Ketahui Tentang Warna Air Kencing Dan Maksudnya Pada Kesihatan Badan Kita

Tahukah Anda Warna Air Kencing Boleh Menunjukkan Tahap Kesihatan?-DoctorOnCall
Anonymous
Hi Doktor! Saya Anusha dan umur saya 30 tahun. Selama ini, air kencing saya berwarna normal. Semenjak sehari yang lepas, air kencing saya tidak jernih dan kadangkala kemerahan. Saya juga mengalami sakit semasa kencing. Saya tiada penyakit kronik. Pada awal tahun lepas, adik saya didiagnos dengan penyakit buah pinggang dan sedang menjalani dialisis. Saya banyak membaca tentang penyakit buah pinggang dan mengesyaki keadaan saya sekarang disebabkan oleh jangkitan saluran kencing. Saya risau tentang warna air kencing saya. Adakah saya perlu berjumpa doktor atau cukup sekadar minum air dengan banyak untuk membersihkan saluran kencing? Saya juga ingin tahu tentang warna-warna air kencing dan puncanya.
Anonymous
Hi Doktor! Saya Anusha dan umur saya 30 tahun. Selama ini, air kencing saya berwarna normal. Semenjak sehari yang lepas,... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hi Anusha. Terima kasih untuk soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan anda, anda memang berkemungkinan sedang menghidapi jangkitan saluran kencing. Namun, terdapat punca lain yang boleh menyebabkan simptom-simptom anda seperti penyakit kelamin atau batu dalam saluran kencing. Sebaiknya anda berjumpa dengan doktor supaya sejarah kesihatan yang lebih mendalam boleh diambil dan ujian air kencing boleh dijalankan. Anda juga akan memerlukan ubat antibiotik sekiranya anda disahkan menghidapi jangkitan saluran kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan ini boleh merebak ke buah pinggang dan menyebabkan komplikasi yang serius. Saya akan menjelaskan tentang warna-warna air kencing yang berbeza dalam artikel DoctorOnCall di bawah.
Hi Anusha. Terima kasih untuk soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan anda, anda memang berkemungkinan sedang mengh... See More

Bagaimana Air Kencing Terhasil?

Badan kita menyerap nutrien dan vitamin daripada makanan yang kita ambil atau minum. Setelah melalui proses pencernaan, badan kita akan membuang sisa-sisa dalam darah dan usus. Sistem air kencing bekerjasama dengan paru-paru, kulit dan usus untuk mengekalkan keseimbangan bahan kimia dan air dalam badan kita serta membuang sisa toksin. Dalam sistem yang normal ,anda akan membuang air kencing beberapa kali dalam sehari. 

Sistem perkumuhan air kencing kita terdiri daripada ginjal, ureter, pundi kencing dan uretra. Darah kita akan melalui ginjal kita dan menapis sisa-sisa toksin yang terdapat dalam darah. Proses penghasilan air kencing merupakan satu proses yang rumit. Prosesnya meliputi penapisan, penyerapan semula dan akhirnya air kencing yang tepu dengan bahan toksin beserta air.

Ciri-Ciri Air Kencing Normal

Air kencing yang terhasil dalam sehari bergantung kepada banyak faktor seperti kuantiti air yang anda minum, tahap aktiviti anda, dan sebagainya. Anggaran jumlah air kencing yang dihasilkan ialah 1.5-2.5 L sehari. Kita akan membuang air kecil setiap 2-3 jam. Oleh itu, dalam sehari, anda akan ke tandas 6-8 kali untuk kencing. Air kencing yang terlalu banyak atau terlalu sedikit boleh membawa petanda bahawa kesihatan anda terancam.

Kandungan air kencing kita ialah 95% air. Baki 5% terdiri daripada bahan kumuhan seperti urea, asid urik, creatinine dan garam berlebihan. Bahan kumuhan yang memberi warna air kencing normal iaitu kuning kepada air kencing kita ialah urobilin. Urobilin merupakan bahan kumuhan daripada proses pecahan hemoglobin dalam sel darah merah ke heme dan akhirnya ke urobilin. 

