eycah0070
4 tahun
Mata klasifikasi sebagai rabun jauh
Anak Saya umur 10 Thun …bru2 ni Saya bawk dia g check mata so keputusan .dia rabun jauh n silau…wajib ke pakai cermin mata…so far Saya bnykkn bgi dia makan bnyk sayur…klu Saya nk elakkn dia pakai cermin mata dgn bgi bnyk makn syur…ok ke…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kondisi rabun jauh dan silau bukan kondisi yang boleh dirawat semata-matanya dengan makan sayur-sayuran. Ianya disebabkan oleh kerosakan struktur mata seperti lens dan ianya tidak boleh dibetulkan dengan pemakanan. Pemakanan sayur ini boleh membantu untuk meningkat vitamin untuk sel mata untuk individu yang tidak ada kerosakan struktur.
Anak anda disarankan untuk memakai cermin mata kerana tanpa cermin mata, rabun ini akan membebankan matanya dan memburukkan keadaan ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.