk merawat kanser rahim anda bergantung kepada jenis dan tahap serius kanser serta status kesihatan anda.

  1. Pembedahan

  2. Pembedahan untuk membuang rahim disyorkan untuk kebanyakan wanita dengan kanser rahim. Kebanyakan wanita dengan kanser rahim menjalani prosedur yang melibatkan pembuangan rahim (“hysterectomy”) dan/atau tiub fallopian dan ovari (“salpingo-oophorectomy”). Prosedur “Hysterectomy” menjadikan peluang untuk mempunyai anak pada masa depan sangat nipis. Anda masih boleh cuba pengambilan anak angkat. Tambahan pula anda akan mengalami menopaus pada usia yang awal setelah pembedahan mengeluarkan ovari. Namun begitu, jika simptom menopause terlalu membimbangkan, doktor akan memberikan terapi hormon.

  3. Radiasi

  4. adiasi menggunakan sinaran tenaga yang berkuasa tinggi, seperti sinar-X dan proton untuk menyingkirkan sel-sel kanser. Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin mengesyorkan radiasi selepas pembedahan untuk mengurangkan risiko kanser berulang semula (relapse). Dalam keadaan tertentu, terapi radiasi juga disyorkan sebelum pembedahan untuk mengurangkan size tumor dan memudahkan ia untuk dibedah keluar.

  5. Terapi hormon

  6. Terapi hormon melibatkan pengambilan ubat-ubatan yang mempengaruhi tahap hormon dalam tubuh. Terapi hormon mungkin menjadi pilihan jika anda mempunyai kanser rahim tahap akhir yang telah merebak organ di luar rahim.

  7. Kemoterapi

  8. Ia menggunakan bahan kimia untuk membunuh sel kanser. Anda mungkin menerima kombinasi ubat kemoterapi sama ada dalam bentuk pil (secara oral) atau suntikan melalui vena anda (intravena). Kemoterapi mungkin disyorkan untuk wanita dengan kanser rahim pada tahap akhir atau yang berlaku berulang kali yang telah merebak di luar rahim.

  9. Penjagaan paliatif

  10. Ia adalah rawatan perubatan khusus yang memberi tumpuan kepada mengurangkan rasa sakit dan gejala lain bagi penyakit tahap akhir. Pakar penjagaan paliatif bekerja dengan anda, keluarga anda dan doktor anda untuk memberikan sokongan tambahan yang melengkapi penjagaan berterusan. Penjagaan paliatif dijalankan seiring dengan rawatan agresif yang lain seperti pembedahan, kemoterapi atau terapi radiasi.

Untuk sebarang kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan. Jika tiada kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References