Bau air kencing kita pula boleh bergantung kepada makanan atau minuman kita. Sekiranya anda minum kopi atau makan petai, bau ini boleh ada dalam kencing anda. 

Walaubagaimanapun, sekiranya bau air kencing anda berbau lain daripada biasa, ini mungkin menandakan jangkitan saluran kencing.

Tahap pH air kencing normal pula adalah lebih kepada asidik iaitu 5.5 - 7.0. Makanan tinggi protein dan alkohol boleh membuat air kencing lebih asidik dan mempercepatkan proses pembentukan batu karang. Buah buahan- dan sayur-sayuran pula meninggikan pH ke tahap alkali. 

Warna Air Kencing Dan Puncanya

Warna air kencing anda bergantung kepada makanan, jumlah air yang anda ambil, ubat yang anda makan dan sebagainya. Terdapat banyak warna yang jatuh dalam spektrum normal tetapi contoh warna di bawah dikira sebagai tidak normal.

  • Jernih (seperti air)- Ini menandakan anda minum terlampau banyak air. Walaupun anda dinasihatkan untuk minum banyak air, pengambilan air yang terlalu banyak boleh menyebabkan elektrolit dalam badan anda kurang. Ini boleh membawa masalah “water intoxication syndrome”. Namun, sekali-sekala air kencing anda jernih tidak menjadi masalah. Sekiranya pemerhatian anda mendapati air kencing anda sentiasa berwarna jernih, maka kurangkan pengambilan air anda ke 8 gelas sehari.
  • Merah atau merah jambu - air kencing warna merah jambu atau merah boleh berlaku setelah anda mengambil makanan seperti ubi bit merah, rhubarb dan blueberry. Namun, tanpa sejarah pengambilan makanan ini, warna merah boleh menandakan darah dalam air kencing anda. Masalah kesihatan yang dikaitkan dengan warna air kencing berdarah pula ialah kelenjar prostat yang membengkak, batu karang, jangkitan saluran kencing dan ketumbuhan. Masalah pembekuan darah dan senaman yang terlalu berat boleh juga menyebabkan pendarahan dalam saluran kencing.
  • Jingga- Anda mungkin sedang mengalami dehidrasi atau masalah dengan hempedu anda. Sekiranya najis anda berwarna kuning cair dan kencing anda berwarna jingga, maka doktor akan mengesyaki masalah hempedu. Pengambilan ubat seperti Rifampin dan Phenazopyridine juga antara punca air kencing warna jingga.
  • Biru atau hijau- Ini boleh dikaitkan dengan pewarna makanan dan penggunaan pewarna dalam ujian pemeriksaan saluran kencing. Jangkitan Pseudomonas Aeruginosa boleh menyebabkan air kencing anda berwarna biru, ungu atau indigo. Warna hijau selepas pembedahan boleh menandakan penggunaan ubat bius propofol dalam kuantiti yang tinggi. Walaubagaimanapun, warna air kencing ini jarang berlaku dan sering kali puncanya ialah makanan yang diambil.
  • Perang gelap- Biasanya warna perang menandakan dehidrasi. Namun ia juga boleh menjadi kesan sampingan ubat-ubatan termasuk metronidazole dan chloroquine. Dari segi makanan pula, rhubarb, aloe atau kacang parang yang dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak boleh menyebabkan warna perang gelap pada air kencing anda. Masalah kesihatan yang digelar prophyria boleh menyebabkan pengumpulan bahan kimia semula jadi dalam darah anda dan menyebabkan warna air kencing ini. Selain itu, warna air kencing yang seperti coca-cola juga boleh menandakan masalah hati. 
  • Kekapuran- Apabila anda mendapati air kencing anda tidak jernih dan berkapur, ini menandakan jangkitan saluran kencing. Ia juga boleh menandakan penyakit kronik dan masalah buah pinggang. Dalam beberapa kes, kencing yang kekapuran cuma menandakan dehidrasi. 

References