narufirdao.cheloh
4 tahun
Suami buta warna saya normal
Hi doktor, selamat hari raya. Suami saya warna buta warna tapi bukan secara total. Adakan penyakit tu akan diwarisi anak sy sekiranya saya mengandung nanti. Ada tak cara2 utk mengatasi atau mengubati. Sekian terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terlebih dahulu pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Masalah rabun warna bergantung kepada tahap keseriusan rabun warna seseorang.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya ,antaranya ialah:
- Kongenital/sejak lahir
- Faktor Perolehan
Terdapat juga beberapa jenis rabun warna seperti:
Monokromat
Dikromat
Trikromat
Rawatan dan pewarisan penyakit ini adalah bergantung pada jenis rabun warna. Untuk mengenal pasti jenis rabun warna terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan untuk membuat kesimpulan terhadap masalah kesihatan yang sedang dibicarakan.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih