Keputihan (Vaginal Discharge) Semasa Hamil - Fakta, Rawatan, Penyebab, Analisis, Ubatan

Anonymous

Hai Doktor, saya wanita berumur 39 tahun dan saya sudah berkahwin. Saya mempunyai 3 orang anak dan sekarang ini saya tengah mengandung anak ke empat. Saya sedang mengalami masalah keputihan (Vaginal Discharge) sejak 2 bulan lepas. Saya perasan ia berlaku selepas saya kencing. Keputihan yang saya mengalami ini ada juga bersama dengan kegatalan di faraj saya. Kegatalan itu sangat teruk sehingga saya tidak rasa selesa terutamanya sekali ketika saya banyak berjalan. Saya ada pakai sabun cucian untuk alat sulit tetapi gatal itu masih tidak hilang.
Kadang-kadang saya perasan warna keputihan saya ada keluar sedikit warna kekuningan. Saya tidak ada rasa sakit ketika kencing tetapi selepas kencing, saya perasan faraj saya ada berbau hanyir walaupun saya sudah membasuhnya dengan sabun. Saya terpaksa memakai panty liner kerana keputihan agak banyak juga dan kena tukar panty liner 3 atau 4 kali sehari. Ketika saya bersetubuh dengan suami, saya rasa sakit di bawah tetapi masih boleh teruskan.
Saya memerlukan sangat-sangat pertolongan doktor. Bagaimana harus saya mengatsai masalah ini? Saya agak segan untuk pergi ke klinik untuk bercakap tentang perkara ini. Harap doktor dapat membantu saya dalam masalah ini. Terima Kasih.

Anonymous
Hai Doktor, saya wanita berumur 39 tahun dan saya sudah berkahwin. Saya mempunyai 3 orang anak dan sekarang ini saya ... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Hi, terima kasih di atas soalan puan. Saya akan memberi penerangan sedikit sebanyak mengenai keputihan di faraj. Masalah Keputihan ini adalah masalah biasa dialami oleh ramai wanita dan tidak mengenal usia ataupun status perkahwinan. Namun begitu keputihan yang berlebihan bakal mengundang pelbagai masalah. Selalunya, lendir yang keluar di faraj adalah jernih atau berwarna putih. Jika warna keputihan tidak berubah menjadi warna kekuningan atau kehijauan ia menandakan tiada jangkitan berlaku. Keputihan yang tidak berbau dan tidak mengeras adalah normal tetapi sekiranya keputihan itu berbau hanyir dan mengeras bermakna ia adalah keputihan yang bermasalah Seperti yang diterangkan, keputihan di faraj yang berwarna hijau atau kekuningan, berbau busuk, atau disertai dengan kemerahan atau gatal-gatal, adalah tanda-tanda anda mengalami jangkitan faraj. Salah satu jangkitan yang paling biasa semasa hamil adalah jangkitan kulat candida, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Penyebab lain yang tidak normal adalah jangkitan bakteria seperti bakteria Vaginosis. Jika kes-kes berkaitan dengan jangkitan faraj perlu diingatkan supaya tidak merawat diri anda sendiri dengan ubat-ubatan yang di beli di kaunter farmasi. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat dan rawatan yang betul. Keputihan ialah cecair atau lendir yang keluar dari faraj wanita. Tugas keputihan adalah untuk megimbangkan pH dan bakteria semulajadi di sekeliling faraj wanita. Ia bertindak sebagai pencuci semulajadi untuk membasmi bakteria-bakteria yang tidak diingini. Jikalau pH faraj menjadi tidak seimbang, ia mudah bagi bakteria atau kulat menjangkiti faraj menyebabkan pertukaran warna, ketul-ketulan dan bau yang amat tidak menyenangkan.
Hi, terima kasih di atas soalan puan. Saya akan memberi penerangan sedikit sebanyak mengenai keputihan di faraj. Masala... See More

Apakah Jenis Keputihan Yang Perlu Diketahui Semasa Hamil?

  • Kepekatan dan jumlah lendir keputihan faraj bergantung kepada kitaran haid bagi setiap wanita. Keputihan yang tidak disertai dengan gatal-gatal, tidak ada bau dan tidak menyebabkan ketidakselesaan di faraj dianggap sebagai keputihan yang normal.
  • Keputihan berwarna hijau saat hamil menunjukkan anda mempunyai jangkitan bakteria atau jangkitan kulat di faraj. Kebiasaanya jenis keputihan ini disertai bersama gatal-gatal, rasa pedih ketika kencing atau rasa sakit ketika bersetubuh. Anda akan sedar faraj anda akan mengeluarkan bau busuk seperti bau ikan hanyir.

Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.

Apakah Petua Bagi Hilangkan Keputihan Semasa Hamil?

  • Secara umumnya, ia adalah satu perkara yang biasa bagi ibu-ibu yang mengalami keputihan ketika hamil. Selagi lendir keputihan kelihatan jernih atau putih, tiada bau atau tidak berasa pedih pada kulit di faraj, keputihan ini dianggap normal.
  • Bagi mengelakkan keputihan berjangkit, ibu-ibu harus memastikan kemaluan sentiasa bersih dan kering selepas membuang air kecil atau besar
  • Basuh kemaluan dengan air yang banyak bersama sabun tanpa pewangi atau tidak meletakkan sebarang wangian di kelilingnya
  • Sentiasa menukar “panty liner” dan pastikan ia kering kerana kelembapan di panty liner atau pun seluar dalam menjadi salah satu punca jangkitan keputihan berlaku.
  • Jangan bilas faraj dengan tekanan air kuat (douching) kerana ia akan merengsakan lapisan faraj dan menganggu keseimbangan bakteria semulajadi.
  • Memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas dan tidak memakainya ketat bagi memberi aliran pengudaraan di sekeliling faraj.
  • Memakan makanan yang berkhasiat dan hindar dari memakan makanan berminyak.
  • Memperbanyakkan minum air putih supaya badan anda sentiasa sihat dan mampu mengawal jangkitan bakteria di faraj.
  • Memakai kondom bagi mengelakkan jangkitan kepada suami.

