Kenali Jenis-Jenis Penyakit Asma & Ciri-Ciri Bagi Setiapnya

8 Jenis Asma Dan Ciri-Cirinya Yang Perlu Anda Ketahui - DoctorOnCall

Asma adalah penyakit jangka panjang paru-paru. Ia menyebabkan saluran pernafasan anda mengalami keradangan dan sempit apabila terdedah kepada faktor pencetus tertentu dan menyebabkan kesukaran bernafas. Serangan asma yang serius juga boleh menyebabkan seseorang sukar bercakap.

Walaupun secara amnya penyakit asma menyebabkan kesukaran bernafas, namun terdapat pelbagai pencetus asma dan ini membahagikan asma kepada beberapa jenis.

Terdapat 8 jenis asma yang pasti anda perlu tahu. Setiap jenis-jenis asma yang berbeza mungkin memerlukan jenis rawatan yang berbeza dan menunjukkan gejala yang berbeza.

Kenali Jenis-Jenis Asma

1. Asma Alergi

Asma alergi adalah gangguan keradangan kronik dimana paru-paru pesakit merengsa, dan saluran pernafasan anda mengecut apabila pesakit terdedah kepada alergen. Ia juga dikenali sebagai asma yang disebabkan oleh alahan.

Bagi orang yang mempunyai asma alahan, pendedahan kepada alergen mendorong sistem imun untuk merembeskan terlalu banyak imunoglobulin E (IgE). Ini menyebabkan saluran pernafasan membengkak, mengakibatkan gejala seperti sesak nafas dan nafas berbunyi berdehit (wheezing).

Antara alergen biasa yang boleh menyebabkan asma alergi termasuklah:

  • debunga

  • kulat

  • hama habuk

  • bulu haiwan peliharaan (serpihan kulit)

  • najis lipas

  • tikus


Bagi asma jenis ini, mengenali bahan pencetus atau bahan alergen membolehkan pesakit mengelakannya dan ini membantu mengurangkan kekerapan serangan asma. Ini boleh dilakukan dengan ujian alahan. 


Ujian alahan yang paling biasa ialah ujian cucukan pada kulit (skin prick test). Doktor anda akan mencucuk sedikit kulit anda dengan jarum yang disaluti dengan alergen. Selepas 15 minit, mereka akan melihat jika ada kemerahan, bengkak, dan gatal-gatal. Tanda-tanda ini menunjukkan tindak balas alahan.



2. Asma bukan alergi


Asma bukan alergi (non-allergy), atau asma bukan atopik, ialah sejenis asma yang tidak dicetuskan oleh alergen atau bukan disebabkan alahan seseorang terhadap bahan tertentu.


Asma bukan alahan sebaliknya dicetuskan oleh perkara lain seperti:


  • Jangkitan virus pernafasan

  • Senaman

  • Bahan perengsa bawaan udara

  • Tekanan

  • Ubat -ubatan dan beberapa bahan pengawet atau bahan dalam makanan

  • Keadaan iklim


3. Asma Bermusim

Setiap orang dipengaruhi secara berbeza oleh asma bermusim. Bagi sesetengah individu, udara sejuk pada musim sejuk menyebabkan saluran pernafasan mereka kejang, mengakibatkan batuk, semput, sakit dada dan sesak nafas.


Bilangan debunga yang tinggi pada musim bunga juga boleh menjadi pencetus asma, terutamanya bagi kira-kira 50% pesakit asma yang terjejas oleh alahan bermusim. Alahan adalah pencetus yang kerap.


Keadaan cuaca yang melampau seperti panas dan ribut petir boleh mencetuskan asma semasa musim panas dan musim luruh. Adalah dipercayai bahawa udara panas dan kelembapan boleh menyempitkan saluran pernafasan, sama seperti udara yang sangat sejuk. Selain itu, apabila suhu meningkat, jumlah bahan pencemar dan kulat di udara juga meningkat dan ini boleh mencetuskan asma.



4. Asma akibat Pekerjaan

Asma akibat pekerjaan disebabkan oleh penyedutan zarah seperti habuk, bahan kimia, asap atau rambut haiwan semasa bekerja. Anda mungkin menghidap asma akibat pekerjaan jika anda mengalami gejala asma baru di tempat kerja atau jika asma zaman kanak-kanak anda kembali.


Antara perengsa tempat kerja adalah seperti berikut:

  • Habuk

  • Gas

  • Asap

  • Wap


Asma akibat pekerjaan disahkan dengan mengambil sejarah perubatan yang lengkap dan melakukan pemeriksaan fizikal. Ujian lain untuk mendiagnosis COPD termasuk ujian fungsi paru-paru, ujian darah dan kahak, dan X-ray dada untuk mengesahkan ia bukan disebabkan oleh penyakit paru-paru lain.



