Sulit
3 tahun
Mata kabur dan sakit kepala
Saya perempuan berumur 24 tahun. Kebelakangan ini, saya menghidapi masalah mata kabur yang akhirnya membuatkan kepala saya sakit. Kadang-kadang mata saya seperti ada sesuatu didalamnya. Apabila saya membuang cermin mata, mata saya pada bahagian bawah terasa seperti tertutup atau bengkak pada bahagian dalam. Saya juga tidak boleh melihat cahaya yang terang seperti pada siang hari dan tindak balas lampu kenderaan pada arah bertentangan. Boleh doktor ulaskan tentang masalah saya? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu mata kabur sehingga menyebabkan sakit kepala. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Penggunaan contact lens dengan begitu lama
- Jangkitan kuman pada mata
- Rabun mata yang semakin meningkat atau rabun dekat yang baru
- Penggunaan ubat titik pada mata
- kencing manis yang menjejaskan mata menjadi katarak
- strok
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini hanya keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.