Mari Kenali Lebih Lanjut Tentang Apa Itu Penyakit Asma Alergi

Mengenali Asma Alergi - Gejala, Penyebab, Rawatan - DoctorOnCall

Walaupun serangan asma seorang pesakit boleh dicetuskan oleh pelbagai perkara, namun, hampir 90% penghidap asma kanak-kanak dan 50% penghidap asma dewasa mempunyai alergi atau boleh mendapat serangan asma akibat oleh alahan kepada bahan tertentu. Ini dipanggil asma alergi atau 'allergic asthma'. 


Apakah maksud alergen?

Alergen adalah bahan kimia yang menimbulkan tindak balas alahan pada manusia. Alergen boleh masuk ke dalam badan melalui pernafasan, menelan, sentuhan, atau suntikan.

Apakah maksud alergi/alahan?

Sistem imun anda melindungi anda daripada kuman dan virus. Tetapi alahan menyebabkan sistem imun bekerja berlebihan atau lebih sensitif berbanding sistem imun mereka yang normal atau tidak mempunyai alergi/alahan. 

Bagi mereka yang mempunyai alahan, tubuh mereka akan bertindak balas dan menghasilkan antibodi apabila terdedah kepada bahan alergen.

Apabila ini berlaku, tubuh akan menghasilkan antibodi IgE yang menggalakkan berlakunya keradangan dengan melepaskan bahan seperti histamin. Ini menyebabkan anda mengalami hidung berair, mata gatal dan bersin.


Apa maksud asma alergi?

Bagi mereka yang menghidap asma alergi, mereka biasanya akan mendapat serangan asma apabila terdedah dengan alergen. Ini berlaku kerana tahap IgE tinggi yang dirembeskan hasil tindak balas sistem imun terhadap alergen tadi boleh menyebabkan keradangan dan bengkak pada saluran udara sekaligus menyempitkan dan menyukarkan pernafasan.

Tindak balas ini juga boleh menyebabkan rembesan lendiran di ruangan saluran pernafasan yang lebih memburukkan keadaaan.

Sebab itulah, mereka yang mempunyai masalah asma alergi perlu mengetahui bahan alergen atau bahan alahan agar dapat mencegah daripada serangan asma.


Pencetus Asma Alergi

Alergen atau bahan alahan boleh jadi berbeza bagi setiap penghidap asma jenis alergi. Namun, berikut adalah antara bahan alahan yang sering menjadi pencetus dalam kalangan penghidap asma alergi.

Antara penyebab asma alergi adalah:

  • debunga

  • kulat

  • hama habuk

  • kelemumur (serpihan kulit)

  • najis lipas

  • tikus

  • Debunga daripada pokok, rumput dan rumpai boleh menyebabkan gejala alahan anda bertambah teruk semasa musim tertentu.

  • Makanan tertentu seperti makanan laut bercengkerang

  • Pengawet makanan

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa tidak semua bahan yang disenaraikan menyebabkan asma disebabkan oleh individu tersebut alah kepadanya. Sesetengah bahan boleh menyebabkan keradangan kerana sifat toksiknya atau menyebabkan jangkitan.

Contohnya:

  • Asap rokok

  • Kulat

  • Pencemaran udara

  • Pewangi rumah atau pewangi tubuh

  • Bahan kimia daripada bahan pencuci

Gejala Asma Alergi

Asma alahan mempunyai banyak gejala yang sama seperti bentuk asma yang lain. Gejala termasuk:

  • Sukar bernafas atau sesak nafas

  • Banyak batuk pada waktu malam.

  • Bunyi bersiul semasa bernafas (wheeze)

  • Sakit dada (terasa seperti ada sesuatu menekan atau menghimpit dada).

Mereka yang menghidap asma alahan juga boleh mendapat gejala alahan yang lain seperti:

  • Hidung tersumbat.

  • Gatal, mata berair

  • Bersin

  • Ruam dan gatal-gatal pada kulit


Bagaimanakah asma alahan disahkan?

Untuk mengesahkan sekiranya anda menghidap asma jenis alergi atau asma alahan atau tidak, anda boleh merujuk kepada doktor anda. Doktor mungkin melakukan ujian darah atau ujian alergi pada kulit untuk mengesahkan alahan.

Selain itu, ujian-ujian seperti spirometri, ujian hembusan nitrik oksida (FeNO) dan ujian provokasi bronkus juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti diagnosis asma alahan termasuk pemeriksaan fizikal lengkap dan pengambilan maklumat sejarah kesihatan.


Rawatan Asma Alergi


Doktor anda mungkin menetapkan beberapa ubat untuk merawat asma anda. Antaranya ialah:

  • Ubat pelega: short-acting beta agonists atau ubat antikolinergik yang merawat gejala asma dengan cepat. Juga dipanggil reliever, biasanya dalam bentuk inhaler pelega/reliever inhaler.

  • Inhaler atau nebulizer untuk kegunaan harian (seperti kortikosteroid yang disedut atau long acting beta agonist) bagi mengawal gejala.

  • Ubat oral atau suntikan dengan kesan anti-radang (seperti kortikosteroid oral atau pengubah leukotrien) digunakan untuk merawat gejala asma sederhana hingga tahap serius dan juga boleh membantu dengan gejala alahan.


Bergantung pada gejala anda, terapi alahan mungkin termasuk:

  • Antihistamin: bagi mengurangkan tindak balas alahan seperti gatal-gatal.

  • Imunoterapi (suntikan alahan): membantu badan anda menjadi kurang sensitif terhadap alergen dan mungkin diperlukan jika gejala anda serius.


Bolehkah asma alahan dicegah?

Serangan asma alahan boleh dikurangkandengan mengenal pasti pencetus dan mengawal persekitaran. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diikuti

  • Kurangkan berada di luar rumah ketika musim bunga.

  • Jauhi hama dan habuk pastikan persekitaran tempat tinggal anda bersih.

  • Kawal kelembapan di dalam rumah untuk mengelak pertumbuhan kulat

  • Kenal pasti alahan terhadap haiwan peliharaan

  • Pastikan dapur dan bilik mandi anda bersih dan kering untuk mengelak tumbuhnya kulat

  • Pilih penapis udara yang betul

  • Berhati-hati melakukan kerja di luar dan pakai pelitup muka yang sesuai jika perlu berada dalam situasi yang mendedahkan anda dengan alergen


Rujukan:

* Inisiatif konsultasi doktor percuma disokong dan ditanggung sepenuhnya oleh DoctorOnCall