ariffarhanmazlan26
4 tahun
Penglihatan selalu gelap
Saya remaja 17 tahun dan sy mengalami masalh penglihatn dan tangan kadang2 bergetar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Sebolehnya anda jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan penglihatan gelap; apakah anda pengsan ataupun sebahagian lapangan penglihatan menjadi gelap. Kemudian merujuk kepada getar, sebolehnya dijelaskan bila sahaja getar terjadi, apakah kedua tangan atau satu tangan dan sebagainya.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih