Sulit
2 tahun
Period datang berulang kali
Saya berusia 39 tahun 5 bulan. Pada 12 Mac 2022 saya datang bulan selepas sela masa 39 hari dr yg lepas. Saya telah buat pregnancy test dan jawapannya negatif. Selepas 6 hari, darah kotor saya kering. Pada 23 Mac saya bersama dengan suami sy seperti biasa. Keesokkan harinya ada stain darah pada panties sy. 25 mac juga begitu tapi lendir darah makin byk sehingga ke hari ini, 26 mac, lendir darah keluar seperti datang bulan semula berwarna kecoklatan. Adakah darah kotor sy belum habis keluar atau saya ada masalah lain?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Apabila berlaku haid yang beulang kali, seperti anda, hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
Gaya hidup aktif
berat badan berlebihan atau berkurangan
tekanan kehidupan
Fibroid dan polip
Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
Gangguan pendarahan
Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptiF
Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.