Ketahui Punca-Punca Tidak Datang Haid Dan Rawatan Yang Mungkin Berkesan

Rawatan Untuk Masalah Kitaran Period Tidak Teratur Dan Turun Darah-DoctorOnCall
Anonymous
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Haid saya semenjak dari dulu lagi tidak teratur. Selepas bersalin saya tidak mengambil apa-apa ubat perancang dan saya cuma menggunakan kaedah ‘withdrawal’. Sebelum ini haid datang seperti biasa tiap-tiap bulan tetapi 3 bulan ini masih tidak datang lagi. Kalau saya mengambil pil period dan contohnya, kalau saya mengandung, adakah period saya akan datang juga dan adakah pil itu boleh memberi kesan kepada kandungan saya? Terima kasih kerana sudi menjawab.
Anonymous
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Haid saya semenjak dari dulu lagi tidak t... See More
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda, ‘Pil period’ yang digunakan umum iaitu pil perancang kecemasan biasanya bertindak secara hormon untuk menipiskan dinding endometrium rahim yang seterusnya menyebabkan turun darah. Untuk kehamilan pula, ianya memerlukan dinding endometrium yang tebal bagi memastikan janin menempel pada dinding rahim. Sekiranya anda mengambil ‘pil period’ tersebut, kemungkinan besar janin yang belum cukup matang turut turun bersama darah haid. Namun, terdapat pelbagai punca seseorang boleh tidak datang haid. Rawatannya juga berbeza mengikut punca. Baca artikel di bawah untuk penjelasan lebih lanjut.
Salam sejahtera. Terima kasih untuk soalan anda, ‘Pil period’ yang digunakan umum iaitu pil perancang kecemasan biasanya... See More

Punca Tidak Datang Haid

Kebanyakan wanita mempunyai anggaran kitaran haid 28 hari. Namun, ia masih normal untuk mempunyai kitaran haid yang sedikit pendek atau lebih panjang daripada 28 hari (21-40 hari). Terdapat segelintir wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Haid mereka mungkin lebih awal atau lebih lewat dengan tempoh datang haid dan aliran darah yang berbeza. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kitaran haid anda terganggu atau berhenti. 

  • Kehamilan- Anda mungkin hamil sekiranya anda aktif secara seksual dan haid datang lambat selepas bersetubuh. Kehamilan merupakan punca yang paling lazim untuk masalah haid lewat. Walaupun anda menggunakan kaedah perancangan keluarga, masih terdapat kemungkinan kehamilan boleh berlaku kerana kaedah tersebut mungkin gagal. Anda digalakkan untuk menunggu 2 minggu setelah haid lewat untuk mengambil ujian air kencing kehamilan. 
  • Tekanan emosi- Sistem tindak balas terhadap tekanan badan berakar pada bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus. Apabila tahap tekanan memuncak, otak akan memberitahu sistem endokrin untuk membanjiri badan dengan hormon yang menghidupkan mod lari atau lawan (fight-or-flight response). Hormon ini menindas fungsi yang tidak penting untuk menghindari ancaman yang akan berlaku, termasuk sistem reproduktif anda. Sekiranya anda mengalami banyak tekanan, badan anda dapat terus berada dalam mod lari atau lawan. Mod ini membuat anda berhenti ovulasi buat sementara waktu, lantas boleh melambatkan haid anda.
  • Kehilangan berat badan secara mendadak atau berat berlebihan- Perubahan dalam berat badan yang mendadak boleh mengganggu garis masa kitaran haid anda. Peningkatan atau pengurangan peratusan lemak dalam badan anda boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Sekatan kalori yang sangat rendah akan mengganggu penghasilan hormon dari otak yang mengawal ovulasi anda. Tiada ovulasi bermaksud tiada haid. Selain itu, obesiti boleh menyebabkan tahap estrogen anda berlebihan lalu mengganggu kekerapan anda datang haid. Estrogen merupakan salah satu hormon di samping progesteron yang mengawal kitaran haid anda.
  • Terlampau banyak bersenam-Sekiranya anda seorang atlet atau sedang cuba untuk mengurangkan berat badan, senaman yang berat mungkin akan membakar lebih kalori daripada yang anda makan atau anda membakar lemak secara mendadak. Oleh itu, anda mungkin tidak akan ada ovulasi dan haid anda mungkin lewat.
  • Menggunakan pil kontraseptif atau pil perancang- Ramai yang perasan kitaran haid mereka lebih teratur apabila mengambil pil perancang. Hal ini kerana pil ini mengandungi hormon estrogen dan progesteron. Namun, ada juga yang mengalami haid tidak teratur untuk beberapa bulan pertama setelah memulakan kaedah perancangan ini. Anda mungkin juga boleh tidak datang haid atau datang haid dengan sedikit sahaja kerana pil hormonal ini berfungsi dengan menyebabkan lapisan endometrium rahim anda nipis sehingga tidak cukup untuk anda datang haid. Setelah anda berhenti mengambil pil ini, haid anda juga boleh menjadi tidak teratur kerana hormon dalam badan anda sedang cuba untuk kembali ke tahap garis dasar. 
  • Menopaus- Fasa dalam kehidupan wanita ini bermaksud ovulasi tiada lagi dan tahap estrogen sedang menurun. Maka, wajarlah sekiranya haid anda tidak muncul berdekatan menopaus. Anggaran umur untuk wanita datang menopaus ialah 45-55 tahun.
  • Polycystic ovary syndrome (PCOS)- Penyakit ini merupakan keadaan di mana ovari anda terdapat banyak folikel yang kurang matang di mana telur membesar. Hal ini menyebabkan telur tersebut tidak dapat dilepaskan lalu tiada ovulasi yang berlaku.

Haid boleh juga lewat sebagai kesan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes yang tidak terkawal, masalah kelenjar tiroid dan menopaus yang terlalu awal.

Rawatan

Rawatan, jika perlu, adalah berdasarkan punca anda tidak datang haid.

  • Sekiranya pil perancang anda menyebabkan haid anda tidak teratur, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk memberi pilihan pil lain atau kaedah perancangan keluarga yang lain.
  • Terapi hormon akan diberi kepada mereka yang mempunyai masalah gangguan hormon. Sebagai contoh, ubat hormon tiroid akan diberi untuk mereka yang mempunyai masalah hipotiroid (terlebih hormon tiroid) dan ubat thyroxine akan diberi kepada mereka yang mempunyai hipotiroid (kekurangan hormon tiroid). Doktor juga boleh menyarankan penggunaan pil perancang kombinasi estrogen dan progesteron untuk membuatkan hormon lebih stabil dan haid teratur. Selain itu, pil progesteron sahaja seperti duphaston untuk turun period mungkin akan diberi jika anda tidak sesuai menggunakan pil perancang kombinasi. 
  • Masalah stres yang berlebihan atau masalah pemakanan boleh dirujuk kepada pakar psikologi dan pakar pemakanan.

 Petua keluarkan darah haid dengan lancar dan teratur ialah rajin melakukan senaman, menjaga berat badan dan makan makanan yang sihat. Anda juga boleh melakukan hobi anda atau mencari sesuatu yang boleh menenangkan minda anda seperti muzik untuk mengawal stres.

References