Jelaskan kebaikan dan kesan pengambilan Vitamin C (Vitamin C supplement) kepada kulit?

Anonymous

Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang penjual bahan kosmetik. Saya masih belum berkahwin. Oleh sebab tugas saya menjual bahan kosmetik maka saya dikehendaki memakai bahan kosmetik pada muka dan sentiasa kelihatan berseri untuk menarik pelanggan. Namun demikian, saya mendapati kulit saya lama kelamaan kelihatan agak kusam kerana pemakaian bahan kosmetik untuk masa yang lama. Saya bimbang pada masa akan datang kulit saya akan kelihatan seperti orang tua dan ini akan mengurangkan keyakinan diri saya. Saya pernah terbaca mengenai suplemen vitamin C yang merupakan sebuah kaedah semula jadi untuk mencantikkan kulit agar sentiasa berseri dan lebih putih. Bolehkah doktor memberitahu saya serba sedikit mengenai suplemen vitamin C ini?

Anonymous
Selamat pagi, doktor. Saya seorang wanita berumur 27 tahun. Saya bekerja sebagai seorang penjual bahan kosmetik. Saya... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA

Terima kasih cik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang cik ceritakan memang terdapat suplemen vitamin C (Vitamin C supplement) yang sangat popular dalam kalangan wanita sekarang. Ia merupakan sejenis supplemen yang dapat membantu dari segi kecantikkan dan keputihan wajah. Wajah cik yang kusam juga akan kembali berseri dengan keajaiban suplemen vitamin C. Ia boleh diambil di dalam bentuk tablet ataupun serbuk. Walaupun demikian, suplemen vitamin C ini juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri serta anda harus menghentikan beberapa tabiat buruk seperti merokok, minum minuman beralkohol serta minuman yang berkafein kerana tabiat seperti ini dapat mengganggu fungsi suplemen vitamin C ini.

Terima kasih cik atas soalan tersebut. Berdasarkan apa yang cik ceritakan memang terdapat suplemen vitamin C (Vitamin... See More

Apakah itu suplemen Vitamin C

Suplemen vitamin C merupakan sejenis supplemen yang diambil dalam bentuk tablet. Teknik suplemen ini amat mudah dan lebih menyenangkan kerana tablet tersebut boleh diambil mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan kesihatan

Apakah kegunaan suplemen Vitamin C

Antara kegunaan suplemen vitamin C ini ialah seperti:

  • Membantu mengatasi kekurangan Vitamin C dalam badan. Hal ini kerana banyak orang pada masa kini mempunyai masalah kekurangan vitamin C dalam badan. Ini secara tidak langsung boleh mendatangkan masalah kesihatan yang bahaya. Oleh itu, bagi membantu menangani masalah ini dengan lebih cepat ianya lebih baik untuk mengambil vitamin C dalam bentuk suplemen bagi kesan yang lebih cepat.

  • Penghasilan kolagen. Seterusnya, vitamin C merupakan bahan utama dalam pembentukan dan penghasilan kolagen bagi mencapai kecantikan kulit yang berseri. Oleh itu, ianya dinasihatkan untuk mengambil vitamin C ini dalam bentuk suplemen supaya kesan penghasilan kolagen dapat berterusan dengan lebih cepat menerusi kaedah suplemen ini.

  • Mematikan sel kanser. Berdasarkan beberapa kajian yang dibuat, ianya didapati bahawa vitamin C dengan ciri-ciri antioksida ini merupakan sebuah bahan dalam membantu mematikan sel kanser. Oleh itu, ianya lebih baik untuk diambil setiap hari supaya dapat menghindari penyakit berbahaya seperti kanser. Berikutan itu, untuk mencapai kesan yang ketara dalam masa yang singkat ialah dengan mengambil vitamin C menerusi kaedah suplemen.

  • Menghasilkan kulit yang berseri. Vitamin C dikatakan dapat membantu memutihkan kulit dan menghasilkan kulit yang cantik dan berseri. Ini merupakan idaman semua wanita pada masa kini.

  • Membantu menghindari jangkitan kuman. Hal ini kerana vitamin C amat penting untuk membina sistem imun yang kuat lagi kebal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mendapatkan vitamin C yang cukup bagi kesihatan kita. Vitamin C yang mencukupi dapat memastikan kita tidak cepat mendapat sebarang jangkitan kuman kerana sistem imun yang kuat.

Apakah kesan sampingan suplemen Vitamin C

Suplemen vitamin C ini mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Oleh itu, golongan yang menggunakannya haruslah berhati-hati dan menggunakannya atas nasihat dan arahan doktor sahaja. Antara kesan sampingan yang berikutan suplemen vitaimin C ini ialah seperti:

  • Kerosakan ginjal. Suplemen ini sangat bahaya kepada golongan yang mempunyai masalah dengan ginjal mereka. Hal ini kerana vitamin C berlebihan ini akan mengganggu fungsi ginjal dan lama kelamaan akan mengakibatkan kerosakan. Selain itu juga, suplemen vitamin C ini didapati boleh menghasilkan batu dalam ginjal dan ini boleh mendatangkan pelbagai masalah dengan saluran air kencing.

  • Cirit-birit serta sakit perut. Vitamin C ini pula bersifat asidik. Jadi, ianya akan mengganggu saluran pencernaan dalam badan dan menyebabkan berlakunya irritasi yang akan membawa kepada terjadinya cirit-birit serta sakit perut.

Hasil pengambilan suplemen Vitamin C

Suplemen vitamin C ini akan membuahkan hasil yang bernas bagi golongan yang mengamalkannya. Ia akan membantu kesihatan dalam pelbagai cara dan sekali gus memastikan kesihatan sentiasa sihat walafiat. Antara hasil yang boleh didapati dengan pengambilan suplemen vitamin C ini ialah seperti:

  • Wajah akan kelihatan cantik berseri
  • Kulit akan menjadi lebih putih dan lembut
  • Mengekalkan paras vitamin C dalam badan dengan optimum
  • Penyakit seperti scurvy dapat dielakkan
  • Gusi dan gigi akan sentiasa sihat dan tidak berdarah

Siapakah yang tidak sesuai mengambil suplemen Vitamin C

Seperti yang diketahui, suplemen vitamin C ini mempunyai banyak faedah dan amat digemari dalam kalangan wanita kerana dapat membantu menghasilkan kulit yang putih berseri. Namun demikian, terdapat segelintir wanita yang tidak boleh mengamalkan pengambilan suplemen vitamin C ini. Antara golongan tersebut ialah seperti:

  • Ibu yang menyusu anak
  • Wanita yang mengandung
  • Golongan yang mempunyai masalah kardiovaskular
  • Golongan yang alergik kepada vitamin ini
  • Golongan yang mempunyai kerosakan pada ginjal

Apakah pantang larang yang perlu diketahui apabila mengambil suplemen Vitamin C

Suplemen vitamin C ini mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik jika pengambilnya mengamalkan beberapa tabiat buruk. Antara tabiat yang harus dihentikan ialah seperti:

  • Berhenti merokok
  • Berhenti minum minuman beralkohol
  • Cuba elakkan minum minuman yang mengandungi caffeine
  • Cuba elakkan minum air kelapa

Saya berharap segala persoalan cik telah terjawab. Sekiranya cik mempunyai sebarang keraguan tambahan cik boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami pada laman www.doctoroncall.com.my

References