5. “Adult-Onset Asthma” (Asma orang dewasa)


Adult-onset asthma berlaku apabila gejala bermula dan dikesan pada individu yang berumur lebih daripada 20 tahun. Orang dewasa yang menghidap asma lebih berkemungkinan mengalami alahan. Asma yang bermula pada usia dewasa biasanya disebabkan oleh perengsa yang sering wujud di tempat kerja atau rumah, dan gejala muncul tanpa diduga.


Adult-onset asthma adalah lebih biasa dalam kalangan:


  • Wanita yang mengalami perubahan hormon, seperti kehamilan atau menopaus

  • Wanita yang menggunakan estrogen selama 10 tahun atau lebih selepas menopaus

  • Orang yang baru-baru ini menghidap jangkitan virus atau penyakit seperti selsema 

  • Mereka yang mempunyai alahan khususnya, kepada kucing

  • Asap tembakau, kulat, habuk, dan minyak wangi adalah contoh perengsa yang ada di persekitaran anda



6. “Childhood Asthma” (Asma Kanak-kanak)

Asma kanak-kanak adalah sama seperti asma dewasa, namun gejalanya boleh menjadi lebih serius pada kanak-kanak. Jika anak anda menghidap asma, jangkitan saluran pernafasan, habuk atau debunga boleh merengsakan paru-paru dan saluran pernafasan mereka dengan lebih mudah. Gejala mungkin mengganggu aktiviti harian atau tidur. Episod asma mungkin boleh memerlukan rawatan di hospital..

Pencetus biasa:

  • Jangkitan saluran pernafasan: Selsema, radang paru-paru dan jangkitan sinus

  • Alergen: Alah kepada lipas, hama habuk, kulat, bulu haiwan peliharaan dan debunga

  • Bahan perengsa: Pencemaran, bahan kimia, udara sejuk, bau dan merokok mungkin mengganggu paru-paru mereka.

  • Senaman: Ia menyebabkan semput, batuk, dan sakit dada.

  • Tekanan: Ia mungkin menyebabkan sesak nafas dan memburukkan gejala.



7. Asma Nokturnal


Gejala asma meningkat pada waktu malam dengan asma nokturnal. Asma jenis ini boleh menjejaskan kualiti tidur. Menghidap asma pada waktu malam juga mungkin menunjukkan tahap penyakit asma yang teruk atau kawalan asma yang lemah. Mereka mungkin mengalami kemerosotan fungsi paru-paru dan meningkatkan sensitiviti saluran pernafasan.


Beberapa pencetus biasa asma nokturnal termasuk yang berikut:


  • Alergen di dalam bilik tidur seperti hama habuk, rambut haiwan peliharaan, atau kulat

  • Baring terlentang

  • Udara yang sejuk pada waktu malam

  • Tekak kering

  • Pelbagai masalah kesihatan yang lain


Kanak-kanak yang menghidap asma nokturnal kadangkala sukart dikesan. Gejala yang perlu diperhatikan termasuk bunyi nafas berdehit (wheezing), mengantuk pada siang hari, tidur terganggu dan masalah fokus di sekolah.


8. Exercise-Induced Asthma - Asma Akibat Senaman

Asma juga boleh dicetuskan oleh senaman. Sebanyak hampir 90% penghidap asma boleh mendapat serangan asma ketika bersenam, bersukan atau melakukan aktiviti fizikal yang berat. Namun, menariknya, asma ketika bersenam juga boleh dihadapi oleh mereka yang tiada asma.


Asma yang berlaku ketika bersenam, bersukan atau ketika aktiviti fizikal ini juga dipanggil exercise induced asthma atau exercise induced bronchoconstriction. Di mana saluran bronkus mengecut ketika aktiviti ini dilakukan.


Keadaan persekitaran ketika aktiviti ini dilakukan juga boleh mempengaruhi atau mencetuskan asma jenis ini, contohnya:


  • Bahan kimia seperti klorin di dalam air ketika berenang

  • Sukan yang melibatkan persekitaran sejuk seperti hoki ais atau luncur ais

  • Menghirup udara yang tercemar ketika aktiviti seperti berlari, berjoging atau berbasikal


Serangan asma jenis ini boleh berlaku ketika senaman atau aktiviti sukan dilakukan sehingga 10-15 minit selepas aktiviti dihentikan, Namun sesetengah individu boleh mengalami serangan yang lebih lama dan serius dan memerlukan bantuan perubatan.



Mengenali jenis-jenis asma anda sama seperti mengetahui pencetus asma anda dan membolehkan anda bersedia dengan ubat pelega atau berhati-hati melakukan aktiviti mengikut kemampuan anda. Asma tidak seharusnya menghalang anda daripada menikmati hidup anda sepenuhnya. Rujuk kepada doktor anda tentang cara-cara mengawal asma dan mengelakkan serangan asma yang kerap. 



Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall