Perlukah anak saya diberi vaksin rotavirus (Rotavirus Vaccine) dan apakah kebaikannya?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya mempunyai dua orang anak yang berumur 2 tahun dan 6 bulan masing-masing. Mereka tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan. Ketika mereka lahir, tiada komplikasi yang saya hadapi.. Berat lahir anak pertama saya adalah 3.2kg manakala anak kedua pula 2.8kg. Saya tidak mengalami sebarang penyakit atau masalah sepanjang tempoh kehamilan untuk kedua-dua anak saya.

Imunisasi untuk kedua-dua anak saya telah diberikan sehingga umur mereka masing-masing. Imunisasi ini diberikan di hospital yang saya diwadkan untuk melahirkan anak-anak saya. 
Untuk anak kedua saya, doktor pakar saya memberitahu bahawa vaksin rotavirus adalah penting untuk kanak-kanak dan bayi. Beliau menasihatkan saya supaya mendapatkan vaksin rotavirus untuk kedua-dua anak saya. Walaubagaimanapun, beliau berkata bahawa vaksin tersebut tidak ada di hospitalnya dan menyuruh saya pergi ke klinik swasta yang berdekatan untuk mendapatkan vaksin rotavirus ini.

Beliau juga berkata terdapat 2 jenis vaksin rotavirus ini dan dosnya bergantung kepada jenis tertentu. Beliau memberitahu bahawa walaupun anak saya sihat dan tidak mempunyai gejala penyakit rotavirus, vaksin ini boleh melindungi anak saya daripada penyakit tersebut dan komplikasinya sekiranya tidak dirawat dengan sepenuhnya. Saya ingin tahu lebih tentang vaksin rotavirus ini, doktor. Apakah itu vaksin rotavirus? Apakah faedahnya? Perlukah semua kanak-kanak mendapatkan vaksin ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya mempunyai dua orang anak yang berumur 2 tahun dan 6 bulan masing-masing. Mereka tidak me... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Terima kasih atas soalan anda. Rotavirus adalah virus yang mudah tersebar di kalangan bayi dan kanak-kanak. Virus ini boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, dan sakit perut yang teruk. Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus boleh mengalami dehidrasi dan mungkin perlu dimasukkan ke hospital. Oleh itu, vaksin rotavirus (Rotavirus Vaccine) disyorkan agar kanak-kanak dapat dilindungi daripada jangkitan rotavirus.
<!--block-->Terima kasih atas soalan anda. Rotavirus adalah virus yang mudah tersebar di kalangan bayi dan kanak-ka... See More

Apakah itu vaksin rotavirus

  • Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang dilemahkan dengan tujuan pengambilannya dan membina imuniti kanak-kanak terhadap virus ini.
  • Kajian menunjukkan 9 dari 10 kanak-kanak yang mendapat vaksin ini akan dilindungi dari mendapat jangkitan rotavirus yang teruk, manakala kira-kira 7 daripada 10 kanak-kanak akan dilindungi daripada jangkitan ini.
  • Dua vaksin rotavirus kini dilesenkan untuk kegunaan di kalangan bayi dan kanak-kanak adalah :
  • RotaTeq (RV5) diberikan dalam 3 dos pada umur 2 bulan, 4 bulan, dan 6 bulan
  • Rotarix (RV1) diberikan dalam 2 dos pada umur 2 bulan dan 4 bulan
  • Kedua-dua vaksin diberikan melalui mulut, bukan dengan suntikan.
  • Dos yang pertama untuk kedua-dua vaksin adalah yang paling berkesan jika diberikan sebelum anak berusia 15 minggu.
  • Kanak-kanak harus menerima semua dos vaksin rotavirus sebelum mereka berumur 8 bulan.

Apakah dos vaksin rotavirus

Regimen dos vaksin rotavirus adalah berbeza mengikut jenama yang digunakan. Dos vaksin ini addalah seperti yang berikut untuk bayi lebih dari usia 6 minggu:

  • Untuk Rotarix, sejumlah dua dos (1 mL atau 1.5 mL setiap satu, bergantung kepada formulasi yang digunakan). Dos pertama diberikan pada usia 6 minggu, dos kedua diberikan sekurang-kurangnya selepas selang 4 minggu dan sebelum usia 24 minggu. 
  • Untuk RotaTeq, sejumlah tiga dos (2 mL setiap satu); dos pertama diberikan pada usia 6-12 minggu, dan kedua-dua dos yang berikutnya yang diberikan pada selang 4 ke 10 minggu. Ketiga-tiga dos ini harus diambil dalam tempoh usia 32 minggu.

Apakah manfaat vaksin rotavirus

Rotavirus adalah salah satu penyebab utama gastroenteritis akut yang teruk dalam golongan bayi dan kanak-kanak. Pengambilan vaksin ini dapat mencegah masalah gastroenteritis yang biasanya disertai dengan gejala demam, muntah, cirit-birit dan gangguan emosi pada kanak-kanak.

  • Vaksin Rotarix: Vaksin ini merupakan pencegahan bagi gastroenteritis rotavirus akibat jangkitan serotipe G1, G3, G4 dan G9.
  • Vaksin RotaTeq: Vaksin ini merupakan pencegahan bagi gastroenteritis rotavirus akibat jangkitan serotipe rotavirus G1, G2, G3 dan G4.