Adakah Normal Mendapat Keputihan Berwarna Hijau Saat Hamil?

  • Tidak! Jika anda mendapat keputihan berwarna hijau ketika hamil, ini menandakan anda mempunyai jangkitan daripada penyakit kelamin (STDs) yang bernama Trichomoniasis.
  • Keputihan daripada Trichomononiasis berbau busuk dan biasanya lebih kepada berwarna kekuning-kuningan daripada hijau tulen. Persetubuhan dan kencing boleh menyebabkan ketidakselesaan, dan kawasan kemaluan mungkin berasa gatal-gatal. Kesakitan pinggul juga mungkin berlaku tetapi tidak selalunya terjadi.
  • Trichomoniasis mudah untuk dikesan dengan melakukan uji sampel keputihan dan ia biasanya dirawat dengan terapi antibiotik.
  • Ingat! Pentingnya anda untuk mendapatkan rawatan segera berkenaan dengan masalah ini terutamanya sekali jika anda sedang hamil.
  • Jika keputihan hijau anda disertai dengan demam panas yang tinggi (lebih tinggi daripada 38 darjah Celsius), sakit perut teruk atau sakit di bahagian pelvikperubahan status mental, kekeliruan, mual dan muntah yang teruk, atau nadi lemah, segera dapatkan pertolongan daripada doktor dengan cepat!

Selain daripada Trichomoniasis, terdapat pelbagai jenis keputihan ketika hamil yang disebabkan oleh bakteria-bakteria yang berbeza. Ia adalah:

  • Gonorrhea: Ia boleh menyebabkan rasa kepedihan ketika kencing atau sentiasa kerap kencing. Ia juga mengeluarkan keputihan berwarna kekuningan, kelihatan kemerahan dan bengkak pada kulit kemaluan dan gatal-gatal pada kawasan faraj.
  • Chlamydia: Seperti Gonorrhea, ibu-ibu yang mendapat jangkitan Chlamydia akan mengalami jumlah keputihan berwarna kekuningan yang banyak serta boleh melibatkan jangkitan di saluran kencing.
  • Vaginosis Bakteria (BV): Tanda-tanda BV adalah bau hanyir keluar dari faraj, terutamanya selepas anda melakukan hubungan seks. Ia mempunyai keputihan yang licin, berair, dan keputihan bagi BV berwarna putih atau kelabu. Anda perlu mendapatkan rawatan segera untuk BV kerana ia mungkin menjadi penyebab bersalin pramatang.
  • Jangkitan Yis: Simptom bagi jangkitan yis adalah gatal-gatal dan kemerahan pada kulit sekeliling faraj yang menyebabkan kesakitan di dalam faraj. Anda akan merasa pedih di dalam faraj ketika menjalankan hubungan seksual atau kencing. Keputihan bagi jangkitan yis bercirikan lendir yang tebal berwarna putih menyerupai keju dan juga tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Apakah Ubat-Ubatan Untuk Merawat Keputihan Yang Bermasalah?

  • Vaginosis Bakteria (BV): Anda mungkin diberi antibiotik dalam bentuk pessari, gel atau krim (yang dimasukkan ke dalam faraj) atau tablet yang diambil oleh mulut

  • Jangkitan Yis: Biasanya dirawat dengan pessari ataupun ubat krim.

  • Chlamydia: Anda akan diberi  Pil antibiotik.

  • Gonorrhea: Rawatan yang disarankan untuk gonorrhea adalah antibiotik yang diberikan secara suntikan. Anda juga akan diberikan antibiotik dalam bentuk tablet pada masa yang sama untuk membantu merawat jangkitan Chlamydia (kerana pesakit mudah  mendapat kedua-dua jangkitan itu pada masa yang sama).

(Semua ubat-ubatan yang disebutkan di atas harus mendapatkan konsultasi dan preskripsi dari doktor yang berdaftar)


Bilakah Anda Perlu Pergi Ke Klinik?

  • Apabila keputihan anda berwarna kuning, hijau atau coklat.
  • Apabila keputihan anda mengeluarkan bau busuk seperti bau hanyir (BV).
  • Apabila keputihan anda menyebabkan gatal-gatal dan kemerahan pada kulit faraj.
  • Apabila keputihan anda disertai dengan pedih ketika kencing atau melakukan hubungan seks.

Saya berharap penerangan yang telah diberikan boleh menyelesaikan sedikit sebanyak keraguan puan. Jika puan masih mempunyai soalan tentang masalah ini, puan boleh berbincang dengan lebih lanjut dengan doktor kami. Terima Kasih.

Layari laman web www.doctoroncall.com.my untuk maklumat lanjut.


Jangan biarkan masalah keputihan menganggu kehidupan seharian anda. Dapatkan nasihat daripada pakar sakit puan.

References