Kadangkala, anda mungkin memerlukan bantuan untuk menghilangkan bau vagina yang berbau tidak normal. Cara-cara berikut boleh membantu anda secara semulajadi menghilangkan bau faraj yang luar biasa:
- Pengamalan kebersihan faraj yang baik: bersihkan bahagian luar faraj secara berkala dengan kain dan sabun lembut. Loofah boleh menyebabkan kekoyakan kecil pada faraj dan mendedahkan kawasan itu kepada jangkitan. Pembersihan bahagian faraj akan mengeluarkan kulit yang mati, peluh, dan kotoran. Elakkan penggunaan sabun wangi atau bahan pencuci badan. Bau dan bahan kimia yang digunakan boleh mengganggu pH semula jadi faraj anda. Sabun buku mungkin lebih baik daripada sabun mencuci badan.
- Penggunaan produk “deodorizing” luar: penggunaan bahan semburan atau minyak wangi harus digunakan hanya di bahagian luar faraj anda dan bukan di dalam faraj anda. Jika bahan-bahan dimasukkan ke dalam faraj, ini boleh mengganggu proses kimia semulajadi di dalam faraj anda dan mengakibatkan masalah yang lebih teruk.
- Pertukaran seluar dalam yang kerap: anda dinasihatkan untuk memakai seluar dalam yang berbahan kapas. Kapas dikatakan boleh menyerap peluh dan cecair badan dengan baik dan mempunyai ciri pengaliran udara yang baik. Seluar dalam yang berbahan satin, sutera atau nilon tidak digalakkan kerana tidak mempunyai ciri yang boleh menghilangkan peluh dengan secukupnya. Kelembapan yang berlebihan boleh menyebabkan gangguan pada tahap bakteria semulajadi faraj anda dan mengakibatkan jangkitan di bahagian faraj.
- Produk pH: penggunaan produk “over-the-counter (OTC)” mungkin boleh memulihkan pH semula jadi vagina anda. Sekiranya produk ini tidak membantu untuk menghilangkan bau vagina yang anda alami, anda haruslah merujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang secukupnya.
- Minyak pati: rawatan minyak pati seperti minyak pokok teh dikatakan bahawa mampu membantu menghilangkan bau vagina yang tidak menyenangkan. Minyak pati ini mengandungi ciri antimikrobial dan antikulat semula jadi. Ini boleh membantu mengurangkan dan menghapuskan bakteria. Pertama, campurkan beberapa titisan minyak pokok teh dengan air. Kemudian, gunakan satu atau dua titik di bahagian luar vagina anda. Ulangi ini selama tiga hingga lima hari. Sekiranya gejala menjadi semakin teruk, hentikan penggunaan minyak ini.
- Berendam dalam cuka: mandi panas yang kerap dan mandi panas secara lazimnya boleh mengganggu pH semulajadi faraj anda. Tuangkan secawan atau dua cuka sari apel ke dalam air mandi dan rendam selama 20 minit. Cuka secara semula jadi boleh mengurangkan bakteria pada bahagian vagina anda.
- Rawatan preskripsi: rawatan ini boleh membantu menghapuskan punca-punca yang menyumbang kepada vagina yang berbau. Sekiranya rawatan di rumah atau OTC anda tidak berjaya, mungkin masa untuk mendapatkan rawatan daripada doktor anda.
- Pertukaran pad semasa haid: anda haruslah amalkan pertukaran pad yang kerap semasa haid dan elakkan penggunaan satu pad untuk tempoh yang panjang. Penggunaan pad untuk jangka masa yang panjang boleh mengakibatkan jangkitan yang serius.
- Makanan bersumber bakteria baik: pengambilan makanan yang mengandungi bakteria yang baik untuk imun badan seperti yakult, sayuran hijau, dan yogurt boleh mengukuhkan pertahanan badan terhadap jangkitan bakteria, kulat atau mikroorganisma yang lain.
Sekiranya bau vagina anda tidak pulih walaupun telah mencuba cara-cara untuk menghilangkannya dan amat membimbangkan, anda haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor anda atau boleh mendapatkan nasihat daripada para doktor kami di laman
www.doctoroncall.com.my. Terima kasih.