Bercakap Dengan Doktor Percuma

Rawati masalah mati pucuk melalui telefon

BERCAKAP DENGAN DOKTOR KAMI YANG PAKAR DALAM MERAWAT MATI PUCUK

Dengan menekan butang ”TANYA DOKTOR”, anda mengesahkan persetujuan denganTerma Penggunaan & Dasar Privasi

doktor bersedia untuk membantu

Pertanyaan mengenai Mati Pucuk

Apakah Mati Pucuk?

Mati pucuk atau lebih dikenali sebagai lemah tenaga batin boleh didefinisikan sebagai penyakit semula jadi di mana zakar seseorang lelaki tidak dapat menegang ketika ingin melakukan hubungan seks. Ia juga merujuk kepada ketidakupayaan seorang lelaki untuk mengekalkan ketegangan alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan seks.

Rawatan Untuk Mati Pucuk?

  • Cara merawat Mati Pucuk adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
  • Ubat mati pucuk paling berkesan dan selamat di pasaran ialah Viagra, Iqnyde, Cialis, Levitra. Anda boleh dapatkan ubat mati pucuk di farmasi.Ubat sapu krim bernama alprostadil boleh digunakan oleh pesakit mati pucuk.
  • Alprostadil juga merupakan salah satu ubat yang membantu menambah diameter saluran darah pada zakar bagi meningkatan perjalanan darah ke kawasan tersebut. ubat krim ini perlu disapu di bahagian hujung zakar dan disekelilingnya 5 hingga 30 minit sebelum hubungan seks diadakan. Satu picagari kecil akan turut diberi bagi membantu pesakit menggunakan ubat ini.
  • Suntikan ubat Alprostadil,sebelum ubat makan digunakan secara meluas, cara juga suntikan biasa digunakan oleh para pesakit. Ubat adalah sama iaitu alprostadil. Pesakit akan diajar cara untuk menyuntik ubat di pangkal zakar. Tindakan ini akan membantu meningkatkan aliran darah ke zakar, dan ereksi akan berlaku dalam masa 15 minit. Berbeza dengan ubat makan PDI, ereksi akan tetap berlaku tanpa keinginan seks.
  • Ubat pelet Alprostadil,Pelet alprostadil berbentuk peluru kecil digunakan dengan cara memasukkannya ke dalam bukaan saluran kencing. Ubat ini boleh diserap dengan cepat dan membantu ereksi berlaku dalam jangka masa 15 minit.Alatan Vakum,alat ini mengaplikasikan ruang vakum bagi membolehkan ereksi berlaku. Pesakit perlu memasukkan zakar ke dalam alatan vakum plastik yang diberi oleh doktor. Setelah itu, udara yang berbaki di dalam alat plastik tersebut perlu dikeluarkan. Cara ini membantu mengepam darah ke bahagian zakar lalu menghasilkan ereksi.
  • Selepas ereksi berlaku, alat berupa getah akan diletakkan di pangkal zakar bagi mengekalkannya. Alat vakum plastik kemudian dialih sebelum meneruskan hubungan seks. Getah tadi perlu dilepaskan dalam masa 30 minit atau pembengkakan boleh berlaku.Prostesis Zakar,doktor bedah juga boleh memasukkan rod ke dalam zakar secara kekal bagi menyelesaikan masalah ini.Rawatan lemah tenaga batin juga terdiri daripada kaedah pengubahsuaian gaya hidup iaitu dengan pengubahsuaian gaya hidup termasuklah dengan bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat ,menguruskan stres.

Bagaimanakah ubat kuat zakar bertindak?

  • Bagi memahami cara ubat kuat zakar bertindak, terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang bagaimana proses ereksi berlaku.
  • Apabila seseorang terangsang secara seksual, signal akan dihantar daripada otak kepada zakar melalui sistem saraf bagi menghasilkan ereksi.
  • Signal ini juga membantu saluran darah arteri di zakar mengembang lalu berlaku peningkatan darah pada organ tersebut. Saluran arteri yang mengembang ini pula akan menekan tisu dan kapilari yang berada di sekelilingnya.
  • Perkara ini menyebabkan darah tidak boleh keluar semula daripada zakar lalu menyebabkan ketegangan atau ereksi.
  • Ubat kuat zakar membantu melancarkan proses ini sekiranya seseorang mempunyai penyakit yang menyebabkan dia tidak mampu mencapai atau mengekalkan ereksi dalam tempoh yang diingini.
  • Apa-apa penyakit yang mengganggu sistem saraf atau sistem saluran darah, boleh menyebabkan kegagalan proses ini. Selain itu, beberapa penyakit lain seperti masalah hormon juga boleh menyebabkan kegagalan ereksi.
  • Anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat daripada doktor-doktor kami untuk mengetahui hasil ubat kuat zakar dan kesan sampingannya di laman web www.doctoroncall.com.my

