matjais1990
3 tahun
Berpunca dari katarak mata kini penglihatan sudah pun tidak nampak
Salam sejahtera doktor, saya mempunyai seorang pakcik yang sudah menghidapi katarak mata selama 10 tahun dan pada tahun yang ke 5 penglihatan pakcik saya telah pun tidak nampak apa2, jadi masih adakah rawatan atan pembedahan untuk pakcik saya. Adakah keadaan pakcik saya ini sudah terlalu lewat untuk menerima rawatan umur pakcik saya 90 tahun
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah penglihatan yang bapa saudara anda hadapi. Untuk makluman anda, katarak merupakan penyakit yang sering melandai warga tua. Rawatan bagi masalah katarak mata adalah melalui pembedahan. Prosedur pembedahan mata mempunyai beberapa teknik namun secara mudahnya, ia melibatkan doktor bedah membuang lapisan lensa mata yang rosak dan meletakkan lensa tiruan yang mempunyai fungsi yang sama pada mata. Setiap pembedahan tidak kira samada besar atau kecil pasti mempunyai risikonya dan ini termasuklah dalam pembedahan katarak mata juga.
Justeru, untuk mengetahui lebih mendalam tentang hal ini, maklumat lanjut mengenai kondisi kesihatan bapa saudara anda adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Ambil langkah untuk penjagaan mata yang baik dan sihat!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi bagi mendapatkan penerangan dan nasihat lanjut. Terima kasih