Manfaat vaksin rotavirus

  • Kedua-dua vaksin rotavirus (Rotarix dan RotaTeq) d telah diuji secara klinikal melibatkan beribu-ribu bayi, dan didapati selamat dan bermanfaat. 
  • Kira-kira 9 daripada 10 kanak-kanak yang mendapat vaksin akan dilindungi daripada jangkitan rotavirus yang teruk (demam, muntah, cirit-birit, dan perubahan tingkah laku). Manakala kira-kira 7 hingga 8 daripada 10 kanak-kanak akan dilindungi sepenuhnya daripada jangkitan ini. 
  • Sebelum vaksin diperkenalkan, terdapat ramai kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus sehingga perlu dimasukkan ke hospital. 
  • Kini jumlah kanak-kanak yang mendapat vaksin rotavirus dimasukkan ke hospital atas sebab penyakit rotavirus telah semakin berkurangan (94% hingga 96% dilindungi daripada kemasukan ke hospital).

Adakah vaksin rotavirus keperluan untuk kanak-kanak

  • Jangkitan rotavirus merebak melalui sentuhan tangan dan mulut. 
  • Jika anda menyentuh seseorang atau objek yang mengandungi virus dan kemudian makan, menyentuh mulut anda, atau menyuapkan anak, anda dan mereka boleh dijangkiti. 
  • Perkara ini biasanya terjadi kerana tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas atau menukar lampin. 
  • Bayi dan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun adalah berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rotavirus. 
  • Dehidrasi yang teruk adalah komplikasi serius daripada jangkitan rotavirus. Ia juga merupakan punca utama kematian akibat rotavirus di seluruh dunia. Kanak-kanak adalah yang peringkat umur yang paling mudah terdedah. 
  • Vaksinasi adalah cara terbaik untuk mencegah rotavirus, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Anda juga boleh membantu mencegah penyebaran jangkitan dengan mencuci tangan dengan kerap, terutamanya sebelum makan. 
  • Walaupun vaksin rotavirus boleh membantu mencegah dan mengurangkan risiko jangkitan , ia tidak 100 peratus berkesan dalam mencegah jangkitan pada masa depan.

Apakah kesan sampingannya

Antara kesan sampingan vaksin rotavirus yang telah dikenal pasti adalah:

  1. Demam
  2. Kerengsaan
  3. Kemuntahan
  4. Cirit-birit
  5. kembung perut
  6. Keletihan
  7. Nasofaringitis
  8. Bronkospasme
  9. otitis media
  10. Haematochezia
  11. Sawan
  12. “Intussusception”
  13. Penyakit Kawasaki

Dimanakah kanak-kanak boleh mendapatkan vaksin rotavirus?

Vaksin rotavirus ini boleh didapati di mana-mana klinik atau hospital yang berdekatan dengan anda. Harga vaksin rotavirus ini berbeza mengikut klinik. Anda haruslah kaji selidik harga pasaran sebelum mendapatkan vaksin ini untuk bayi atau kanak-kanak anda.

Siapakah yang tidak boleh mengambil vaksin rotavirus?

Vaksin rotavirus tidak boleh diberikan kepada bayi dalam situasi ini:

  1. Bayi yang mempunyai tindak balas alergi yang teruk (mengancam nyawa) terhadap dos vaksin rotavirus tidak perlu mendapatkan dos lain.
  2. Bayi yang mempunyai alahan yang teruk (mengancam nyawa) kepada mana-mana komponen vaksin rotavirus tidak seharusnya diberikan vaksin ini. 
  3. Bayi dengan "Severe Combined Immune Deficiency" (SCID) tidak boleh diberi vaksin rotavirus.
  4. Bayi yang menghidap masalah usus tersumbat (intussusception) tidak boleh diberi vaksin rotavirus.
  5. Bayi yang sedang sakit harus menunggu untuk mendapatkan vaksin sehingga mereka sembuh. Ini termasuk bayi dengan cirit-birit atau muntah-muntah.
Kondisi yang melemahkan sistem imun

Anda perlu berunding dengan doktor sebelum membuat keputusan untuk memberi vaksin kepada bayi jika sistem imun bayi anda lemah kerana faktor berikut:

  • HIV / AIDS, atau mana-mana penyakit lain yang menjejaskan sistem imun
  • Sedang menjalani rawatan dengan ubat-ubatan seperti steroid
  • Menghidap kanser atau sedang menjalani rawatan kanser
Vaksin ini mempunyai bukti yang ianya berkesan dan memberi manfaat untuk mencegah penyakit rotavirus yang teruk dalam golongan bayi dan kanak-kanak. Di samping risiko yang sangat rendah penyumbatan usus (intussusception), vaksin dianggap selamat dan diterima dengan baik. Ibu bapa dinasihatkan untuk berbincang dengan doktor untuk mendapatkan vaksin rotavirus untuk melindungi anak-anak mereka daripada penyakit rotavirus oleh kerana vaksinasi rotavirus tidak termasuk dalam jadual imunisasi negara kita. Anda juga boleh merujuk kepada para doktor kami di laman www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.

References