Sulit
4 tahun
Sering mengalami kabur penglihatan selepas balik kerja dan bagun tidur
Saya seorang remaja berusia 20 tahun sejak kebelakangan ini saya mengalami kabur penglihatan selepas balik kerja di waktu petang iaitu pada pukul 6 lebih sehingga waktu malam tetapi penglihatan saya tidak la kabur sepajang waktu tersebut kekadang dia kabur dan kekadang tidak walaupun saya telah menutup mata saya untuk seketika mata saya jelas tetapi kembali kabur balik.tetapi di waktu siang saya tidak mengalami sebarang masalah tersebut dan dia akan datang selepas saya balik kerja.Adakah saya rabun atau ada penjelasan lain disebalik kesihatan saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kemungkinan masalah penglihatan kabur anda adalah berkait dengan satu kondisi iaitu Nyctalopia iaitu kerabunan yang hanya berlaku pada kawasan gelap atau pada waktu malam. Ia boleh disebabkan oleh masalah retina mata sehingga menyebabkan ia makin kurang menerima pancaran cahaya.
Namun, masalah rabun malam juga boleh disebabkan oleh Astigmatism iaitu salah satu jenis kerabunan yang disebabkan oleh permukaan kanta mata yang tidak rata. Ia akan menyebabkan anda susah untuk melihat pada waktu malam, malah juga boleh menyebabkan kerabunan yang tidak dapat dijangka pada waktu siang, sama ada rabun jauh ataupun dekat. Faktor-faktor lain yang boleh dikaitkan adalah seperti kewujudan katarak (berlaku pada orang yang berusia tua), kekurangan nutrisi, migrain, keletihan, stress dan juga masalah tekanan darah tinggi.
Oleh itu, kami sarankan anda dapatkan nasihat daripada doktor pakar mata (Ophthalmologist) yang boleh membantu anda dari segi masalah penglihatan kabur yang anda hadapi. Kemungkinan besar doktor anda akan memberi anda sejenis kanta lekap atau kanta mata kaca yang bersesuaian dengan kondisi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.