Apakah Punca Mati Pucuk?

  • Punca mati pucuk yang dapat dikenal pasti adalah kerana pengaliran darah yang tidak mencukupi atau terdapat halangan yang menyebabkan aliran darah berkurangan atau tersekat,justeru menyebabkan ketegangan alat kelamin lelaki tidak dapat dicapai pada tahap yang memuaskan.Justeru itu,masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah dan menyebabkan aliran darah yang tidak memuaskan .
  • Penyakit mental seperti kemurungan serta kebimbangan juga memberi implikasi negatif kepada aliran darah.Hormon juga salah satu faktor yang diperlukan untuk penengangan zakar ,oleh kerana itu hormon seperti ‘Testosterone’, ‘Endorphin’ dan hormon tiroid.Kecederaan secara langsung kepada alat kelamin lelaki juga menyebabkan aliran darah terjejas.Kegagalan hati dan buah pinggang juga boleh memberi kesan kepada hormon.
  • Penyakit Parkinson boleh menyebabkan hormon ‘Dopamine’ berkurangan lantas menyebabkan ganguan kepada pengekalan ketegangan zakar.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ‘Amphetamines’,’Barbiturates’ serta pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain juga menyumbang kepada Mati pucuk.Sila tanya doktor di laman web www.doctoroncall.com.my sekarang untuk penerangan lebih lanjut.

Cara untuk mengelakkan Mati Pucuk?

  • Mati pucuk dapat dicegah melalui pengubahsuaian gaya hidup yang lebih sihat.Antaranya dengan bersenam lebih kerap,mengamalkan diet yang sihat ,menguruskan stres serta berhenti merokok dan memastikan tekanan darah dan penyakit kencing manis terkawal.
  • Lebih-lebih lagi pengunaan dadah terlarang seperti ganja,cocain serta pengambilan alkohol menjejaskan pengaliran darah ke zakar.Oleh sebab itu,hormon juga akan berkurangan lantas menyebabkan seseorang mengalami mati pucuk dan ketidakpuasan semasa hubungan seks.
  • Justeru,anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kami untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan nasihat-nasihat yang amat diperlukan dalam penyakit lemah tenaga batin ini.

Siapakah yang berisiko mendapat Mati Pucuk?

Risiko bagi masalah Mati Pucuk adalah sama dengan risiko dalam penyakit berkaitan kardiovaskular (jantung dan saluran darah). Antaranya adalah seperti:

  • Kurang bersenam
  • Obesiti
  • Merokok
  • Hiperkolestrolemia (tinggi kolestrol dalam darah)
  • Tekanan darah tinggi (hipertensi)
  • Sindrom metabolisme (Metabollic Syndrome)
  • Kencing manis (Diabetes mellitus)

Oleh itu, mereka yang mempunyai mana-mana risiko diatas perlulah mula mengubahnya dari sekarang,Sila tanya doktor di laman web www.doctoroncall.com.my sekarang untuk penerangan lebih lanjut.

Promosi Terkini

Ubati masalah mati pucuk online

Ingin menyembuhkan mati pucuk oleh doktor? Adakah kehidupan seks hubungan kelamin anda tidak memuaskan dan anda tidak mendapat ereksi yang anda harapkan? Anda fikir ia mati pucuk dan mahu menerima rawatan ereksi oleh doktor melalui internet. Ketahui simptom-simptom gejala mati pucuk yang sudah dikaji dan dirawat oleh doktor terbaik di Malaysia melalui Internet.

Servis Perubatan Tele-Konsult Pertama Di Malaysia

Hubungi seorang doktor sekarang

Hubungi pakar kesihatan-lelaki